Syiah – Isu Kesesatan Umat Islam Sejagat

Oleh: Lubna Salma, Kajang

Antara kitab utama Syiah

Berikutan isu penangkapan kira-kira 200 penganut syiah di Gombak baru-baru ini, seorang penulis bernama Abu Bakar Abdullah (Syiah?) yang mendakwa sebagai pengikut setia mazhab Shafi’e telah melahirkan rasa bingung dan tidak puas hati serta mendakwa JAKIM dan ulama’ sunnah khususnya di Malaysia keliru dalam memfatwakan ajaran Syiah Imamiyyah sebagai ajaran sesat.

Syiah Imamiyyah sebenarnya juga dikenali sebagai mazhab ahli bayt / Syiah Imam Dua Belas – Imamiyyah Ithna ‘Ashariyyah / Syiah Ja’fariyyah / Syiah al-Rafidhah melalui kaedah-kaedah keagamaan yang dianuti dan kelompok ini cukup dikenali oleh ulama’ Islam sejak zaman tabi’en. Syiah ini memiliki empat sumber utama di mana, menurut mereka, darjat muktabar dan kesahihannya tidak akan mampu dicapai oleh mana-mana sumber Ahli Sunnah. Empat sumber utama tersebut ialah Usul al-Kafi, al-Istibsar, Man La Yahduruh al-Faqih dan Tahzib al-Ahkam.

Berdasarkan sumber-sumber ini, jelaslah Syiah ini bukan kelompok Zaidiyyah atau Mufaddhilah yang masih diterima ulama’ Islam dalam persoalan hukum fiqh kerana mereka bersikap tidak mengkafirkan tiga khalifah pertama Islam sebelum Ali bin Abi Talib r.a dan sebahagian besar Sahabat Nabi termasuk isteri Baginda s.a.w.

Status Syiah Imamiyyah ini telah jelas di kalangan generasi ulama’ terawal termasuk empat imam mazhab yang empat (Hanafi, Maliki, Syafi’e dan Ahmad) yang menolak dan menyesatkan ajaran ini. Bahkan majoriti ulama’ terdahulu di kalangan mereka telah menggolongkan kelompok ini sebagai pendusta, zindiq bahkan diragui keislamannya kerana beberapa ciri-ciri kesesatan aqidah mereka seperti mencaci, mencela dan mengkafirkan sejumlah besar Sahabat Nabi termasuk isteri-isteri Nabi, menganggap Al-Quran telah diselewengkan (tahrif) dan diubah-ubah oleh para Sahabat Nabi. Imam Abu Hanifah berkata, “Terimalah hadith dari semua golongan pelaku bid’ah yang sederhana dalam fahamannya kecuali Syiah kerana prinsip aqidah mereka ialah mempercayai sesatnya para Sahabat Muhammad s.a.w”. (Khatib al-Baghdadi, al-Kifayah fi ma’rifati ilmi al-riwayah, halaman 146 ) Sementara Imam Syafie berkata, “Tidak pernah aku melihat golongan yang menurut hawa nafsu, yang lebih pembohong dari golongan Rafidhah”. (Al-Suyuti, Tadrib al-Rawi, jil. 1, hlm. 327). Imam Malik ketika ditanya mengenai Syiah, beliau berkata, “Jangan kamu bercakap dengan mereka, jangan kamu meriwayatkan hadith dari mereka kerana mereka selalu berdusta”. (Ibn Taimiyyah, Minhaj al-Sunah al-Nabawiyyah, jil.1 hlm. 16). Sementara Imam Ahmad bin Hanbal berkata, “Apabila kamu melihat seseorang selalu memburuk-burukkan Sahabat maka raguilah keislamannya dan keimanannya”. Oleh sebab ruangan ini terhad, kita tidak mampu menyenaraikan fatwa-fatwa ulama’ Sunnah sejak awal Islam sehingga hari ini termasuk Sayyid Abu Hasan Ali al-Nadwi, Said Hawa’, Nasiruddin al-Abani dan ulama’ulama hadith benua India mengenai Syiah imamiyyah kerana perbezaan dari segi usul aqidah dan syariat.

Dalam tulisannya, Abu Bakar Abdullah mendakwa menerusi pembacaannya di internet, tokoh-tokoh seperti Dr Yussof al-Qardhawi, al Marhum Syeikh Tantawi bekas Rektor Universiti al-Azhar, Mufti Mesir, Mufti Syria, Mufti Lubnan, Mufti Pakistan, Mufti Turki dan ramai lagi ulama’-ulama’ Ahlussunah yang telah mengeluarkan fatwa bahawa Syiah Imamiah adalah Islam sebagaimana mazhab-mazhab lain di dalam Mazhab Ahlussunah, tidak sesat kafir. Kenyataan beliau jelas sekali keliru dan palsu, kerana sekalipun Yusuf al-Qardhawi turut sama dalam Amman Message bertaqrib dengan Syiah, beliau tidak pernah lupa mengingatkan kepada umat Islam tentang kesesatan Syiah yang memiliki aqidah tarif al-Quran dan mencaci maki para Sahabat Nabi, malah beliau meletakkan syarat dua ciri aqidah Syiah ini dihapuskan sebagai syarat berjayanya projek tersebut. Tidak memadai di situ, Syeikh al-Qardhawi melarang usaha penyebaran ajaran Syiah di negara-negara Sunni kerana menurutnya akan mencetuskan pertumpahan darah (rujuk Siaran al-Jazeerah, 31 Ogos 2006). Manakala Syeikh Tantawi pula sebelum kematiannya turut menyatakan golongan yang mencaci maki para Sahabat dan isteri Nabi bukanlah dari kalangan umat Islam. Beliau meninggal sebelum usul beliau terhadap pendirian Syiah direkomendasikan kepada lembaga penyelidikan al-Azhar (eramuslim.com, 28 Ferbruari 2010). Sebelumnya Syeikh Tantawi turut mengecam usaha penyebaran Syiah yang dilakukan oleh sayap Hizbullah di Mesir yang sedang pesat berkembang (Mufakkirah al-Islam : 19 April 2009). Barisan Mufti Pakistan sejak berzaman telah memfatwakan Syiah sesat malah terkeluar dari Islam. Malah ulama’-ulama’ hadith sunah di benua India (khususnya ulama’ Pakistan) paling kuat membongkar kesesatan akidah Syiah menerusi karya-karya mereka yang tidak terhitung jumlahnya (sumber : “Syiah Rafidhah : Di Antara Kecuaian Ulama & Kebingungan Ummah” oleh Maulana Asri Yusuf). Malah di kalangan mereka ada yang dibunuh oleh orang-orang Syiah seperti Prof. Ihsan Ilahi Zahir.

Kita janganlah lupa kepada karya Sayid Abu Hasan Ali al-Nadwi bernama Shuurtaan Mutadhadataan (Syiah vs Sunah: Dua Wajah Sentiasa Berlawanan) dan karya Syeikh Said Hawa’ yang bertajuk Khumayniyyah : Syudzuuz fi al-Aqa’id wa al-Mawaqif (Khomeini : Keganjilan Aqidah dan Pendirian) yang secara terang-terangan membongkar kesesatan akidah Syiah Imamiyyah yang perlu diawasi oleh umat Islam.

Syeikh Mahmud Syaltut

Syiah sering kali menyandarkan kepada sokongan ucapan dan dokumen Syeikh Mahmud Syaltut bagi membuktikan ajaran mereka diterima sebagai mazhab Islam, namun mereka tidak pernah mendedahkan fatwa Mahmud Syaltut menyatakan perkahwinan mut’ah yang diamalkan Syiah bukannya datang dari syariat Allah dan Mahmud Syaltut tidak menerima konsep Imam Mahdi seperti ajaran Syiah. Mereka menyangka ulama’-ulama’ Sunnah tidak pernah menyedari kesesatan Syiah Imamiyyah dan berdiam diri padanya. Usaha taqrib, iaitu mendekatkan antara Sunah dan Syiah yang dipelopori ulama’ al-Azhar mendapat sambutan pada peringkat awal bagi mengelakkan pertumpahan darah dan mendakwahkan Syiah kepada akidah yang benar menerusi dialog. Namun pencetus kepada usaha ini, Syeikh Muhammad Abduh sendiri tidak sempat melihat hasil projek ini. Muridnya yang sangat terkenal bernama Rasyid Ridha yang turut terlibat dalam usaha ini telah berjaya mengesan hipokrit ulama’-ulama’ Syiah dalam taqrib ini. Langkah ini turut diikuti oleh ulama’ lain seperti Mustafa Siba’ie yang menyedari helah Syiah yang hanya bertaqrib di meja rundingan, bahkan telah membuka ruang yang besar agama Syiah disebarkan di negara Sunnah.

Buku Dialog Syiah – Sunni versi Indonesia

Sebagai balasan kepada usaha ulama’ al-Azhar, seorang ulama’ Syiah bernama Abdul Husein Syarafudin al-Musawi mengambil kesempatan memperbodohkan dan mempersendakan Syeikh Salim al-Bisyri dalam dialog palsu (ditulis selepas 20 tahun selepas kematian Salim Bisyri) yang ditulisnya bertajuk al-Muraja’at (Dialog Syiah-Sunni). Dari sini kita membuat kesimpulan usaha taqrib ini yang dilanjutkan kepada Amman Message ini tidak pernah membantu apa-apa jua keadaan Ahli Sunnah di Iran sendiri, Iraq dan Afghanistan yang diperangkap dalam pertembungan Sunni-Syiah yang penuh berdarah dalam percaturan kepentingan politik antara Amerika dan Iran sejak era dunia moden.

Di sana terdapat pelbagai kepentingan dan opsyen politik antarabangsa bagi menangani isu ini. Syiah tidak seperti pertubuhan Arqam yang bersifat domestik yang mudah ditangani kerana tidak membabitkan hubungan negara antarabangsa dan semestinya membabitkan hubungan dengan negara-negara serantau dan kehendak penjajah rantau berkenaan. Sekalipun Syiah dibenarkan menunaikan haji ke Mekah (hanya kerajaan Saudi sahaja boleh menjelaskan sebab dan puncanya) dan Saudi terlibat dalam pertubuhan OIC dan Amman Message, Deklarasi Syiah-Sunah di Jeddah dan sebagainya, negara itu tidak pernah berhenti menyekat dan berdepan dengan tentangan keras dari komuniti Syiah di timur negara berkenaan. Morocco bertindak lebih berani memutuskan hubungan dengan Iran kerana usaha penyebaran Syiah yang semakin kritikal di negara itu. Yaman dan Saudi berusaha menyekat gerakan Syiah Haouthi di Sa’dah yang merebak ke wilayah Saudi. Kuwait melucutkan kerakyatan seorang ulama’ Syiah yang dianggap membahayakan umat Islam. Jika tindakan terhadap komuniti Syiah di Malaysia boleh dianggap “double standard”, bagaimana pula dengan tindakan negara-negara rantau Arab berkenaan? Apakah mereka menerima Amman Message, pertemuan di Jeddah atau bagaimana? Dan apakah tindakan kejam sejak dinasti Safawiyyah ke atas etnik Sunnah yang asalnya 60% dari penduduk Iran ketika itu sehingga hari ini di Baluchistan, Ahwaz, Zahedan dan lain-lain bukan double standard? Kerjasama tentera Syiah Nuri al-Maliki bersama dengan penjajah Amerika membunuh penduduk Sunnah di Iraq tidakkah satu double standard? Jika JAKIM keliru apakah PAS juga keliru memecat keahlian beberapa individu yang terlibat dengan Syiah pada 1990-an?

Kembalilah kepada isu pokok, Syiah (Imamiyyah) difatwakan sesat kerana ciri-ciri aqidahnya yang kufur dan bertentangan dengan Islam yang telah lama diputuskan oleh ulama’-ulama’ terbilang kita. JAKIM serta JAIS memiliki alasan yang kukuh bertindak ke atas mereka atas maslahat akidah ummah. Isu agama seharusnya menjadi tanggungjawab jabatan agama negeri dan JAKIM. Bukan orang awam yang jahil dan sering terkeliru dan yang sudah dibius oleh Syiah menjadi keliru.. Wallahu a’lam.

Sumber: http://al-ahkam.net/home/index.php?option=com_content&view=article&id=6194:syiah-isu-kesesatan-umat-islam-sejagat&catid=62:bahaya-syiah

Penderitaan Sunni Di Iran

VIDEO – (Durasi – 10m 59s] PENDERITAAN SUNNI DI IRAN (SUNNIS IN IRAN ARE SUFERINGS)

Sunni adalah fahaman kedua paling popular di Iran melibatkan lebih 30 peratus dari penduduk Iran. Kebanyakan Sunni Iran tinggal di Kurdistan, Balushstan, bandar-bandar sempadan Khorasan, Turkamen, Sahara dan sepanjang pinggiran wilayah. Bermula dari era Safawi tahun 906 sehingga ke hari ini, Sunni Iran terpaksa melalui kepayahan akibat diskriminasi dan ketidakadilan dari kerajaan yang dikuasai golongan Syiah.

Selepas apa yang dipanggil “Revolusi-Islam”, kerajaan Syiah Iran telah mengambil langkah-langkah secara berterusan sama ada memaksa puak Sunni memeluk Syiah atau menghalau mereka keluar dari Iran melalui berbagai cara.

Berikut adalah beberapa contoh jelas taktik kotor yang digunakan kerajaan Iran bagi memastikan golongan minoriti Sunni terus ditindas:

1) Menghalang dari memegang jawatan penting dalam kerajaan, sebagai contoh, hanya terdapat 15 wakil Sunni (yang kebanyakannya dianggap boneka Syiah) daripada keseluruhan 270 ahli parlimen Iran. Dalam pejabat pentadbiran atau institusi penting, memang tiada langsung di kalangan Sunni yang berjawatan menteri, duta atau gabenor sekalipun di wilayah-wilayah yang dikuasai Sunni. Tapi yang peliknya, kerajaan Iran pula bersikap tegas apabila meminta kerajaan Afghanistan memperuntukkan 1/4 kerusi mewakili Syiah di sana, pada hal populasi penganut Syiah hanya sekitar 10% dari jumlah penduduk Afghanistan. Pada masa ini amat payah untuk melihat seorang pengurus sebuah institusi yang mempunyai latar belakang Sunni. Dalam institusi yang lebih sensitif seperti pengawal revolusi, kementerian luar, kementerian pertahanan atau dalam bidang perniagaan, keadaan menjadi lebih teruk lagi.

2) Penindasan dalam Perindustrian dan Ekonomi. Pada masa sekarang, semua sektor industri dan ekonomi di kawasan ramai penduduk Sunni dimonopoli oleh minoriti Syiah. Sebaliknya, golongan Sunni terpaksa bergelut dengan kepayahan sekalipun untuk mewujudkan perniagaan kecil-kecilan. Memang terbukti yang pihak regim bermatlamat menindas golongan minoriti Sunni dalam pelbagai aspek kehidupan supaya dapat memaksa mereka memeluk Syiah atau menghalau keluar dari tempat asal mereka. Kerajaan malah menafikan hak Sunni untuk membuka kilang kecil, atau jika mereka memiliki sebuah kilang, maka undang-undang membenarkan ianya dimiliki oleh puak Syiah. Di sepanjang sempadan teluk, situasi ini menjadi lebih teruk dari yang disangkakan. Di kebanyakan kawasan, penduduk setempat Sunni dinafikan hak mendapatkan lesen menangkap ikan, bagi membolehkan industri perikanan ini dikuasai oleh peneroka-peneroka baru Syiah (yang digalakkan kerajaan berhijrah ke situ). Seperti yang dinyatakan sebelum ini, matlamat utama pihak kerajaan berbuat demikian adalah untuk mengubah populasi penduduk supaya golongan Sunni akan menjadi minoriti dalam wilayah mereka sendiri

3) Polisi mengubah persamaan sosial dan memaksa penduduk tempatan berpindah. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah bagi mewujudkan vakum dalam kawasan-kawasan majoriti Sunni, terutamanya di bandar Abbas, Gheshm, dan bandar sempadan wilayah Balushistan yang berhampiran dengan Negara-negara majoriti Sunni seperti Pakistan, Afghanistan dan Negara-negara teluk. Apabila matlamat ini dicapai, pihak kerajaan akan mempunyai kawalan penuh terhadap kawasan majoriti Sunni dan pada masa yang sama dapat memutuskan hubungan yang terjalin sekian lama antara masyarakat Sunni dengan saudara sempadan mereka. Oleh sebab itulah, pihak regim Iran telah menggalakkan sekumpulan besar masyarakat Syiah untuk berhijrah ke Khorasan, Hormozgan, Balushistan dan Kurdistan. Apabila Muslim Sunni menjadi minoriti, sudah tentu mereka tidak mempunyai undi mencukupi untuk menghantar wakil dalam Parlimen regim. Akibatnya, Muslim Sunni tidak akan mempunyai suara dalam polisi Iran. Jika didapati satu-satu kawasan itu masih bermajoriti Sunni, kerajaan akan menggunakan taktik menyuruh sebahagian penduduk berpindah ke kawasan majoriti Syiah, dan dengan cara ini Muslim Sunni tidak akan berpeluang menghantar wakil mereka ke parlimen. Di beberapa kawasan dalam Balushstan, Kurdistan, Khorasan dan bandar sempadan dengan Afghanistan, keseluruhan penduduk kampung dipaksa meninggalkan tanah mereka untuk berhijrah ke kawasan lain di Iran. Sebaliknya pula, puak-puak Syiah ditempatkan di kawasan-kawasan yang ditinggalkan tadi. Antara contoh kawasan majoriti Muslim Sunni yang tempatkan dengan penduduk Syiah adalah seperti di Sarbaz, Bahokalat dan Rask di Balushstan.

4) Meminoritikan Muslim Sunni melalui kawalan kadar kelahiran. Kebanyakan Muslim Sunni tinggal di luar bandar dengan kadar pertumbuhan populasi sekitar 13% berbanding 3% di bandar. Dengan mengenakan kawalan kelahiran ketat secara jelas akan membawa kepada kesan yang buruk kepada struktur sosial dalam satu-satu kawasan. Beberapa siri kempen pemandulan lelaki dan wanita dilancarkan oleh agensi-agensi kerajaan bagi membendung populasi Muslim Sunni.

5) Penguasaan puak Syiah dalam angkatan tentera memang jelas. Ketakutan mereka kepada Muslim Sunni tidak pernah pudar sekalipun ramai di kalangan golongan muda Muslim Sunni telah dikenakan hukuman penjara, siksaan dan hukuman mati atas pelbagai dakwaan yang samar. Sekalipun terpaksa merekrut Muslim Sunni sebagi tentera, mereka hanya akan ditempatkan di pejabat tanpa perlu membawa senjata. Dalam organisasi yang lebih penting seperti pengawal revolusi, tentera Sunni tidak dibenarkan langsung mengambil bahagian. Dalam kementerian penerangan pula, keadaan menjadi lebih teruk lagi kerana tiada seorang pun penjawat jawatan di kalangan Muslim Sunni. Perlu diingatkan bahawa ketua organisasi ini adalah Ali Fallahian yang sangat dikehendaki oleh Interpol. Beliaulah di belakang pembunuhan ketua-ketua pembangkang di luar Negara.


Regim Syiah di Iran sedar yang ia akan menerima nasib yang sama seperti Soviet Union iaitu negara yang multinasional dengan populasi dari latarbelakang agama berbeza. Oleh yang demikian, mereka perlu menyiapkan diri menghadapi sebarang bentuk perpecahan di masa depan. Sekalipun berdepan dengan pelbagai bentuk diskriminasi, penyiksaan, dan hukuman bunuh terutamanya di Baluchistan dan Kurdistan, pihak Syiah percaya golongan Muslim Sunni mampu bangkit untuk menentang kerana mereka memang terkenal sebagai pahlawan gagah berani lebih-lebih lagi kawasan yang diduduki mereka amat sesuai untuk gerakan memerangi diktator Syiah di Iran. Pelbagai usaha dibuat bagi mengekang kebangkitan Muslim Sunni termasuk melarang para pemimpin agama Sunni menyuarakan pandangan mereka dan menghalang mereka menyebarkan sebarang bentuk risalah.

Di awal revolusi Iran, pihak kerajaan telahpun memulakan usaha memerangi Sunni Muslim seperti yang dilakukan tentera Kristian dalam perang salib. Mereka menyebarkan propaganda dan kemudian memaksa mereka meninggalkan Sunni dan memeluk agama Syiah.

Pada waktu itulah pihak regim melakukan kerja-kerja “brain wash” terhadap remaja-remaja Sunni. Antara kempen yang dilakukan oleh pihak regim adalah memperkenalkan perkahwinan sementara, iaitu “sigheh” yang turut disokong oleh bekas presiden Iran, Ali Akbar Hashemi Rafsenjani. Perkahwinan sementara atau Seigheh ini bertentangan dengan fahaman Muslim Sunni. Inilah salah satu cara memerangkap golongan remaja supaya memeluk Syiah.

Taktik lain yang digunakan pihak regim di wilayah tersebut ialah penganiayaan dan penahanan tokoh-tokoh berpengaruh atas dakwaan yang meragukan. Telah berlaku banyak kes di mana ketua-ketua puak dijatuhi hukuman bunuh tetapi boleh dibebaskan dengan syarat ia mengahwinkan anak perempuannya dengan ulama’ Syiah. Dengan cara inilah, ulama’ Syiah tadi dapat masuk ke dalam populasi Sunni dan seterusnya mengembangkan fahaman mereka.

Dalam bidang pendidikan pula, tekanan yang dikenakan oleh regim ke atas Sunni Muslim adalah melalui bidang pengajian sejarah dan agama. Dalam pendidikan sejarah dan agama, semua angka dan fakta sejarah telah diubah. Keperibadian tokoh-tokoh terulung dalam sejarah Islam telah diaibkan supaya pemuda-pemudi Muslim Sunni hilang minat terhadap tokoh-tokoh tersebut, terutamanya bila ia berkaitan tentang pewaris Nabi Muhammad s.a.w. Sebaliknya, tokoh-tokoh agama Syiah diagung-agungkan seolah-olah mereka datang dari syurga. Dengan cara ini, apabila tamat pengajian, pelajar-pelajar tadi akan lebih cenderung memahami keperibadian Syiah dan kitab-kitab mereka, berbanding fahaman Sunni itu sendiri. Ini satu contoh jelas bagaimana ‘brainwash’ dilakukan.

Masjid Diroboh

Selepas didesak beberapa kali oleh Molavi Abdel Aziz, seorang pemimpin agama Sunni di Baluchistan, sekeping tanah telah diperuntukkan untuk komuniti Sunni membina masjid namun kebenaran untuk membinanya masih belum diterima hingga ke hari ini. Perlu juga dinyatakan di sini, iaitu sewaktu permulaan revolusi di mana regim Iran belum lagi mempunyai kekuasaan penuh terhadap Negara, pihak Muslim Sunni berjaya membina banyak masjid di kawasan-kawasan majoriti mereka. Malangnya pembinaan masjid baru telah menyebabkan pemimpin-pemimpin agama Sunni dianiaya dengan dikenakan hukuman kerana kononnya bersekutu dengan “Wahabisma”. Kes-kes begini telah menyebabkan masjid-masjid diruntuhkan atau disita oleh pihak regim. Yang peliknya dalam ibukota Tehran sendiri, di mana terdapat berpuluh gereja, kuil Hindu, dan tempat ibadat agama lain, tidak terdapat walaupun satu masjid untuk Muslim Sunni. Inilah bukti bahawa regim Syiah amat takutkan Muslim Sunni, seperti apa yang dikatakan oleh Molavi Abdul Aziz bahawa, “Mereka malah tidak membenarkan kita membuka kedai kerana takut nanti mereka akan menjadi bankrap, sementara pembinaan masjid dan sekolah agama pula akan menganggu mereka”.

Selepas itu, banyak masjid dimusnahkan satu demi satu. Sememangnya regim Iran adalah satu-satunya kerajaan yang berbangga kerana meruntuhkan masjid di negara sendiri. Berikut adalah beberapa buah masjid yang telah dimusnahkan oleh regim Syiah Iran.

1) Masjid Sunni di Ahwaz adalah masjid pertama diruntuhkan dan di atas tapaknya dibina pusat penerangan sebelum perang Iran-Iraq.

2) Masjid Torbate-Jam disita pada 1982 dan kemudian dijadikan berek tentera.

3) Masjid Negor dan sekolah agama di Balushistan (chahbahr) – Dirobohkan dengan bulldozer. Pihak regim menuduh pemimpinnya bersekutu dengan Wahabism.

4) Masjid Saleh Abad dan sekolah agama disita.

5) Sekolah agama di Tawalesh – pemimpinnya ditahan- disiksa dan dipenjarakan.

6) Masjid Hassanian di Shiraz – masjid ini pimpin oleh Dr. Mozafarian seorang pakar fizik. Masjid disita dan dijadikan panggung wayang.

7) Masjid Shaikh Faiz Mosque di Mashed – berusia 200 tahun. Arahan dikeluarkan sendiri oleh pemimpin kerohanian Syiah Iran, Khomeini. Selepas itu, berpuluh-puluh lagi masjid di Zahedan dan Kurdistan dimusnahkan.

Bunuh Pemimpin Sunni

Selagi mana pihak regim gagal ‘mensyiahkan’ bangsa Baluchis, Kurdis, Turk dan lain-lain Muslim Sunni, selagi itulah taktik-taktik kotor digunakan sama ada melalui penganiayaan, hukuman penjara atau hukuman bunuh ke atas pemimpin-pemimpin Sunni.

Program pembersihan seperti ini adalah bertujuan untuk mewujudkan vakum di kawasan majoriti Sunni supaya mereka hidup tanpa pemimpin. Apabila ini tercapai, mudah bagi kerajaan mengembangkan kekuasaannya melalui radio, tv dan sumber-sumber lain. Perlu diingatkan di sini bahawa Khomeini berulangkali mengeluarkan kenyataan yang berbunyi, “Kita musnahkan masjid-masjid Sunni tapi tiada reaksi apa-apa dari mereka, kita bunuh pemimpin mereka, juga tiada reaksi apa-apa dari mereka, oleh itu kita perlu rogol wanita mereka, kerana bagi mereka isu ini sangat sensitif, dan apabila mereka mula berprotes, barulah kita boleh hapuskan mereka”. Dalam perkara berkaitan, seorang ulama’ muda Syiah mengaku telah merogol 60 wanita Sunni, dan kemudian telah ditahan dan dibunuh oleh kumpulan Sunni di bawah pimpinan Hameed Narooei (yang kemudiannya diracun oleh agen regim).

Berikut adalah beberapa tokoh penting Muslim yang ditahan dan dibunuh:

20 September 2010 – Sunnionline

KURDISTAN: Beberapa hari lepas, pihak berkuasa Iran menahan Ulama’ Sunni, Shaikh Mullah Muhsen Husaini, imam dan khatib masyarakat Sunni di bandar Kamyaran dalam wilayah Kurdistan.

Menurut HRANA, sebuah pertubuhan aktif hak asasi manusia di Iran, beberapa hari lalu pihak berkuasa rahsia Iran di Kamyaran menahan ulama’ Sunni yang juga seorang hakim Mahkamah Keluarga Kamyaran, dan ditempatkan di penjara yang tidak diketahui. Dua minggu sebelum itu, Shaikh Husaini menyebut dalam khutbah Jumaat mengaitkan kerajaan mensabotaj usaha-usaha ke arah perpaduan antara penganut Sunni dan Syiah. Ulama’ berkenaan telah beberapa kali ditahan sebelum ini kerana menyuarakan diskriminasi dan kemiskinan dalam kawasan masyarakat Kurdis”.

21 Jun 2010

TEHRAN: Abdolmalek Rigi – digelar Umar Mukhtar kedua, ketua pemberontak kumpulan Sunni, Jundullah, yang melancarkan penentangan di wilayah Sistan-Baluchestan, digantung pagi Ahad lalu, lapor IRNA.

“Selepas diputuskan dalam tribunal revolusi Tehran, Abdolmalek Rigi digantung pagi Ahad di penjara Ein Evin”, kata IRNA.

Bahman Shakuri dari Tawalesh, sebuah bandar di bahagian barat Irana, dituduh kerana tidak mempercayai Imam 12 Syiah adalah nabi, dan dihukum bunuh pada 1988.

Shaikh Abdel Wahab Khafi dari Khorasan, dituduh bekerjasama dengan wahabisma, akibatnya disiksa hingga mati pada 1990.

Dr. Ali Mozafarian seorang pemimpin agama Sunni Muslim dan seorang pakar bedah terkenal, telah disiksa dengan teruk dan akhirnya dihukum mati pada 1992 kerana tuduhan mempunyai hubungan dengan pergerakan wahabi.

Ayatollah Allameh Abu Al-Fazl Borqaie pemimpin agama Syiah terkenal sebelum revolusi, kemudiannya memeluk Sunni. Percubaan kali pertama untuk membunuhnya gagal. Kemudian ditahan dan dibuang daerah. Akhirnya meninggal pada 1992.

Allameh Ahmad Mofti Zadeh, pemimpin agama Sunni Muslim Kurdis, menderita disiksa di penjara selama beberapa tahun sehingga membawa kematiannya pada 1993. Telah dibebaskan sebelum itu, tapi tidak dibenarkan mendapat rawatan luar negeri.

Molavi Abdel Malek Mullazadeh, pemimpin agama Sunni Muslim Baluchi. Molavi Abdel Malek adalah anak sulung kepada pemimpin agama terulung di Baluchistan, terbunuh dalam serangan di Karachi oleh kumpulan pengganas Aid Mohamed Bamari yang didalangi regim Iran pada 1996. Kumpulan yang sama juga dipercayai terlibat dalam usaha menghapuskan pemimpin pembangkang Iran di Britain.

Molavi Abdel Naser Jamshid Zahi, dari Baluchistan, Iran – seorang pensyarah di salah sebuah sekolah Islam Karachi terbunuh syahid bersama Movlavi Abdel Malek pada 1996 di Karachi.

Farouq Farsad dibunuh pada 1996 selepas dibuang daerah.

Molavi Qlandar Zahi dibunuh pada 1997.

Molla Mohammed Rabiei pemimpin agama Sunni Muslims di Kermanshah dibunuh oleh pihak perisikan Iran pada 1996. Beliau adalah penulis terkenal yang telah menghasilkan 40 buah buku dan artikel-artikel penting.

Dr. Ahmad Mirin salah seorang ulama’ terulung di Baluchstan dibunuh oleh pihak regim pada 1996 selepas ditahan di lapangan terbang Bandar Abbas.

BeritaIslamGlobal: Ya Allah!! Kami pohonkan perlindungan untuk saudara kami di Iran dari segala mala petaka dan bahaya dan jadikanlah mereka golongan yang berpegang teguh kepada Islam yang sebenar. Ya Allah! Kami pohon supaya Engkau menerima mereka yang gugur sebagai syahid dan menjadikan yang masih hidup supaya lebih bersabar, dan kami pohon kepada Mu Ya Allah supaya membebaskan mereka dari sebarang bentuk kezaliman dan penindasan, Amin.

Dato Harun Taib: Membongkar Hakikat Syiah Di Iran Dan Iraq

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat (mantan), Dato Harun Taib dalam kuliahnya pada 5 Januari 2007 membongkar hakikat di sebalik kebangkitan Syiah di Iran dan Iraq. Didedahkan juga bagaimana dendam Syiah terhadap Sunni sama seperti dendam Yahudi terhadap umat Islam. Beliau menceritakan tentang keganasan Syiah di Iran dan di Iraq. Di Iran para ulama Sunni dibunuh selepas Ayatullah Khomeini naik memerintah. Satu perkembangan yang membimbangkan juga di Iraq  di mana golongan Syiah yang memerintah telah membunuh golongan Sunni sama ada orang awam dan para ulama’nya. Manakala masjid-masjid dibakar dan diruntuhkan. Menurutnya, sekejam-kejam Komunis semasa menjajah negara umat Islam tidak pernahpun meruntuhkan masjid-masjid mereka. Tonton video ini yang mengandungi kuliah Dato Harun Taib dengan disertakan klip-klip video kekejaman Syiah dan kekarutan mereka. Sumber: http://al-ahkam.net/home/index.php?option=com_content&view=article&id=2076:video-ketua-dewan-ulamak-pas-pusat-dato-harun-taib-membongkar-hakikat-syiah-di-iran-iraq-dan-leb&catid=62:bahaya-syiah

Mengapa Amerika Tidak Menyerang Iran?

Soalan Kepada Konsultasi Eramuslim.com

Assalamualaikum, w.b.t,

Saya Mohd Samsuddin bin Harun dari Malaysia, ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Eramuslim.com kerana banyak menyiarkan informasi yang sangat bermanfaat. Sebahagian maklumat di sini saya muatkan dalam blog saya: http://www.tenteradajjal.blogspot.com. Mohon keizinan dari admin dan moderator.

Saya ada beberapa soalan:

1. Benarkah CIA terlibat dalam Revolusi Iran untuk meletakkan Khomeini di puncak kuasa selepas Shah Jehan di Iran.

2. Apakah hubungan sebenar Iran dengan Amerika dan Yahudi? Mengapa Amerika tidak memilih perang sebagai solusi utama untuk berhadapan dengan Iran?

3. Benarkah kelompok bergaris keras di Iran memiliki hubungan dengan komunis terutama KGB Russia. Sebagaimana kita ketahui Russia dan China merupakan pembekal bahan nuklear dan rakan kongsi Iran dalam pembangunan aktiviti nuklear Iran.

Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak eramuslim.com yang sedia memberi perhatian terhadap soalan saya ini.

Jawaban (Dialih bahasa oleh – https://darulkautsar.wordpress.com/ )

Wa’alaikumusalam warahmatullahi wabarakatuh,

Semoga Allah s.w.t senantiasa memberikan rahmat dan hidayah-Nya kepada anda dan keluarga. Saya akan terus menjawab soalan-soalan dari anda tersebut. Pertama, adalah satu fakta bahawa CIA selalu terlibat dalam berbagai rampasan kuasa dan penggantian pemimpin di seluruh dunia. Dalam kes Khomeini yang dikatakan “memimpin” revolusi dari tempat perlindungannya di Perancis, adalah sukar dibayangkan bahawa CIA tidak terlibat, kerana Perancis dengan Amerika itu adalah dalam satu blok, satu persepakatan dalam mencipta “The New World Order” sejak dari dulu lagi. Oleh itu, CIA pasti terlibat di dalamnya walaupun sedikit. Semasa pemerintahannya, Iran didapati pernah berbaik-baik secara rahsia dengan Amerika seperti yang berlaku dalam skandal Iran-Contra. Di dalam kes ini sudah tentu CIA memainkan peranannya.

Kedua, pemerintah Iran lebih mesra dengan penduduk beragama Yahudi berbanding umat Islam Sunni. Saya pernah bertukar fikiran dengan salah seorang aktivis Jaringan Islam Liberal (JIL) dari cawangan NU di Jawa Tengah beberapa tahun lalu yang pernah dipelawa oleh Kedutaan Besar Iran di Indonesia untuk mengunjungi Teheran, Ibu Negara Iran. Dia memberitahu bahawa di Teheran, tidak ada sebuah pun masjid kaum sunni yang dibenarkan, tetapi jumlah “sinagog” – rumah ibadat Yahudi – di Teheran ada lebih 45 buah.

Cerita-cerita tegangnya hubungan Amerika Syarikat dengan Iran kerana isu nuklear sudah lama timbul. Tetapi saya berasa pelik mengapa Amerika Syarikat kelihatan begitu mesra dan anehnya, memilih jalan diplomasi dengan Iran. Sebaliknya, bila berhadapan dengan negara-negara Islam yang lain, yang ancamannya jauh lebih kecil berbanding Iran, seperti Irak dan Afghanistan, Amerika Syarikat tidak langsung berkompromi.

Bertahun-tahun Amerika Syarikat dan Iran berperang mulut, tetapi ianya setakat itu sahaja. Saya syak ianya hanya sebuah sandiwara politik peringkat tertinggi dengan tujuan untuk mengangkat Iran sebagai ikon dunia Islam dalam isu menentang Amerika. Yang pasti, Iran adalah sebuah ikon tiruan!

Perhubungan erat Syiah dengan Yahudi sebenarnya sudah lama terjalin dalam lipatan sejarah. Malah pengasas ajaran Syiah, Abdullah bin Saba’, adalah seorang Yahudi dari Yaman. Dalam perang salib, Syiah berkerjasama pula dengan tentera salib. Disebutkan bahawa ketika Paus Urbanus II menyiapkan pasukan perang salib di Eropah untuk menyerang Jerusalem, tentera Syiah Fatimiyah terlebih dahulu menyerang Jerusalem dan meyembelih umat Islam sunni Dinasti Abbasiah yang menguasai kota suci itu. Jerusalem jatuh ke tangan Syiah Fathmiah setahun sebelum kedatangan tentera salib pada tahun 1099.

Carole Hillenbrand, Professor Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Universiti Edinburgh, dalam bukunya yang tebal berjudul “Perang Salib: Dari Pandangan Islam” (Pada tahun 1999 dianugerahkan “The King Faisal International Prize for Islamic Studies”) menulis tentang peristiwa ini. Menurut Hillenbrand, pasukan Syiah Fathimiyah telah berganding bahu merebut Jerusalem dari tangan ahli sunnah, Dinasti Abbasiah, dan pertempuran yang berlaku semasa pasukan salib pimpinan Godfroi de Bouillon tiba di Jerusalem pada tahun 1099, adalah hanya pertempuran kecil untuk mengabui konspirasi peringkat tinggi itu.

Ketiga, tentang kerjasama di antara golongan pelampau Syiah Iran dengan kerajaan komunis Rusia dan Cina, ianya boleh jadi wujud. Dalam “kerjasama” peringkat tinggi, isme-isme selain Islam sesungguhnya adalah merupakan ciptaan mereka juga. Revolusi Bolshevik yang diketuai Lenin-Stalin terbukti dibiayai oleh Yahudi dan Amerika. Datuk kepada George W Bush terlibat dalam revolusi ini. Oleh itu, sama ada Marxis ataupun kapitalisme, mereka memiliki induk yang sama, iaitu Yahudi.

Objektif Yahudi ialah menghancurkan semua agama samawi. Dahulunya, pengikut Nabi Musa a.s. disesatkan oleh seorang Yahudi bernama Samiri dan membuang Taurat Nabi Musa dan menggantikannya dengan Talmud yang berasal dari ajaran ilmu sihir Mesir kuno bernama Kabbalah. Yahudi memusuhi dan memerangi semua nabi Allah. Ketika Allah s.w.t menurunkan Nabi Isa a.s. untuk mengembalikan umat Musa a.s. kepada Tauratnya, pendeta Yahudi bernama Sanhendrin memusuhinya dan mereka mengutuskan Paulus—Yahudi dari Tarsus—untuk memesongkan ajaran Nabi Isa a.s. sehingga jadilah ajaran Baginda seperti sekarang ini.

Mereka juga hendak menghancurkan Islam dengan menyusupkan Abdullah bin Saba’, seorang Yahudi dari Yaman. Sebelum kedatangan Abdullah bin Saba’, Islam hanya satu, tidak ada istilah Sunni dan Syiah. Namun oleh kerana angkara Yahudi ini maka Islam sekarang berpecah kepada dua kelompok besar, Sunni dan Syiah. Hakikatnya, ini adalah salah. Islam adalah Islam dan selain dari itu bukan Islam.

Ini saja penjelasan dari saya. Wallahu’alam bishawab. Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sumber: http://www.eramuslim.com/konsultasi/konspirasi/mengapa-amerika-tidak-memilih-serangan-untuk-iran.htm

Gerakan Houthiah di Yaman Bukannya Syiah Zaidiyyah!

Tidak benar sama sekali Gerakan Houthiah itu Syiah Zaidiyyah, mereka sebenarnya pemberontak Syiah Imamiyyah yang disokong dan dibiayai oleh Iran. Kelompok ini turut bertempur di Iraq untuk membunuh Ahli Sunnah. Media-media dunia (bersumberkan Barat) sengaja melabelkan mereka dari kelompok Zaydiyyah yang sebenarnya aqidah yang berbeza sama sekali. Berdasarkan maklumat perbualan saya dengan pelajar Yaman sendiri, beliau menyatakan Syiah di utara Yaman itu adalah Imamiyyah bukannya Zaidiyyah. Jika ada pun unsur Zaidiyyah pada mereka boleh dikatakan sebagai bekas Zaidiyyah yang telah bertukar agama kepada Imamiyyah hasil kejayaan dakwah Syiah Imamiyyah di sana.

Jika kita perhatikan Syiah Imamiyyah yang semuanya berwala’ kepada Iran sedang berusaha mengepung Jazirah Arab dan sebenarnya sedang menuju untuk menjajah tanah Haram di Hijaz. Itu merupakan doktrin mereka dalam kitab Protokol Ayatullah Qom berdasarkan hadith-hadith “yahudi” mereka.

Umat Islam harus peka masalah ini. Kini mereka menguasai Iraq, Syria, Bahrain (lebih 70%) Kuwait (peratus yang besar), demikian dengan Oman, bahkan separuh penduduk UAE adalah orang-orang Iran yang bercampur dengan etnik Arab. Jika kita perhatikan ke arah mana mereka sedang menuju, jelasnya ialah untuk menguasai Makkah dan Madinah. Sebab itu Iran begitu beriya-iya menyokong pergerakan Houthi ini dan pergerakan di Saudi. Iran sendiri mengakui ribuan para intelijennya sedang menyusup di negara-negara Arab bagi tujuan ini. Asalnya Syiah di Yaman dari sebuah perkampungan kecil sahaja kemudian mula merebak menjadi satu kawasan yang besar kemudian mengasaskan tenteranya sendiri. Kerajaan Yaman pada mulanya memandang rendah terhadap risiko yang bakal dihasilkan oleh kelompok ini. Namun bila mereka sudah membiak dan mula mengadakan pemberontakan, kerajaan negara mula memahami bahawa mereka bertujuan menggulingkan negara Yaman dengan bantuan luar dari Iran dan Iraq. Senjata-senjata mereka sememangnya datang dari Iran menerusi pelbagai arah negara Arab yang telah dikuasai oleh mereka. Kerajaan Yaman baru-baru ini telah menolak Menteri Luar Iran untuk mendarat di Yaman bagi membincangkan masalah tersebut. Lantaran itu media Iran sendiri menyiarkan berita bahawa Menteri Luar Iran, Manucher Mottaki meminta campurtangan Amerika di sana untuk menekan Yaman supaya menerima diplomasi dari Iran. Rahsia persekongkolan Iran-Amerika di Yaman perlu mendapat perhatian kita semua bagi menyedarkan masyarakat.

Kerajaan Malaysia / JAKIM perlu bertindak terhadap kumpulan-kumpulan ‘anak-anak Majusi’ asuhan Iran di Malaysia .Mereka ini persis kelompok-kelompk kecil Syiah di Yaman suatu masa dahulu. Mereka ini sangat merbahaya. Bayangkan markas-markas Syiah di Malaysia, yang mula bertapak di Taman Sri Gombak merebak ke seluruh Daerah Gombak. Ada kemungkinan, selepas ini dengan jutaan dana ‘khumus’ Imam Mahdi mereka yang disalurkan atas agenda menyebarkan Revolusi Khomeini, akan membolehkan mereka menguasai beberapa kawasan strategik. Ketika itu, penganut Syiah akan memenuhi jalan-jalan raya untuk merayakan Karbala’ dan hari-hari besar mereka. Apakah tidak mustahil dengan jumlah demikian, mereka akan berusaha untuk menubuhkan pasukan tentera dan akan memberontak terhadap kerajaan? Fikirkan sedalam-dalamnya, dengan mengambil contoh-contoh dari Lubnan, Iraq, Yaman dan apa yang sedang dialami oleh kerajaan Saudi hari ini.

Na’uzubillah min dzalika.

Sumber asal : http://tenteradajjal.blogspot.com/2009/12/gerakan-houthiah-di-yaman-bukannya.html dengan pindaan perenggan akhir oleh https://darulkautsar.wordpress.com/

Taqrib Sunni-Syiah Tidak Akan Berjaya

VIDEO – [Durasi – 7m 37s]- PROJEK AKIDAH-Taqrib Sunni-Syiah Tidak Akan Berjayap>

TAQRIB SUNNI – SYIAH TIDAK AKAN BERJAYA

Usaha mendekatkan Sunni-Syiah (taqrib) oleh sesetengah pihak TIDAK akan berjaya kerana:

a) Syiah BUKAN Islam kerana dasar aqidah adalah berbeza – adalah mustahil menyatukan Islam dan bukan Islam

b) Syiah memungkiri perjanjian yang dipesetujui seperti yang didedahkan oleh ulama’ yang pernah cuba berbaik (taqrib) dengan mereka seperti Sheikh Mustafa As-Siba’i dan Prof Dr Yusof Al-Qardhawi

c) Taktik kotor Syiah untuk mengembangkan ajaran Syiah di kalangan ahlus sunnah dan memperalatkan ulama’ Sunni yang terlibat dengan usaha taqrib.

PERSAMAAN SYIAH DENGAN YAHUDI

Oleh: Ust Shamsuddin bin Abdul Rahman
VIDEO – [Durasi – 1j 11m 5s] – SYIAH: Persamaan Syi’ah Dengan Yahudi – Us Shamsuddin Abd Rahman – JARUM

Aspek persamaan Syiah dengan Yahudi bukan hanya dari sudut aqqidah sahaja tetapi merangkumi juga sudut feqah. Hal ini tidak memeranjatkan kerana Syiah Rafidhah sememangnya diasaskan oleh seorang Yahudi tulin iaitu Abdullah bin Saba’.

1) Aqidah “Wasiat” Di Sisi Yahudi Dan Syi’ah

Yahudi: Kemestian menentukan jawatan pengganti selepas nabi adalah melalui wasiat yang jelas atau disebut sebagai “secara nas”. Berkaitan perkara ini terdapat banyak nas dalam Taurat dan kitab-kitab Yahudi; dalam Sifir ‘Adad disebutkan arahan Allah supaya Nabi Musa melantik Yusya’ bin Nun sebagai penggantinya. [1]

Syiah: Kedudukan “Imamah“ atau “Al-Walayah” dalam ajaran Syiah adalah sebagai rukun agama yang paling utama berbanding rukun-rukun yang lain. Bahkan tidak akan sempurna iman tanpanya. Al-Kulaini meriwayatkan bahawa Ja’far As-Sadiq berkata: “Islam dibina di atas lima perkara iaitu solat, zakat, haji, puasa dan walayah”. Zurorah berkata: “Aku bertanya; kelima-lima itu yang manakah paling utama. Jawab Imam Ja’far: Al-Walayah”. [2]

Syiah beriktiqad bahawa “wasi” selepas Nabi s.a.w. adalah ‘Ali bin Abi Talib dan perlantikan ini ditentukan oleh Allah s.w.t. Ja’far As-Sadiq meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah telah mempersaudarakan antara aku dan ‘Ali bin Abi Talib, mengahwinkan ‘Ali dengan puteriku di atas tujuh petala langit dan malaikat muqarrabbin menjadi saksi perkahwinan tersebut, Allah telah menjadikan ‘Ali sebagai (wasi) penggantiku …… ” [3].

Para ulama’ dari kalangan Ahlussunnah dan Syiah menyebutkan bahawa Ibnu Saba’ lah yang memulakan akidah wasiat dalam Islam dan semasa dalam agama Yahudi beliau telah menyebutkan wasiat tentang Yusya’ bin Nun. Shahrastaani menegaskan: “Sesungguhnya Abdullah bin Saba’ adalah orang yang mula-mula mencanangkan akidah jawatan imam kepada Saidina ‘Ali bin Abi Talib berdasarkan nas daripada Allah s.w.t” Ketika membicarakan tentang Ibnu Saba’, Shahrastaani menyebutkan: “Orang ramai mendakwa Ibnu Saba’ sebagai Yahudi yang memeluk Islam. Semasa Yahudinya beliau mengittiqadkan Yusya’ bin Nun sebagai wasi Nabi Musa a.s dan semasa Islamnya beliau mengittiqadkan pula Ali sebagai wasi kepada Nabi Muhammad s.a.w. Beliaulah yang mula mencanangkan akidah jawatan imam kepada Ali adalah dinaskan oleh Allah s.w.t. dan darinya juga bercabang kelompok Syiah ghulat”. [4] Ulama’ Syiah bernama An-Naubkhti juga berpendapat demikian. [5]

2) Yahudi Membataskan Kuasa Pemerintahan Kepada Keluarga Nabi Daud Manakala Syiah Membataskan Jawatan Imam Kepada Keturunan Husain r.a.

Yahudi: Dalam Sifr Hizqial (Orang Yahudi menisbahkan kitab ini sebagai kenyataan Allah s.w.t.) Allah menyebutkan bahawa Dia telah menghimpunkan bangsa Yahudi di satu tempat dan meletakkan mereka di bawah satu pemerintah (Raja) iaitu Daud dan seterusnya bangsa Yahudi terus menerus berada di bawah pemerintahan keturunan Daud. [6]

Syiah: Mereka meyakini, Nabi s.a.w. melantik (melalui wasiat) ‘Ali r.a. sebagai penggantinya dan seterusnya jawatan Imam berpindah kepada Saidina Hasan dan seterusnya berpindah kepada Saidina Husain dan seterusnya jawatan itu berpindah kepada keturunan Husain sahaja hingga kepada Imam Syiah yang kedua belas iaitu al-Mahdi Muntazar. Untuk menyatakan persamaan Syiah dengan Bani Israil dari sudut bilangan Imam maka Assaduq (ابن بابويه القمي) membuat tajuk khusus iaitu:

أخرج الله عزوجل من بني إسرائيل إثنى عشر سبطا، ونشر من الحسن والحسين عليهما السلام إثنى عشر سبطا

Maksudnya: Allah s.w.t. telah melahirkan dari kalangan Bani Israil (Ya’qub bin Ishaq bin Ibrahin) dua belas orang keturunannya (sebagai Imam) dan Allah telah melahirkan dari keturunan Hasan dan Husin dua belas orang keturunan. [7]

3) Akidah Al-Masih Al-Muntazar Di Sisi Yahudi Dan Akidah Al-Mahdi Al-Muntazar Di Sisi Syiah.

Yahudi: Mereka menanti seorang lelaki dari keturunan Daud yang akan memerintah alam ini. Lelaki berkenaan akan mengembalikan kegemilangan bangsa Yahudi dan akan mengarahkan bangsa-bangsa lain supaya tunduk dan menjadi hamba kepada bangsa Yahudi. Mereka menyebutkan watak yang akan lahir di akhir zaman ini sebagai “المسيح المنتظر”. Dalam kitab orang Yahudi terdapat dengan begitu banyak sekali kenyataan tentang “المسيح المنتظر”. [8]

Peristiwa dan fenomena yang akan berlaku semasa kemunculan al-Masih:

i. Beliau menyatukan bangsa Yahudi yang berada di setiap pelusuk alam ini dan menjadikan mereka satu jumlah tentera yang besar. Tempat perhimpunan mereka adalah di Bukit Ursyulim di Quds.

ii. Beliau akan membicarakan dan menjatuhkan hukuman kepada setiap orang yang menzalimi bangsa Yahudi dan kemudiannya menjadikan mereka sebagai hamba kepada bangsa Yahudi.

iii. Berlaku perubahan besar kepada alam ini. Allah akan menjadikan langit-langit dan bumi yang lain. Demikian juga matahari dan bulan akan hilang cahayanya.

iv. Berlaku perubahan kepada fizikal orang-orang Yahudi dan umur mereka menjadi panjang melebihi bangsa lain.

v. Rezeki melimpah ruah untuk bangsa Yahudi. Dalam kitab-kitab mereka digambarkan bukit mengeluarkan susu dan madu, bumi menjadi subur dan mereka memakai pakaian dari bulu lembut.

Syiah: Kepercayaan kepada Mahdi Muntazar merupakan akidah yang paling utama dan disebut dalam hampir semua kitab mereka. Al-Mahdi yang dimaksudkan adalah Muhammad bin al-Hasan al-‘Askari iaitu Imam Syiah yang kedua belas yang biasa juga disebutkan dalam kitab mereka dengan nama “الحجة” dan juga “القائم”. [9] Golongan Syiah mendakwa al-Mahdi dilahirkan pada tahun 255 H dan telah bersembunyi di Sardab [10] pada tahun 260 H. Mereka menunggu kemunculannya di akhir zaman dengan maksud untuk sama-sama membalas dendam terhadap musuh-musuh mereka [11] dan penganut Syiah sentiasa menziarahi tempat persembunyian al-Mahdi ini. [12] Banyak pula timbul cerita-cerita khurafat yang dikaitkan dengan al-Mahdi ini, yang tidak mungkin akan diterima oleh akal yang waras sehinggakan kanak-kanak pun sukar untuk mempercayainya.

Fenomena semasa kemunculan al-Mahdi:

i. Ibunya yang bernama Narjis tidak menyedari beliau mengandungkan al-Mahdi dan yang lebih ganjil lagi beliau mengandungkan al-Mahdi dalam satu malam dan melahirkannya pada malam yang sama. [13]

ii. Ketika lahir, al-Mahdi menyeru nama Allah s.w.t. dalam bahasa ‘Ibrani. [14]

iii. Al-Mahdi akan menghimpunkan seluruh penganut Syiah yang berada di setiap pelusuk alam ini. [15]

iv. Al-Mahdi akan membongkar dan mengeluarkan para Sahabat Nabi dari kubur-kubur mereka dan akan mengazab mereka. [16]

v. Al-Mahdi akan membunuh orang Arab dan bangsa Quraisy. [17]

vi. Al-Mahdi akan merobohkan Ka’bah, Masjid Haram, Masjid Nabawi dan merobohkan setiap masjid umat Islam.[18]

vii. Al-Mahdi akan menyeru manusia kepada satu agama baru, kitab baru dan syari’at yang baru. [19]

viii. Al-Mahdi akan menakluki bandar-bandar besar dengan menggunakan Tabut Yahudi. Bagi orang-orang Yahudi, tabut mempunyai kedudukan yang sangat mulia dan mereka juga berkeyakinan apabila tabut dibawa bersama dalam peperangan mereka tidak akan tewas. [20]

ix. Semasa kewujudan al-Mahdi orang Syiah akan memiliki kekuatan luar biasa iaitu menyamai empat puluh lelaki biasa begitu juga tahap pendengaran dan penglihatan mereka melebihi bangsa lain. [21]

x. Al-Mahdi akan berhukum dengan keputusan keluarga Daud bukan dengan al-Quran dan As-Sunnah. [22]

4) Akidah “Ar-raj’ah” Di Sisi Yahudi Dan Syiah.

Yahudi: Akidah raj’ah merupakan akidah asas dalam ajaran agama Yahudi. Terdapat nas yang begitu banyak dalam kitab-kitab suci mereka yang membicarakan tentang akidah raj’ah. Kitab suci agama Yahudi membahagikan raj’ah kepada tiga tajuk utama, iaitu:

a) Kebangkitan semula sebahagian orang-orang Yahudi yang telah mati dan fenomena ini berlaku di zaman Nabi Musa a.s.

b) Kebangkitan semula orang Yahudi ketika munculnya al-Masih al-Muntazar.

c) Kemampuan para nabi dan para pendeta Yahudi menghidupkan semula orang Yahudi yang telah mati.

Syiah: Makna raj’ah mengikut para ulama’ Syiah ialah kehidupan selepas mati dan ianya berlaku sebelum kiamat. [23]. Berdasarkan kepada kenyataan para ulama’ Syiah yang terdahulu dan kini tentang raj’ah, maka boleh disimpulkan sebagaimana berikut:

a) Makna raj’ah ialah hidup kembali selepas mati sebelum kiamat.

b) Raj’ah hanya berlaku kepada orang yang mencapai darjat tinggi dalam keimanan dan orang yang melampau dalam kejahatan.

c) Raj’ah golongan jahat kerana mereka belum lagi mendapat balasan dari Allah s.w.t. Adapun kalangan jahat yang telah diazab dan dimusnahkan oleh Allah maka tidak akan berlaku raj’ah kepada mereka. Para ulama’ Syiah Imamiyyah menukilkan bahawa telah berlaku ijma’ tentang raj’ah. [24]

5) Yahudi Dan Syiah Melakukan Pembohongan Terhadap Allah s.w.t

Yahudi: Mereka telah menisbahkan sifat-sifat tidak sempurna kepada Allah s.w.t. seperti menyesal, sedih dan terkilan. Banyak kenyataan dalam kitab-kitab Yahudi yang menyebutkan mereka menisbahkan sifat-sifat berkenaan terhadap Allah s.w.t. Tersebut dalam Sifr Khuruj bahawa Allah menyesal: “…Maka Tuhan menyesal kerana akan melakukan kejahatan terhadap bangsa Bani Israil”. [25]

Antara nas yang menunjukkan mereka menisbahkan kepada Allah sifat sedih dan terkilan terhadap perbuatanNya sendiri, adalah kenyataan dalam Sifr Takwin: “Tuhan telah melihat banyak kejahatan yang dilakukan oleh manusia di muka bumi dan semua yang tergambar dalam pemikiran Tuhan pada setiap hari adalah kejahatan. Lalu Tuhan bersedih dan terkilan kerana telah mencipta manusia di muka dunia ini. Maka Tuhan berfirman: “Hapuskan semua manusia dari muka bumi. Manusia ini berada bersama binatang ternakan dan binatang melata serta burung-burung di langit. Aku sedih kerana telah menciptakan mereka”. [26]. Mafhum dari kenyataan ini bahawa Tuhan sebelum itu tidak mengetahui bahawa akan lahir dari manusia banyak kejahatan dan bila nyata kejahatan manusia maka Tuhan bersedih kerana telah menciptakan manusia.

Orang Yahudi juga telah menisbahkan sifat lupa kepada Allah s.w.t. seperti yang tersebut dalam ratapan Irmiya: “Kenapa Engkau melupakan kami berabad-abad dan mengabaikan kami sepanjang zaman, kembalikan kami kepadaMu kalau tidak kami akan menjadi murtad”. [27]

Syiah: Mereka telah menisbahkan sifat lupa (Bada’) kepada Allah s.w.t. Dari sudut bahasa perkataan bada’ memberikan dua makna:

a. Nyata selepas tersembunyi (الظهور بعد الخفاء). [28]

b. Timbul pandangan lain (نشأة رأي جديد ). [29]

Berdasarkan kedua-dua makna ini ianya akan memberi maksud, “Tidak tahu kemudian baru tahu” dan sifat ini adalah mustahil bagi Allah s.w.t. Syiah telah mengharuskan menisbahkan bada’ atau jahil kepada Allah s.w.t. Bahkan mereka telah keterlaluan dalam hal ini sehingga menjadikan fahaman ini sebagai suatu ajaran yang asas dalam agama mereka.

Terdapat banyak riwayat dalam kitab-kitab Syiah yang menyebutkan betapa pentingnya akidah ini bagi mereka. Dalam kitab Usul Kafi terdapat dalam tajuk besar iaitu “Kitab tauhid” dan di bawah tajuk ini ada tajuk kecil iaitu “Bab al-Bada’ ”, yang memuatkan beberapa riwayat yang menyebutkan kelebihan akidah bada’, antaranya: Diriwayatkan dari Zurarah bin A’yun yang diambil dari salah seorang dari kalangan mereka berdua a.s.: “Tidak ada ibadat kepada Allah yang menyamai bada’ ”. Ulama’ Syiah telah ijma’ dalam mensabitkan akidah bada’ kepada Allah s.w.t. [30] Bahkan al-Khuii dalam kitabnya yang lain menyebutkan akidah bada’ merupakan perkara sama’ii yang tidak ada ruang akal untuk memikirkannya kerana perkara ini diceritakan oleh para Imam a.s. [31] Golongan Syiah telah meriwayatkan dari Ja’far As-Sadiq bahawa beliau berkata: “Tidak berlaku bada’ kepada Allah sebagaimana berlakunya bada’ kepada Allah berhubung anakku Ismail”. [32]

6) Yahudi Dan Syiah Meyelewengkan Kitab Allah s.w.t.

Yahudi: Mereka telah menyelewengkan kitab “العهد العتيق” iaitu kitab suci orang Yahudi. Kitab ini mengandungi tiga puluh sembilan sifr. Lima yang pertama mereka nisbahkan kepada kepada Nabi Musa a.s dan mereka menganggapnya ditulis oleh Nabi Musa sendiri. Kalangan Yahudi mendakwa sifr al-‘Ahdul’atiq yang lain ditulis oleh nabi-nabi Bani Israil yang datang selepas Nabi Musa.

Bukti berlaku tahrif kitab Taurat: Sabit dalam al-Quran bahawa Allah telah mengurniakan Taurat kepada Musa dan orang Yahudi sendiri telah mencatitnya namun mereka jugalah yang bertanggungjawab merubahnya. Allah berfirman:

فَبِمَا نَقْضِهِمْ مِيثَاقَهُمْ لَعَنَّاهُمْ وَجَعَلْنَا قُلُوبَهُمْ قَاسِيَةً يُحَرِّفُونَ الْكَلِمَ عَنْ مَوَاضِعِهِ وَنَسُوا حَظًّا مِمَّا ذُكِّرُوا بِهِ وَلَا تَزَالُ تَطَّلِعُ عَلَى خَائِنَةٍ مِنْهُمْ إِلَّا قَلِيلًا مِنْهُمْ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاصْفَحْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Maksudnya: “Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, Kami laknatkan mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu (tidak mahu menerima kebenaran). Mereka sentiasa mengubah kalimah-kalimah (yang ada di dalam kitab Taurat dengan memutarnya) dari tempat-tempatnya (dan maksudnya) yang sebenar dan mereka melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka dengannya dan engkau (wahai Muhammad) sentiasa dapat melihat perbuatan khianat yang mereka lakukan, kecuali sedikit dari mereka (yang tidak berlaku khianat). Oleh itu, maafkanlah mereka (jika mereka sedia bertaubat) dan janganlah dihiraukan kerana sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya.”

Jelas melalui ayat ini bahawa Taurat yang sebenar telah hilang keasliannya, antaranya dengan sebab perbuatan khianat mereka dan dengan sebab mereka lupa sebahagiannya. Timbul kemusykilan, siapa yang menulis kembali Taurat selepas ianya ditahrif? Mengikut kenyataan ulamak yang mengkaji hal ini, yang menulis Taurat selepas ditahrifkan ialah ‘Azral Warraq iaitu selepas Nebukadnazzar raja Babylon menyerang Ursyulim dan meruntuhkan tempat ibadat dan membunuh sebilangan besar orang Yahudi. Ibnu Hazam menyebutkan bahawa ‘Azral Warraq adalah yang bertanggungjawab mengimlakkan (berdasarkan ingatannya) Taurat kepada orang Yahudi lalu mereka menulisnya dan ini berlaku selepas tujuh puluh tahun robohnya Baitul Maqdis.[33] Imam Abu al-Ma’aali al-Juwaini menyebutkan imla’ ‘Azral Warraq ke atas Taurat berlaku 545 tahun sebelum kebangkitan Nabi ‘Isa. [34]

Syi’ah: Mereka meyakini al-Quran telah diselewengkan dan dipinda, telah ditambah dan dikurangkan ayat-ayatnya. Jumlah yang dikurangkan itu melebihi dua kali ganda dari jumlah al-Quran yang dimiliki oleh umat Islam sekarang. Mereka juga berkeyakinan pihak yang bertanggungjawab melakukan jenayah ini adalah para Sahabat Nabi s.a.w. terutamanya tiga khalifah pertama umat Islam iaitu Abu Bakar As-Siddiq, ‘Umar Al-Faaruq dan ‘Uthman Zunnurain r.a.hum.

Syiah mendakwa ayat-ayat yang dibuang adalah yang berkaitan dengan dua topik besar iaitu;

a. Kelebihan ahlulbait khususnya ‘Ali bin Abi Talib dan juga nas tentang imamah ‘Ali dalam Quran.

b. Kejelikan golongan Muhajirin dan Ansar yang mana mereka dianggap munafiq oleh puak Syiah dan masuknya mereka dalam Islam hanya untuk menipu.

Majoriti ulama Syiah di kurun pertama hingga akhir kurun ketiga belas menganut akidah tahrif al-Quran kecuali empat orang sahaja yang menolak akidah tahrif (Ijma’ ulama’ Syi’ah berlaku pada kurun pertama hingga kurun ketiga tentang tahrif al-Quran). Namun, mengikut kajian para ulama’ Islam terhadap hasil tulisan keempat-empat ulama’ Syiah ini yang kononnya menolak tahrif, sebenarnya mereka menerima akidah tahrif dan penolakkan itu hanya secara bertaqiyyah. Empat tokoh Syiah yang dimaksudkan ialah Ibnu Babuwaih al-Qummi yang digelarkan Assoduq (w 481 H), al-Murtadha (w 436 H), Abu Ja’far Attabarsi murid al-Murtadha (w 460 H) dan Abu ‘Ali Attabarsi (w 548 H).

Bukti mereka berkeyakinan berlaku tahrif: Assoduq meyebutkan dalam kitabnya من لا يحضره الفقيه sebagai berdalil akan keharusan mut’ah, katanya: Rasulullah telah menghalalkan mut’ah dan Baginda tidak mengharamkannya sampai wafatnya dan Ibnu ‘Abbas telah membaca ayat [35],:

فما استمتع به منهن إلى أجل مسمى فآتوهن أجورهن فريضة من الله

Ayat yang betul adalah:

فَمَا اسْتَمْتَعْتُمْ بِهِ مِنْهُنَّ فَآَتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ فَرِيضَةً وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا تَرَاضَيْتُمْ بِهِ مِنْ بَعْدِ الْفَرِيضَةِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا

Attusi telah meriwayatkan beberapa riwayat yang menunjukkan berlaku tahrif Quran. Antaranya: Beliau telah meriwayatkan dari Muhammad bin Ibrahim katanya: Saya telah mendengar Ja’far bin Muhammad a.s. membaca ayat:

إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَى آَدَمَ وَنُوحًا وَآَلَ إِبْرَاهِيمَ وَآَلَ عِمْرَانَ وآل محمد عَلَى الْعَالَمِينَ

Kata Muhammad: Beginilah ayat ini diturunkan. [36]

Ayat yang betul adalah:

إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَى آَدَمَ وَنُوحًا وَآَلَ إِبْرَاهِيمَ وَآَلَ عِمْرَانَ عَلَى الْعَالَمِينَ (آل عمران:33)

Attabarsi membaca ayat: غير الضالين عمر بن الخطاب . Beliau telah meriwayatkan bacaan ini dari Ali a.s. [37]

Tokoh-tokoh Syi’ah yang memperakui akidah tahrif al-Quran (dari kurun pertama hingga akhir kurun ke tiga belas):

  1. Sulaim bin Qais al-Hilali (Kitab Sulaim Bin Qais – w 90 H).
  2. Assoffar (Basoir Addarajat – w 290 H).
  3. ‘Ali bin Ibrahim al-Qummi (Tafsir al-Qummi – w 307).
  4. Muhammad bin Ya’kub al-Kulaini (al-Kafi – w 328 H). Muhaddis agung Syi’ah, merupakan murid al-Qummi dan karyanya iaitu al-Kafi dianggap oleh puak Syi’ah setaraf kitab Sahih al-Bukhari.
  5. Muhammad bin Mas’uud bin ‘Iyash yang terkenal dengan al-‘Iyashi (Tafsir al-‘Iyashi iaitu antara tafsir utama Syi’ah- w 340 H).
  6. Al-Mufid (AwailulMaqalaat, beliau dianggap salah seorang pengasas Syi’ah – w 413 H).
  7. Abu Mansur Ahmad bin Mansur Attabarsi (al-Ihtijaj – w 620 H).
  8. Al-Faidh al-Kasyani merupakan ahli tafsir terkemuka Syiah (Tafsir Assofi – w 1091 H).
  9. Muhammad Baqir al-Majlisi yang dikenali sebagai Syaikhul Islam (Biharu al-Anwar – w 1111 H).
  10. Ni’matullah al-Jazairi (al-Anwar Annu’maniyyah -w1112 H)
  11. Anuri Attabarsi (Faslul Khitab Fi Isbat Tahrif Kitab Rabb al-Arbab, memuatkan ribuan riwayat yang dinisbahkan kepada para imam mereka tentang berlakunya tahrif Quran (w1320H).

Para ulama’ Syiah mula takut dan berhati-hati untuk menyatakan secara terbuka akidah tahrif al-Quran selepas kurun ke tiga belas hingga ke zaman kita ini. Ketakutan ini timbul selepas tokoh mereka Attabarsi menulis kitab “Faslul Khitab” (pada tahun 1292 H) yang telah mendedahkan tembelang akidah mereka yang begitu jelek. Kitab ini telah mendedahkan rupa asal mereka pada pandangan umat Islam. Para ulama’ Islam telah mengutuk serta mendedahkan siapa mereka yang sebenarnya. Puak Syiah tiada pilihan melainkan mereka berlindung di sebalik tirai taqiyyah dengan menulis buku yang menolak akidah tahrif dan disebarkan di kalangan Ahlussunnah, bahkan Syiah sanggup mendakwa ijma’ ulama’ mereka bahawa al-Quran bersih dari sebarang pindaan. Mereka juga dengan tegas mengatakan jika ada mana-mana pihak yang mendakwa Syiah berakidah tahrif maka orang itu jahil tentang ajaran Syiah atau sengaja berdusta dengan tujuan memburukkan Syiah.[38]

Rujukan
[1] Ishah ketujuh dan kelapan, perenggang 15 dan 23.
[2] Al-Kulaini, Usul Al-Kafi: ljd:2, m/s: 18.
[3] Amali Assoduq, m/s: 108.
[4] Al-Milal Wannihal, jld: 1, m/s: 174.
[5] Firaqussyiah, m/s: 22.
[6] Ishah ketujuh dan ketiga puluh, prgn: 21,25).
[7] Al-Khisal, m/s: 475-476.
[8] Sifr Zakaria, Ishah kesembilan, prgn: 9,10, Ishah kesebelas dan keenam puluh, prgn: 1,2.
[9] Al-Irsyad Syeikh Al-Mufid, m/s: 363, Kasyfu Al-Ghummah Al-Irbili, jld: 2 m/s: 437.
[10] Sebuah bandar yg terletak di antara Baghdad dan Tikrit, di sebelah timur sungai Dijlah, bandar ini telah runtuh dan musnah.
[11] Al-Irsyad Syeikh Al-Mufid, m/s: 346, Kasyfu Al-Ghummah Al-Irbili, jld: 2 m/s: 446.
[12] Muhsin ‘Usfuur ulamak kini Syi’ah menyebutkan dalam kitab Misbahuljannat, m/s: 255; “Disunatkan menziarahi Al-Mahdi di setiap masa dan dari setiap tempat dan juga sunat berdoa agar dipercepatkan kemunculannya.”
[13] Kamaluddin Watamaamunni’mah, m/s: 424, 425.
[14] Al-Ghaibah oleh Annu’mani, m/s: 169, dipetik dari kitab الشيعة والتشيع Ihsan Ilahi Zahir, m/s: 371.
[15] Bihar Al-Anwar olh Muhammad Baqir Al-Majlisi, jld: 52, m/s: 291, ketika menghuraikan ayat 148 (البقرة): أينما تكونوا يأت بكم الله جميعا””.
[16] Bihar Al-Anwar oleh Muhammad Baqir Al-Majlisi, jld: 52, m/s: 386.
[17] Bihar Al-Anwar oleh Muhammad Baqir Al-Majlisi, jld: 52, m/s: 355.
[18] Arraj’ah oleh Al-Ihsaii, m/s: 184.
[19] Aj-Ghaibah, m/s: 154.
[20] Arraj’ah oleh Al-Ihsaii, m/s: 156.
[21] Raudhah Al-Kafi oleh Al-Kulaini, jld: 8, ms/: 241.
[22] Al-Kafi oleh Al-Kulaini, jld: 1, m/s: 398, Bsaairudarajat olh Asafar, m/s: 278.
[23] Ahli hadis Syi’ah yang agung Muhamad bin Hasan Al-Hurru Al-‘Amili menyebutkan dalam kitabnya Al-Iiqaz Minalhaj’ah Fi Isbattirraj’ah, m/s: 29.
[24] Al-Iiqaz Minalhaj’ah Fi Isbattirraj’ah, m/s:4 2.
[25] Ishah kedua dan ketiga puluh, perenggan 12,14.
[26] Ishah yang keenam, perenggan: 5,8.
[27] Ishah yang kelima, perenggan: 20,21.
[28] Al-Qamusulmuhit, jld: 3, m/s: 302.
[29] Al-Qamusulmuhit, jld: 3, m/s: 302.
[30] Al-Bayan Fi Tafsir Al-Quran oleh Al-Khuii, m/s: 396.
[31] Al-Bayan Fi Tafsir Al-Quran oleh Al-Khuii, m/s: 310.
[32] Kamaluddin Watamaamunni’mah oleh Assaduq, m/s: 69. Firaqussyi’ah oleh Annaubakhti, m/s: 64. Al-Anwar Annu’maniyyah oleh Al-Jazairi, jld:1, m/s: 359.
[33] Al-Fasl, jld: 1, m/s: 298.
[34] Syifau Al-Ghalil Fi Bayani Ma Waqa’a Fi Attaurat Walinjil Minattabdil, m/s: 31.
[35] Malla Yahdhuruhul Faqih, jld: 3, m/s: 299,
[36] Amali Attusi, m/s: 306.
[37] Majma’ul Bayan, jld: 1,m/s: 28.
[38] ‘Abdul Hussin Al-Musawi: Ajwibah Masail Jarullah, m/s: 33,34. Muhsin Amin, A’ayan Asyi’ah, jld:1, m/s: 41.

Mut’ah: Kelebihan Yang Disenangi?

Al-Quran menganjurkan supaya manusia berlumba-lumba ke arah kebaikan dan untuk memperolehi ganjaran yang besar dalam agama. Allah ta’ala berfirman:

وَسَارِعُواْ إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa”. [1]

فَاسْتَبِقُواْ الْخَيْرَاتِ

“Maka berlumba-lumbalah kamu di dalam mengerjakan kebaikan”. [2]

Continue reading

Syi’ah Menjuarai Pendustaan Dan Pemalsuan Hadith

Muhammad Hanief Awang Yahaya

Pada peringkat awal sejarah Islam, hadith-hadith begitu terpelihara daripada sebarang pemalsuan. Para ulama’ sangat bersungguh dalam menjaga hadith sehingga mereka meletakkan syarat-syarat yang ketat supaya hadith yang diterima dan disampaikan dalam bentuk yang diyakini benar daripada Rasulullah s.a.w.

Apabila berlaku fitnah dalam sejarah Islam sejak peristiwa pembunuhan ‘Uthman, muncul golongan Syiah yang cuba menonjolkan peribadi ‘Ali sebagai pengganti sebenar bagi Rasulullah s.a.w. Kemudian lahirlah pula satu puak yang menentang ‘Ali iaitu Khawarij. Masing-masing mencipta hadith palsu demi kepentingan mereka. Ketaksuban mereka terhadap tokoh-tokoh tertentu mendorong mereka mencipta hadith palsu dan orang yang mula-mula merintis jalan ini ialah golongan Syiah. Kenyataan ini diakui sendiri oleh tokoh Syiah, Ibn Abi al-Hadid di dalam Sharh Nahj al-Balaghah. Katanya: “Ketahuilah punca pendustaan di dalam hadith kelebihan-kelebihan (fadhail) ialah golongan Syiah”. [1]

Pada masa itu, Iraq merupakan pusat penyebaran utama ajaran Syiah. Oleh itu kita dapati perawi-perawi Syiah kebanyakan mereka menisbahkan diri mereka dengan al-Kufi atau al-Basri. Persekitaran Iraq yang membahayakan menyebabkan ulama’ hadith begitu berhati-hati dengan riwayat yang disampaikan oleh penduduk Iraq. Imam al-Zuhri berkata: Hadith keluar dari sisi kami dengan sejengkal kemudian kembali kepada kami dari Iraq dengan sehasta [2]. Imam Malik menyebutkan Iraq sebagai negeri “darb” iaitu hadith-hadith ditempa di situ kemudian dikeluarkan kepada orang ramai seperti mana dirham ditempa dan dikeluarkan untuk urusan jual beli [3]. Hisham bin Urwah berkata: Apabila penduduk Iraq menceritakan kepada kamu seratus hadith hendaklah kamu campakkan sembilan puluh sembilan dan kamu raguilah yang tinggal satu lagi itu [4].

Ulama’ hadith sangat berhati-hati dengan riwayat daripada golongan Syiah kerana merekalah yang paling banyak mereka-reka hadith. Hadith-hadith yang direka oleh mereka tidak lain hanya untuk memperbesarkan Ali dan ahli bait. Kata Ibn al-Jawzi: Hadith-hadith tentang kelebihan Ali sangat banyak namun golongan Rafidah tidak berpuas hati lalu mereka mencipta apa yang tidak sabit daripada Rasulullah s.a.w [5].

Kata Amir al-Sha’bi: Tidak ada seorang pun dari kalangan ummat ini yang paling banyak didustakan di atas namanya seperti yang berlaku kepada Ali r.a [6].

Ulama’ hadith menolak riwayat golongan Syiah kerana pendustaan yang menjadi amalan dan syiar puak mereka. Apabila ditanya tentang mereka, Imam Malik berkata: Jangan kamu bercakap dengan mereka, dan jangan kamu meriwayatkan daripada mereka kerana mereka selalu berdusta. Hammad bin Salamah berkata: Seorang alim Syiah menceritakan kepada saya bahawa apabila kami duduk berhimpun lalu kami merasakan sesuatu itu elok, kami jadikannya sebagai hadith [7]. Imam al-Shafi’e berkata: Tidak pernah saya melihat golongan yang mengikut hawa nafsu yang lebih berdusta daripada golongan Rafidhah. Yazid bin Harun berkata: Hadith boleh ditulis dari semua ahli bid’ah selagi mereka tidak menyeru kepada bid’ahnya kecuali golongan Rafidhah kerana mereka mencipta hadith-hadith palsu [8].

Pendustaan yang dilakukan oleh golongan Syiah sangat jelas berbanding dengan golongan sesat yang lain. Ini kerana pembohongan sudah menjadi satu prinsip keimanan mereka yang asas. Berbeza dengan golongan Khawarij yang mengatakan berdusta boleh menyebabkan kufur kerana pada fahaman mereka melakukan dosa besar menyebabkan seseorang itu menjadi kafir. Kata Ibn Taimiyyah: Golongan Khawarij, walaupun mereka terkeluar dari Islam seperti terlepasnya panah dari busurnya dan walaupun Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya memerangi mereka, mereka bukanlah satu golongan yang sengaja berdusta. Malah mereka dikenali dengan sifat yang benar sehingga dikatakan hadith mereka adalah hadith yang paling sahih. Tetapi mereka jahil dan sesat di dalam bid’ah mereka. Tidaklah bid’ah mereka itu zindiq atau mulhid tetapi kerana kejahilan dan kesesatan dalam memahami makna al-Qur’an [9].

Berbeza dengan Syiah atau Rafidhah, punca bid’ah mereka ialah zindiq dan mulhid. Mereka sengaja berdusta dan mengakuinya sebagai tuntutan ajaran agama yang dapat mendekatkan diri kepada Allah.

Beberapa Kaedah Periwayatan Daripada Syiah

Para ulama’ mempunyai beberapa pendirian yang tersendiri dalam meriwayatkan hadith-hadith daripada golongan Syiah. Ini kerana keadaan seseorang perawi Syiah itu berbeza dengan ahli bid’ah dan kumpulan sesat yang lain. Malah di kalangan mereka sendiri ada yang bersifat melampau dan ada yang tidak sampai ke tahap itu. Bagaimanapun setiap mereka tetap memiliki ciri khas Syiah iaitu berbohong dan memuja Ali dan keluarganya.

Dalam meriwayatkan hadith daripada golongan Syiah terdapat beberapa kaedah yang mesti dipegang. Ini mengambil kira kedudukan perawi dan kandungan riwayat tersebut. Seseorang perawi yang berfahaman Syiah dengan tidak melampau (seperti melebihkan Ali daripada Uthman) boleh diterima riwayatnya.

Selagi seseorang perawi Syiah tidak terbukti sebagai pendusta dan tidak mengemukakan riwayat-riwayat tentang kelebihan Ali, Fatimah, Hasan dan Husin maka riwayat mereka boleh diambil. Oleh itu, riwayat perawi Syiah berkenaan dengan manaqib (keutamaan) Ali, Fatimah, Hasan dan Husin serta mathalib ya’ni celaan terhadap para Sahabat tidak boleh diterima [10].

Riwayat perawi Syiah berkenaan dengan manaqib Sahabat terutama Abu Bakar, Umar dan para isteri Rasulullah s.a.w tidak boleh diterima kerana ia mempunyai unsur tabarra. Walaupun pada zahirnya menunjukkan mereka memuliakan Sahabat tetapi terdapat penghinaan kepada mereka malah kadang-kadang berlaku penghinaan kepada Rasulullah s.a.w.

Oleh kerana Syiah adalah ahli bid’ah, maka riwayat mereka tidak diterima kerana mereka dikafirkan kerana bi’dah mereka. Sekiranya bid’ah yang tidak membawa kepada kekufuran yang dilakukan oleh sebahagian golongan Syiah, maka riwayat mereka boleh diterima selagi tidak menyokong kepada fahaman mereka. Bagaimanapun sikap mereka yang suka berdusta di atas nama taqiyyah sudah cukup untuk menyebabkan mereka dituduh sebagai pendusta besar.

Jenis Hadith Rekaan Syiah

Apabila Syiah mendapati hadith daripada Rasulullah s.a.w tentang kelebihan seseorang Sahabat dalam sesuatu perkara, pasti mereka akan membawa juga hadith daripada mereka tentang kelebihan tersebut pada Ali [11].

Syiah selalunya akan mencipta hadith berkenaan dengan kelebihan-kelebihan Ali, Fatimah, Hasan dan Husain. Dengan berkata begini bukan bererti kita mengatakan setiap hadith yang menyebut kelebihan Ali dan keluarganya adalah maudhu’. Seperkara lagi, hadith-hadith tentang keburukan Bani Umayyah juga menjadi rekaan mereka.

Rujukan

[1] Dinukilkan daripada al-Siba`i, al-Sunnah Wa Makanatuha fi al-Tashri` al-Islami, hal. 79.

[2] Ibid. hal. 82.

[3] Ibid.

[4] Habibur Rahman al-Kandahlawi, Tahqiq Umer `Aishah, hal. 16.

[5] al-Zahabi, al-Muntaqa min Minhaj al-I`tidal, hal. 48.

[6] al-Zahabi, Tazkirah al-Huffaz, jil. 1, hal. 77.

[7] Al-‘Asqalani, Lisan al-Mizan, jil. 1, hal. 11.

[8] Ibid, jil. 1, hal. 10.

[9] Ibn Taymiyyah, Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah , jil. 1, hal. 67-68

[10] Habibur Rahman al-Kandahlawi, Mazhabi Dastanin Aur Unki Haqiqat, jil. 4, hal. 86

[11] ibid, jil. 3, hal. 140-141 dan 186.