[WEBINAR] GERAKAN SYIAH – API DALAM SEKAM


[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO -[Durasi – 1j 31m 2s] – GERAKAN SYIAH – API DALAM SEKAM

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/5l70Kmbpboc ]

GERAKAN SYIAH – API DALAM SEKAM

Dr. Mohammed Fairooz Bin Mohamed Fathilah

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1. 2:10 – Fatwa Tentang Ajaran Syiah

2. 5:00 – Taktik Gerakan Syiah Kini Berubah

3. 10:09 – Perkembangan Syiah Di Malaysia

4. 10:41 – Iktikad Syiah

5. 13:47 – 61 Ritual Syiah Dalam Setahun

6. 14:37 – Berapa Ramai Penganut Syiah Di Malaysia?

7. 17:28 – Kumpulan-kumpulan Syiah

8. 17:49 – Firqah Syiah Yang Menguasai Pentas Dunia

9. 19:00 – Kumpulan Syiah Di Malaysia

10. 27:55 – Hauzah (Husainiah) Syiah

11. 29:07 – Perkembangan Syiah Di Malaysia

12. 29:42 – Modus Operandi Syiah Di Malaysia

13. 30:46 – Syiah Mendakwa Mendapat Pengiktirafan Dunia

14. 34:06 – Menganalisis Isu-isu Global

15. 39:05 – Pengaruh Syiah Menyusup Menerusi Novel Sastera

16. 39:41 – Syiah Membuat Perakuan Sumpah

17. 41:35 – Taqrib Antara Sunni Dan Syiah: Khayalan Atau Realiti? [Kenyataan Dr Yusuf al-Qardhawi Tentang Syiah Dan Usaha Taqrib]

18. 47:26 – Penyebaran Syiah Melalui Media Massa [Senarai Buku Propaganda Syiah Yang Bahaya]

19. 51:49 – Penyebaran Ajaran Syiah Melalui Perkahwinan

20. 58:37 – Khuttoh Khosiniah (Rancangan 50 Tahun Iran)

21. 1:02:59 – Sambutan Hari al-Quds

22. 1:03:37 – Street Dakwah “Who Is Hussain”

23: 1:04:07 – Program-program Lain Kumpulan Syiah

24: 1:05:00 – Tangkapan Dan Serbuan Ke Atas Hauzah Syiah

25. 1:06:47 – Faktor-faktor Mengapa Masyarakat Terpengaruh Dengan Ajaran Syiah

26. 1:10:35 – Strategi Syiah

27. 1:16:39 – Strategi Melawan Propaganda Syiah

28. 1:20:49 – Statistik Tangkapan 2010-2018

29. 1:22:50 – Potensi Ancaman Syiah

30. 1:28:46 – Cabaran

31. 1:30:19 – Adakah Syiah Merupakan Ancaman?

SINOPSIS DAN NOTA DARI “SLIDE”

1. 2:10 – FATWA SYIAH

Warta Kerajaan Negeri Selangor (Bertarikh 17 Oktober 2013)
Fatwa Sighah Berkaitan Ajaran Syiah di Negeri Selangor yang berbunyi:

“Bahawa fahaman dan ajaran Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar menurut pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana mengandungi elemen-elemen yang bertentangan dengan Ahli Sunnah. Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor memutuskan sesiapa yang terlibat dengan ajaran Syiah ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa di Negeri Selangor”

2. 5:00 – TAKTIK GERAKAN SYIAH BERUBAH

Hauzah sebagai pusat aktiviti, bergerak dalam skala yang kecil iaitu sekitar 10-11 orang

3. 10:09 – PERKEMBANGAN SYIAH MALAYSIA

JAIS mengesan wujud pertambahan pusat kegiatan bagi pengikut ajaran Syiah di sekitar Selangor. 14-15 hauzah di Selangor.

4. 10:41 – I’TIKAD SYIAH

• Ahli Sunnah Adalah Kafir
• Melaknat Isteri-isteri Nabi
• Melaknat Para Sahabat Nabi
• Meyakini al-Quran Telah diubah
• Imam-imam Adalah Sama Taraf Dengan Allah
• Ali Berkuasa Untuk Memasukkan Seseorang Ke Syurga Atau Ke Neraka

5. 13:47 – SYIAH MEMPUNYAI 61 RITUAL DALAM SETAHUN, ANTARANYA:

• Hari Karbala
• Hari Arbaeen
• Hari Ghadir Khum
• Hari Fatimah az-Zahra
• Hari kematian Aisyah, Umar dll
• Hari al-Quds Sedunia

6. 17:28 – KUMPULAN-KUMPULAN SYIAH

• Syiah Zaidiah
• Syiah Imamiah
• Syiah Isma’iliyah

7. 17:49 – FIRQAH SYIAH YANG MENGUASAI PENTAS DUNIA

• Syiah Imamiyyah
• Syiah an-Nusayriyah/Alawiyiin
• Syiah al-Jarudiyyah

8- 19:00 – KUMPULAN SYIAH DI MALAYSIA

• Taiyibi Dawoodi Bohra
• Agha Khan
• Ansarul Imam Mahdi / Yamani
• Imamiyyyah / Ja’fariah / Ithna ‘Asyariah

9- SYIAH TAIYIBI BOHRA (DAWOOD BOHRA)

• Kumpulan ini berasal dari India. Di Malaysia, ianya dikenali dengan golongan yang memiliki kedai Bombay. Kumpulan yang berpusat di Daerah Klang ini mempunyai tanah perkuburan dan masjidnya sendiri.

10- SYIAH ISMAILIYYAH (AGHA KHAN)

• Dikenali dengan nama kedai Peerbhai yang bergerak di No. 8, Jalan Taban, Taman Lucky, Kuala .Lumpur dan di 121, Penang Street, Pulau Pinang. Jumlah pengikut lebih kurang 80-100 orang, berketurunan Pakistan.

11. SYIAH IMAMIYYAH / ITSNA ASYARIYAH (IMAM DUA BELAS) / SYIAH JA’FARIYYAH / AHLUL BAYT

• Kumpulan Syiah ini dipercayai mula bertapak di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran pada tahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman kumpulan ini menular ke negara ini melalui bahan-bahan bacaan dan orang perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran.
• Markaz-markaz utama kumpulan ini terletak di Pendang Kedah, Taman Sri Gombak Selangor dan Ulu Tiram, Johor Baharu.

12. SYIAH AL-YAMANI / ANSAR AL-MAHDI

• Kumpulan ini turut dihukum sesat oleh golongan Imamiyyah sendiri. Kumpulan ini aktif menghadiri kursus-kursus khas di luar negara dan hasilnya tertubuhlah markaz mereka yang pertama di Klang, Selangor pada 23 Jun 2013. Kumpulan ini mempercayai Imam al-Mahdi terdiri daripada 12 orang. Imam al-Mahdi yang pertama telah pun lahir iaitu Ahmad bin al-Hasan.

• Kumpulan ini hanya percaya Ahmad al-Hasan (yang masih hidup sekarang ini) sebagai Imam Mahdi mereka dan 12 Mahdi selepas Imam Mahdi sekarang. Takrifan maksum mereka sedikit berbeza daripada Syiah Imamiah manakala dari segi usul agama dan rukun Islam pula, mereka sama sahaja, malah dalil 12 Mahdi selepas Mahdi itu juga adalah daripada kitab-kitab Syiah.

• Pecahan terjadi hasil kecelaruan dalam kitab Syi’ah sendiri. Akibat kecelaruan periwayatan dalam kitab Syiah akhirnya membuat mereka berpecah dengan tafsiran masing-masing yang membawa pada munculnya berpuluh-puluh mazhab dari setiap generasi zaman-berzaman.

• Syiah Al-Yamani adalah pecahan daripada Syiah Imamiah / Ja’fariah

• Mereka mempercayai Imam al-Mahdi telah muncul iaitu IMAM AHMAD AL-HASAN AL-YAMANI (kini berusia 50 tahun)

• Mempunyai bendera tersendiri, menghalalkan darah individu yang tidak berbaiah kepada Imam al-Mahdi

• Kini menunggu pengisytiharan jihad oleh Imam al-Mahdi

13- 27:55 – HAUZAH / HUSAINIAH SYIAH

Pemantauan mendapati terdapat peningkatan bilangan Hauzah/Husainiah Syiah di seluruh negara;

Tahun 2016 – 31 buah
Tahun 2017 – 33 buah
Tahun 2018 – 35 buah

Imamiah/ Ja’fariah – 26 buah
Taiyibi Dawoodi Bohra – 4 buah
Ansarul Imam al-Mahdi / Yamani – 2 buah
Agha Khan – 3 buah

14 – 29:07 – PERKEMBANGAN SYIAH DI MALAYSIA

SYIAH IMAMIYAH/ JAFARIYAH/ RAFIDAH/ AHLUL BAIT
• HAUZAH AR-RIDHA
• HEI’AT INTIZARUL MAHDI (HIM), KG CHANGKAT, GOMBAK

15- 29:42 – INDOKTRINASI SYIAH (MODUS OPERANDI PENYEBARAN SYIAH DI MALAYSIA)

DAKWA SYIAHLAH ASWJ KERANA IKUT AHLIL BAIT

Pada 6 Jun 2011, Majlis Syiah Malaysia dalam memorandum kepada Yang di-Dipertuan Agong dan Perdana Menteri Malaysia mengaku bahawa mereka adalah ASWJ kerana mengikut al-Quran dan Sunnah & Kepimpinan Ahlul Bait sebaliknya ASWJ adalah nawasib yang benci kepada Ahlul Bait dan mazhab Alussunnah wal-Jamaah.

30:46 – SYIAH MENDAKWA DAPAT PENGIKTIRAFAN DUNIA –

  • Golongan Syiah mendakwa diiktiraf oleh ulama’ Islam sebagai mazhab yang sah di peringkat dunia melalui “Amman Message” 2005.
  • (Catitan: Amman Message memberi syarat supaya Syiah berhenti melaknat Sahabat-sahabat rhum sekiranya ingin diiktiraf sebagai sebuah mazhab. Syarat ini tidak pernah dilaksanakan oleh Syiah!)

-Pada bulan Ogos-Oktober 2012 tersebar iklan yang mempromosikan Syiah sebagai mazhab yang sah oleh beberapa stesen radio swasta dan ditaja oleh syarikat penjual air minuman ECPI.

34:06 – MENGANALISIS ISU-ISU GLOBAL

39:05 – MENYUSUP MENERUSI NOVEL SASTERA

  • Contohnya Novel karya Faizal Tehrani, “Perempuan Nan Bercinta” • Mempertikai Sayyidina Abu Hurairah r.a. dan hadith sahih
    • Mempertikai kredibiliti Sayyidah ‘Aisyah r.a
    • Menuduh hadith-hadith keutamaan para Sahabat hanyalah rekaan sunni
    • Menghina Khulafa’ al-Rasyidin
    • Menghina Mazhab Ahli Sunnah wal-Jamaah (Asya’irah-Maturidiyyah)

39:41 – MEMBUAT PERAKUAN SUMPAH

  • Menubuhkan NGO-NGO untuk menyebarkan lagi sayap ajaran mereka
  • Mula membuat hubungan dengan NGO-NGO Islam
  • Turut serta dalam program bantuan kemanusiaan.

16- 41:35 – TAQRIB ANTARA SUNNI DAN SYIAH – KHAYALAN ATAU REALITI?

[Kenyataan Dr. Yusuf al-Qardhawi Tentang Syiah Dan Tentang Usaha Taqrib Di Antara Sunni Dan Syiah]

17- 47:26 – PENYEBARAN AJARAN SYIAH MELALUI MEDIA MASSA

18- 47:26 PENYEBARAN AJARAN SYIAH MELALUI MEDIA MASSA

• Facebook
• Group WhatsApp
• Group Telegram (contoh Muhammadi TV, Anwarul Huda)
• YouTube

19- 47:26 – Buku-buku propaganda Syiah (Buku rujukan Syiah Melayu)

• “Meniti Titian Kebenaran”
• “Dialog Sunnah Syiah”
• “Saqifah Awal Perselsihan Umat”
• “Akhirnya Kutemukan Kebenaran”

20- 51:49 – DISEBARKAN MENERUSI PERKAHWINAN

• Terdapat kes penganut Sunni yang berkahwin dengan penganut Syiah tanpa sedar
• Terdapat kes salah seorang pasangan telah menganut Syiah yang akhirnya membawa kepada perceraian dan pasangan yang beragama Syiah berusaha menarik anak-anak menganut Syiah.

21- 51:46 – KES ISTERI MASUK SYIAH

• Di Kedah, Cikgu SxxxxN, 47
• Ceraikan isteri selepas isteri mengugutnya untuk bermut’ah jika tidak diceraikan.
• Akhirnya si isteri telah berkahwin dengan guru Syiahnya

22. LAIN-LAIN KES

• Dr Rina – pensyarah salah sebuah institusi pengajian tinggi

23. 56:13 KECENDERUNGAN TOKOH-TOKOH MASYARAKAT MEMPERTAHANKAN SYIAH

24. 58:37 – KHUTTOH KHOMSINIAH (RANCANGAN 50 TAHUN IRAN)

“Khuttoh khomsiniah” atau langkah 50 merupakan pelan strategik yang dirangka oleh Iran bagi menguasai negara-negara Arab dalam masa 50 tahun. Pelan ini diperkenalkan oleh Khomeini dan merupakan pelan rahsia yang direkodkan dan disimpan di Iran. Namun begitu, pelan ini tidak begitu berjaya dilaksanakan kerana kuatnya penentangan negara-negara Arab terhadap ajaran Syiah.

Lima Peringkat atau Marhalah yang diperkenalkan dalam pelan tersebut iaitu:
• Marhalah pertama ialah memperkenalkan fahaman Syiah kepada masyarakat tempatan.
• Marhalah kedua memberi bantuan sama ada dalam bentuk kewangan atau pekerjaan kepada masyarakat Islam setempat bagi mendapatkan kepercayaan dan menarik minat mereka mendalami ajaran Syiah
• Marhalah ketiga memfokuskan kepada memberi pendidikan dan pelajaran mengenai Syiah melalui ceramah dan biasiswa melanjutkan pelajaran ke Iran.
• Marhalah keempat adalah menguasai jawatan-jawatan penting dalam kerajaan melalui pilihan raya atau apa jua cara.
• Marhalah kelima adalah penguasaan penuh ke atas negara tersebut.

25– 1:02:59 – SAMBUTAN HARI AL-QUDS 2018

26- 1:03:37 – STREET DAKWAH “WHO IS HUSSAIN?”

• Merupakan dakyah halus penyebaran serta melihat sejauh mana reaksi masyarakat dan kerajaan
• Dua pertubuhan komuniti Syiah warga asing (Pakistan) iaitu al-Mawaddah Center dan Baab Ul-Hidayah ada hubungan dengan Syiah tempatan dan dari semakan dengan Pendaftar Pertubuhan ianya tidak berdaftar.

27 – 1:04:07 – PROGRAM-PROGRAM LAIN KUMPULAN SYIAH

Daurah dan Seminar

28– 1:05:00 – TANGKAPAN DAN SERBUAN

29- 1:06:47 – FAKTOR-FAKTOR MENGAPA MASYARAKAT TERPENGARUH DENGAN AJARAN SYIAH

• Jahil tentang akidah dan prinsip-prinsip Islam yang benar.
• Jahil tentang akidah dan prinsip-prinsip fahaman Syiah yang menyimpang
• Jahil dengan dakyah syiah melalui media massa, media sosial, buku-buku termasuk novel-novel
• Jahil tentang realiti di negara yang majoriti penduduknya Syi’ah. Contoh: di Iran, tidak terdapat satu pun masjid ahlussunnah wal-jamaah.
• Terhutang budi kerana menerima bantuan dan kemudahan daripada golongan Syiah.
• Anggap Iran dan para pemimpinnya sebagai model pemerintahan Islam.

30- 1:10:35 – STRATEGI SYIAH

• Menyerap masuk ke dalam gerakan-gerakan Islam (termasuk tarekat-tarekat dan NGO-NGO) dengan tujuan untuk menguasai pucuk pimpinan dan melemahkan gerakan ini dari dalam.
• Menyerap masuk dan mendominasi dalam pertubuhan-pertubuhan politik Melayu/Islam dengan tujuan yang sama.
• Menyerap masuk dalam agensi-agensi kerajaan, institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) dan organisasi-organisasi kritikal dengan tujuan yang sama.
• Mengenal pasti dan melatih kader-kader yang berpotensi (pengaruh, kuasa, sumber dan kemahiran tertentu).
• Mempergiatkan usaha mendapatkan pengiktirafan daripada satu institusi tertinggi pemerintahan negara.
• Mewujudkan jaringan kerja bersama badan-badan lain yang memliki agenda anti-Islam tetapi bertopengkan imej “baik”
• Menggalakkan rakyat Iran berideologi Syiah untuk belajar/bekerja/berkahwin dengan rakyat tempatan di Malaysia.
• Memperbanyakkan penerbitan. Penterjemahan, input dalam media sosial, produk-produk rawatan, perubatan tradisional dan penyediaan makan/minum yang menjadi alat pengaruh Syiah.
• Menarik generasi muda menerusi pendekatan intelektual dan kontemporari.
• Mencari golongan-golongan yang menghadapi masalah ekonomi dan sosial untuk ditambat hati mereka dengan bantuan.
• Menggunakan taqiyyah tanpa had demi agenda Syiah.
• Mempunyai kod bahasa dan pakaian tersendiri.
• Mewujudkan lubuk-lubuk pengaruh di negeri-negeri terpilih, IPT-IPT terpilih, hotel-hotel terpilih dan tumpuan citarasa terpilih.
• Menunggu saat-saat strategik untuk guna slogan hak asasi manusia sebagai serangan halus terhadap mana-mana pihak yang anti-Syiah
• Jika perlu, mereka menggunakan operasi hitam untuk menggugat mana-mana pihak yang dianggap boleh menggagalkan agenda Syiah.

31- 1:16:39 – STRATEGI MELAWAN PROPAGANDA SYIAH

Strategi 1 : Fatwa pengharaman Syiah
Strategi 2 : Peruntukan undang-undang
Strategi 3 : Cybertrooper
Strategi 4 : Ceramah umum
Strategi 5 : Jaringan kerjasama
Strategi 6 : Pendanaan
Strategi 7 : Penubuhan kumpulan mendepani ajaran Syiah
Strategi 8 : Kajian berterusan dan penerbitan
Strategi 9 : Tokoh masyarakat
Strategi 10 : Pemantauan

32 – 1:20:49 – STATISTIK TANGKAPAN 2010-2018

33 – 1:22:50 – POTENSI ANCAMAN SYIAH

• Konflik antara ASWJ dan Syiah telah lama tercetus
• Berpotensi mendatangkan ancaman apabila Syiah menjadi satu kuasa yang dominan dalam sesebuah negara
• Sensitiviti masyarakat ASWJ negara kita yang resah/gusar dengan kehadiran komuniti yang sering menghina sahabat, isteri Nabi (Aisyah) dll
• Kajian dan pemerhatian negara-negara yang mempunyai penduduk Syiah – Afganistan, Pakistan, Iraq, Syria
• Tragedi Sampang, Indonesia

34- 1:28:46 – CABARAN

  • Pemantauan mendapati ada usaha untuk menyatupadukan komuniti Syiah di bawah satu pimpinan
  • Kaedah Penyebaran – tidak lagi bergantung kepada usaha dakwah semata-mata, perkembangan teknologi maklumat, seperti media massa, telah dipergunakan sebaiknya
  • Penyebaran juga dilakukan melalui gerakan NGO kemasyarakatan.

35 –1:30:19 – ADAKAH SYIAH MENRUPAKAN ANCAMAN?

Syiah adalah satu ancaman!

Leave a comment