FATWA TENTANG ORANG AWAM SYIAH


[Muat Turun Artikel – Format PDF]

SOALAN: Apakah hukum orang awam dari kalangan Rafidhah (Syiah) Imamiyyah? Apakah terdapat perbezaan antara ulama’ mana-mana firqah yang terkeluar daripada Islam dengan pengikut-pengikutnya dari segi mengkafirkan atau menfasikkan mereka?

JAWAPAN: Orang awam yang mengikut dan menyokong mana-mana pemimpin kufur dan sesat dan membantu pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar mereka dengan tujuan melampaui batas dan memusuhi atau melakukan kezaliman (terhadap orang-orang Islam) maka dihukum untuknya sebagaimana dihukum kepada pemimpin-pemimpin mereka dari segi kekufuran dan kefasikan.

Allah taala berfirman, bermaksud: “Manusia bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kedatangan hari kiamat; katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Allah dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? Boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi. Sesungguhnya Allah telah melaknat orang-orang kafir dan menyediakan bagi mereka api Neraka yang marak menjulang, kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya, mereka pula tidak akan memperoleh sesiapapun yang akan menjadi pelindung atau penolong. Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. Wahai Tuhan kami! Berilah mereka azab sengsara dua kali ganda dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!”. (Al-Quran surah al-Ahzab ayat 63-68)

Allah Taala berfirman, bermaksud: “Ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu). (Iaitu) ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu, dan (ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka. Dan (pada masa yang mengecewakan itu) berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut: Alangkah eloknya kalau kami (dengan itu dapat kami berlepas diri daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami (pada saat ini)!” Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amal-amal mereka (dengan rupa yang mendatangkan) penyesalan yang amat sangat kepada mereka, dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari neraka”. (Al-Quran surah al-Baqarah ayat 165-167)

Allah berfirman, bermaksud: “Maka tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah atau yang mendustakan ayat-ayatNya. Orang-orang itu akan mendapat bahagian mereka (di dunia) dari apa yang telah tersurat (bagi mereka), hingga apabila datang kepada mereka utusan-utusan Kami (malaikat) yang mengambil nyawa mereka, bertanyalah malaikat itu (kepada mereka): Manakah (makhluk-makhluk dan benda-benda) yang kamu sembah selain Allah? Mereka menjawab: Semuanya itu telah hilang lenyap daripada kami dan mereka pula menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, bahawa mereka adalah orang-orang yang ingkar. Allah berfirman: Masuklah kamu ke dalam Neraka bersama-sama umat-umat yang terdahulu daripada kamu, dari jin dan manusia. Tiap-tiap satu umat yang masuk, mengutuk akan saudaranya (golongannya sendiri); hingga apabila mereka semua berhimpun di dalamnya, berkatalah golongan yang akhir mengenai golongan yang pertama di antara mereka: Wahai Tuhan kami, mereka inilah yang telah menyesatkan kami; oleh itu berilah kepada mereka azab seksa yang berlipat ganda dari (azab) Neraka. Allah berfirman: Kamu masing-masing disediakan (azab seksa) yang berlipat ganda tetapi kamu tidak mengetahui. Dan berkatalah golongan pertama (ketua-ketua), di antara mereka, kepada golongan yang akhir (pengikut-pengikutnya): (Jika demikianlah hukuman Tuhan), maka tidak ada bagi kamu sebarang kelebihan atas kami. (Allah berfirman): Oleh itu rasalah kamu azab seksa disebabkan apa yang kamu telah usahakan. (Al-Quran surah al-A’raf ayat 37-39)

Lihat juga ayat 21 dan 22 dari surah Ibrahim, ayat 28 dan 29 dari surah al-Furqan, ayat 62,63,64 dari surah al-Qasas, ayat 31,32,33 dari surah Saba’, ayat 20 hingga 36 surah as-Shaffaat, ayat 47 hingga 50 dari surah Ghafir dan lain-lain yang terdapat dengan begitu banyak di dalam al-Quran dan sunnah.

Dan kerana Nabi s.a.w. telah memerangi pemimpin-pemimpin orang musyrikin serta pengikut-pengikut mereka. Begitu juga yang dilakukan oleh Sahabat-sahabat Nabi s.a.w. dan mereka tidak memisahkah antara pemimpin dan pengikut.

Dipetik dari kitab ‘Nasaaih wa-Fatawa Islamiyyah, Haqaaiq ‘an as-Syi’ah ar-Rafidhah al-Imamiyyah’ hal. 5. Terjemahan oleh panel https://darulkautsar.wordpress.com/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s