Simbol Agama Yang Menggantikan Syi’ar Tauhid

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

 

capalpanjtanpanjtan2

Dalam kepercayaan Syiah, selain daripada Imam 12, yang merupakan Imam yang didakwa dilantik berdasarkan nas, terdapat juga satu konsep yang dipanggil sebagai “Panjtan”, iaitu lima individu suci, Rasulullah s.a.w, Ali, Fatimah, Hasan dan Husain.

Kelima-lima mereka adalah insan suci yang boleh diseru dan boleh meminta pertolongan daripada mereka. Sebab itu, di kalangan mereka yang menyeru “Ya Ali Madad (Wahai Ali, tolonglah)”, “Ya Husain Madad (Wahai Husain, tolonglah)”. Continue reading

Syiah – Isu Kesesatan Umat Islam Sejagat

Oleh: Lubna Salma, Kajang

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

Antara kitab utama Syiah

Berikutan isu penangkapan kira-kira 200 penganut syiah di Gombak baru-baru ini, seorang penulis bernama Abu Bakar Abdullah (Syiah?) yang mendakwa sebagai pengikut setia mazhab Syafi’e telah melahirkan rasa bingung dan tidak puas hati serta mendakwa JAKIM dan ulama’ sunnah khususnya di Malaysia keliru dalam memfatwakan ajaran Syiah Imamiyyah sebagai ajaran sesat.

Continue reading

Dato Harun Taib: Membongkar Hakikat Syiah Di Iran Dan Iraq

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 10m] – Dato Harun Taib – Membongkar Hakikat Syiah Di Iran Dan Iraq


Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat (mantan), Dato Harun Taib dalam kuliahnya pada 5 Januari 2007 membongkar hakikat di sebalik kebangkitan Syiah di Iran dan Iraq. Didedahkan juga bagaimana dendam Syiah terhadap Sunni sama seperti dendam Yahudi terhadap umat Islam.

Beliau menceritakan tentang keganasan Syiah di Iran dan di Iraq. Di Iran para ulama Sunni dibunuh selepas Ayatullah Khomeini naik memerintah. Satu perkembangan yang membimbangkan juga di Iraq  di mana golongan Syiah yang memerintah telah membunuh golongan Sunni sama ada orang awam dan para ulama’nya. Manakala masjid-masjid dibakar dan diruntuhkan. Menurutnya, sekejam-kejam Komunis semasa menjajah negara umat Islam tidak pernahpun meruntuhkan masjid-masjid mereka.

Tonton video ini yang mengandungi kuliah Dato Harun Taib dengan disertakan klip-klip video kekejaman Syiah dan kekarutan mereka.

Sumber: http://al-ahkam.net/home/index.php?option=com_content&view=article&id=2076:video-ketua-dewan-ulamak-pas-pusat-dato-harun-taib-membongkar-hakikat-syiah-di-iran-iraq-dan-leb&catid=62:bahaya-syiah

Taqrib Sunni-Syiah Tidak Akan Berjaya

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 7m 37s]- PROJEK AKIDAH-Taqrib Sunni-Syiah Tidak Akan Berjaya

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/LF5duytHn_o ]

TAQRIB SUNNI – SYIAH TIDAK AKAN BERJAYA

Usaha mendekatkan Sunni-Syiah (taqrib) oleh sesetengah pihak TIDAK akan berjaya kerana:

a) Syiah BUKAN Islam kerana dasar aqidah adalah berbeza – adalah mustahil menyatukan Islam dan bukan Islam

b) Syiah memungkiri perjanjian yang dipesetujui seperti yang didedahkan oleh ulama’ yang pernah cuba berbaik (taqrib) dengan mereka seperti Sheikh Mustafa As-Siba’i dan Prof Dr Yusof Al-Qardhawi

c) Taktik kotor Syiah untuk mengembangkan ajaran Syiah di kalangan ahlus sunnah dan memperalatkan ulama’ Sunni yang terlibat dengan usaha taqrib.