KISAH SEBENAR FATIMAH DAN TUNTUTAN TANAH FADAK

Ini adalah salah satu daripada penjelasan-penjelasan untuk menghilangkan keraguan dalam memahami hadits. Kadang kala apa yang diriwayatkan ditokok tambah dengan maksud tertentu oleh mereka yang berniat tidak baik terhadap Islam.

Perkara sebegini kadang-kadang tidak disedari oleh ummat Islam yang mana boleh mengakibatkan salah faham dan fitnah kepada keluarga Nabi s.a.w. dan para sahabat. Sebagai ummat Islam yang berpegang kuat kepada al-Quran dan hadits maka seharusnya kita memepertahankan nama baik keluarga dan sahabat-sahabat Nabi s.a.w.

Di bawah ini disertakan serba sedikit tentang kisah bohong, dongengan Syiah yang menjadi fitnah rekaan dan jawapan serta kisah sebenar yang berlaku.

Continue reading

PERSAMAAN SYIAH DENGAN YAHUDI

Oleh: Ust Shamsuddin bin Abdul Rahman
VIDEO – SYIAH: Persamaan Syi’ah Dengan Yahudi – Us Shamsuddin Abd Rahman – JARUM

Aspek persamaan Syiah dengan Yahudi bukan hanya dari sudut akidah sahaja tetapi merangkumi juga sudut feqah. Hal ini tidak memeranjatkan kerana Syiah Rafidhah sememangnya diasaskan oleh seorang Yahudi tulin iaitu Abdullah bin Saba’.

1) Aqidah “Wasiat” Di Sisi Yahudi Dan Syi’ah

Yahudi: Kemestian menentukan jawatan pengganti selepas nabi adalah melalui wasiat yang jelas atau disebut sebagai “secara nas”. Berkaitan perkara ini terdapat banyak nas dalam Taurat dan kitab-kitab Yahudi; dalam Sifir ‘Adad disebutkan arahan Allah supaya Nabi Musa melantik Yusya’ bin Nun sebagai penggantinya. [1]

Syiah: Kedudukan “Imamah“ atau “Al-Walayah” dalam ajaran Syiah adalah sebagai rukun agama yang paling utama berbanding rukun-rukun yang lain. Bahkan tidak akan sempurna iman tanpanya. Al-Kulaini meriwayatkan bahawa Ja’far As-Sadiq berkata: “Islam dibina di atas lima perkara iaitu solat, zakat, haji, puasa dan walayah”. Zurorah berkata: “Aku bertanya; kelima-lima itu yang manakah paling utama. Jawab Imam Ja’far: Al-Walayah”. [2]

Syiah beriktiqad bahawa “wasi” selepas Nabi s.a.w. adalah ‘Ali bin Abi Talib dan perlantikan ini ditentukan oleh Allah s.w.t. Ja’far As-Sadiq meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah telah mempersaudarakan antara aku dan ‘Ali bin Abi Talib, mengahwinkan ‘Ali dengan puteriku di atas tujuh petala langit dan malaikat muqarrabbin menjadi saksi perkahwinan tersebut, Allah telah menjadikan ‘Ali sebagai (wasi) penggantiku …… ” [3].

Para ulama’ dari kalangan Ahlussunnah dan Syiah menyebutkan bahawa Ibnu Saba’ lah yang memulakan akidah wasiat dalam Islam dan semasa dalam agama Yahudi beliau telah menyebutkan wasiat tentang Yusya’ bin Nun. Shahrastaani menegaskan: “Sesungguhnya Abdullah bin Saba’ adalah orang yang mula-mula mencanangkan akidah jawatan imam kepada Saidina ‘Ali bin Abi Talib berdasarkan nas daripada Allah s.w.t” Ketika membicarakan tentang Ibnu Saba’, Shahrastaani menyebutkan: “Orang ramai mendakwa Ibnu Saba’ sebagai Yahudi yang memeluk Islam. Semasa Yahudinya beliau mengittiqadkan Yusya’ bin Nun sebagai wasi Nabi Musa a.s dan semasa Islamnya beliau mengittiqadkan pula Ali sebagai wasi kepada Nabi Muhammad s.a.w. Beliaulah yang mula mencanangkan akidah jawatan imam kepada Ali adalah dinaskan oleh Allah s.w.t. dan darinya juga bercabang kelompok Syiah ghulat”. [4] Ulama’ Syiah bernama An-Naubkhti juga berpendapat demikian. [5]

2) Yahudi Membataskan Kuasa Pemerintahan Kepada Keluarga Nabi Daud Manakala Syiah Membataskan Jawatan Imam Kepada Keturunan Husain r.a.

Yahudi: Dalam Sifr Hizqial (Orang Yahudi menisbahkan kitab ini sebagai kenyataan Allah s.w.t.) Allah menyebutkan bahawa Dia telah menghimpunkan bangsa Yahudi di satu tempat dan meletakkan mereka di bawah satu pemerintah (Raja) iaitu Daud dan seterusnya bangsa Yahudi terus menerus berada di bawah pemerintahan keturunan Daud. [6]

Syiah: Mereka meyakini, Nabi s.a.w. melantik (melalui wasiat) ‘Ali r.a. sebagai penggantinya dan seterusnya jawatan Imam berpindah kepada Saidina Hasan dan seterusnya berpindah kepada Saidina Husain dan seterusnya jawatan itu berpindah kepada keturunan Husain sahaja hingga kepada Imam Syiah yang kedua belas iaitu al-Mahdi Muntazar. Untuk menyatakan persamaan Syiah dengan Bani Israil dari sudut bilangan Imam maka Assaduq (ابن بابويه القمي) membuat tajuk khusus iaitu:

أخرج الله عزوجل من بني إسرائيل إثنى عشر سبطا، ونشر من الحسن والحسين عليهما السلام إثنى عشر سبطا

Maksudnya: Allah s.w.t. telah melahirkan dari kalangan Bani Israil (Ya’qub bin Ishaq bin Ibrahin) dua belas orang keturunannya (sebagai Imam) dan Allah telah melahirkan dari keturunan Hasan dan Husin dua belas orang keturunan. [7]

3) Akidah Al-Masih Al-Muntazar Di Sisi Yahudi Dan Akidah Al-Mahdi Al-Muntazar Di Sisi Syiah.

Yahudi: Mereka menanti seorang lelaki dari keturunan Daud yang akan memerintah alam ini. Lelaki berkenaan akan mengembalikan kegemilangan bangsa Yahudi dan akan mengarahkan bangsa-bangsa lain supaya tunduk dan menjadi hamba kepada bangsa Yahudi. Mereka menyebutkan watak yang akan lahir di akhir zaman ini sebagai “المسيح المنتظر”. Dalam kitab orang Yahudi terdapat dengan begitu banyak sekali kenyataan tentang “المسيح المنتظر”. [8]

Peristiwa dan fenomena yang akan berlaku semasa kemunculan al-Masih:

i. Beliau menyatukan bangsa Yahudi yang berada di setiap pelusuk alam ini dan menjadikan mereka satu jumlah tentera yang besar. Tempat perhimpunan mereka adalah di Bukit Ursyulim di Quds.

ii. Beliau akan membicarakan dan menjatuhkan hukuman kepada setiap orang yang menzalimi bangsa Yahudi dan kemudiannya menjadikan mereka sebagai hamba kepada bangsa Yahudi.

iii. Berlaku perubahan besar kepada alam ini. Allah akan menjadikan langit-langit dan bumi yang lain. Demikian juga matahari dan bulan akan hilang cahayanya.

iv. Berlaku perubahan kepada fizikal orang-orang Yahudi dan umur mereka menjadi panjang melebihi bangsa lain.

v. Rezeki melimpah ruah untuk bangsa Yahudi. Dalam kitab-kitab mereka digambarkan bukit mengeluarkan susu dan madu, bumi menjadi subur dan mereka memakai pakaian dari bulu lembut.

Syiah: Kepercayaan kepada Mahdi Muntazar merupakan akidah yang paling utama dan disebut dalam hampir semua kitab mereka. Al-Mahdi yang dimaksudkan adalah Muhammad bin al-Hasan al-‘Askari iaitu Imam Syiah yang kedua belas yang biasa juga disebutkan dalam kitab mereka dengan nama “الحجة” dan juga “القائم”. [9] Golongan Syiah mendakwa al-Mahdi dilahirkan pada tahun 255 H dan telah bersembunyi di Sardab [10] pada tahun 260 H. Mereka menunggu kemunculannya di akhir zaman dengan maksud untuk sama-sama membalas dendam terhadap musuh-musuh mereka [11] dan penganut Syiah sentiasa menziarahi tempat persembunyian al-Mahdi ini. [12] Banyak pula timbul cerita-cerita khurafat yang dikaitkan dengan al-Mahdi ini, yang tidak mungkin akan diterima oleh akal yang waras sehinggakan kanak-kanak pun sukar untuk mempercayainya.

Fenomena semasa kemunculan al-Mahdi:

i. Ibunya yang bernama Narjis tidak menyedari beliau mengandungkan al-Mahdi dan yang lebih ganjil lagi beliau mengandungkan al-Mahdi dalam satu malam dan melahirkannya pada malam yang sama. [13]

ii. Ketika lahir, al-Mahdi menyeru nama Allah s.w.t. dalam bahasa ‘Ibrani. [14]

iii. Al-Mahdi akan menghimpunkan seluruh penganut Syiah yang berada di setiap pelusuk alam ini. [15]

iv. Al-Mahdi akan membongkar dan mengeluarkan para Sahabat Nabi dari kubur-kubur mereka dan akan mengazab mereka. [16]

v. Al-Mahdi akan membunuh orang Arab dan bangsa Quraisy. [17]

vi. Al-Mahdi akan merobohkan Ka’bah, Masjid Haram, Masjid Nabawi dan merobohkan setiap masjid umat Islam.[18]

vii. Al-Mahdi akan menyeru manusia kepada satu agama baru, kitab baru dan syari’at yang baru. [19]

viii. Al-Mahdi akan menakluki bandar-bandar besar dengan menggunakan Tabut Yahudi. Bagi orang-orang Yahudi, tabut mempunyai kedudukan yang sangat mulia dan mereka juga berkeyakinan apabila tabut dibawa bersama dalam peperangan mereka tidak akan tewas. [20]

ix. Semasa kewujudan al-Mahdi orang Syiah akan memiliki kekuatan luar biasa iaitu menyamai empat puluh lelaki biasa begitu juga tahap pendengaran dan penglihatan mereka melebihi bangsa lain. [21]

x. Al-Mahdi akan berhukum dengan keputusan keluarga Daud bukan dengan al-Quran dan As-Sunnah. [22]

4) Akidah “Ar-raj’ah” Di Sisi Yahudi Dan Syiah.

Yahudi: Akidah raj’ah merupakan akidah asas dalam ajaran agama Yahudi. Terdapat nas yang begitu banyak dalam kitab-kitab suci mereka yang membicarakan tentang akidah raj’ah. Kitab suci agama Yahudi membahagikan raj’ah kepada tiga tajuk utama, iaitu:

a) Kebangkitan semula sebahagian orang-orang Yahudi yang telah mati dan fenomena ini berlaku di zaman Nabi Musa a.s.

b) Kebangkitan semula orang Yahudi ketika munculnya al-Masih al-Muntazar.

c) Kemampuan para nabi dan para pendeta Yahudi menghidupkan semula orang Yahudi yang telah mati.

Syiah: Makna raj’ah mengikut para ulama’ Syiah ialah kehidupan selepas mati dan ianya berlaku sebelum kiamat. [23]. Berdasarkan kepada kenyataan para ulama’ Syiah yang terdahulu dan kini tentang raj’ah, maka boleh disimpulkan sebagaimana berikut:

a) Makna raj’ah ialah hidup kembali selepas mati sebelum kiamat.

b) Raj’ah hanya berlaku kepada orang yang mencapai darjat tinggi dalam keimanan dan orang yang melampau dalam kejahatan.

c) Raj’ah golongan jahat kerana mereka belum lagi mendapat balasan dari Allah s.w.t. Adapun kalangan jahat yang telah diazab dan dimusnahkan oleh Allah maka tidak akan berlaku raj’ah kepada mereka. Para ulama’ Syiah Imamiyyah menukilkan bahawa telah berlaku ijma’ tentang raj’ah. [24]

5) Yahudi Dan Syiah Melakukan Pembohongan Terhadap Allah s.w.t

Yahudi: Mereka telah menisbahkan sifat-sifat tidak sempurna kepada Allah s.w.t. seperti menyesal, sedih dan terkilan. Banyak kenyataan dalam kitab-kitab Yahudi yang menyebutkan mereka menisbahkan sifat-sifat berkenaan terhadap Allah s.w.t. Tersebut dalam Sifr Khuruj bahawa Allah menyesal: “…Maka Tuhan menyesal kerana akan melakukan kejahatan terhadap bangsa Bani Israil”. [25]

Antara nas yang menunjukkan mereka menisbahkan kepada Allah sifat sedih dan terkilan terhadap perbuatanNya sendiri, adalah kenyataan dalam Sifr Takwin: “Tuhan telah melihat banyak kejahatan yang dilakukan oleh manusia di muka bumi dan semua yang tergambar dalam pemikiran Tuhan pada setiap hari adalah kejahatan. Lalu Tuhan bersedih dan terkilan kerana telah mencipta manusia di muka dunia ini. Maka Tuhan berfirman: “Hapuskan semua manusia dari muka bumi. Manusia ini berada bersama binatang ternakan dan binatang melata serta burung-burung di langit. Aku sedih kerana telah menciptakan mereka”. [26]. Mafhum dari kenyataan ini bahawa Tuhan sebelum itu tidak mengetahui bahawa akan lahir dari manusia banyak kejahatan dan bila nyata kejahatan manusia maka Tuhan bersedih kerana telah menciptakan manusia.

Orang Yahudi juga telah menisbahkan sifat lupa kepada Allah s.w.t. seperti yang tersebut dalam ratapan Irmiya: “Kenapa Engkau melupakan kami berabad-abad dan mengabaikan kami sepanjang zaman, kembalikan kami kepadaMu kalau tidak kami akan menjadi murtad”. [27]

Syiah: Mereka telah menisbahkan sifat lupa (Bada’) kepada Allah s.w.t. Dari sudut bahasa perkataan bada’ memberikan dua makna:

a. Nyata selepas tersembunyi (الظهور بعد الخفاء). [28]

b. Timbul pandangan lain (نشأة رأي جديد ). [29]

Berdasarkan kedua-dua makna ini ianya akan memberi maksud, “Tidak tahu kemudian baru tahu” dan sifat ini adalah mustahil bagi Allah s.w.t. Syiah telah mengharuskan menisbahkan bada’ atau jahil kepada Allah s.w.t. Bahkan mereka telah keterlaluan dalam hal ini sehingga menjadikan fahaman ini sebagai suatu ajaran yang asas dalam agama mereka.

Terdapat banyak riwayat dalam kitab-kitab Syiah yang menyebutkan betapa pentingnya akidah ini bagi mereka. Dalam kitab Usul Kafi terdapat dalam tajuk besar iaitu “Kitab tauhid” dan di bawah tajuk ini ada tajuk kecil iaitu “Bab al-Bada’ ”, yang memuatkan beberapa riwayat yang menyebutkan kelebihan akidah bada’, antaranya: Diriwayatkan dari Zurarah bin A’yun yang diambil dari salah seorang dari kalangan mereka berdua a.s.: “Tidak ada ibadat kepada Allah yang menyamai bada’ ”. Ulama’ Syiah telah ijma’ dalam mensabitkan akidah bada’ kepada Allah s.w.t. [30] Bahkan al-Khuii dalam kitabnya yang lain menyebutkan akidah bada’ merupakan perkara sama’ii yang tidak ada ruang akal untuk memikirkannya kerana perkara ini diceritakan oleh para Imam a.s. [31] Golongan Syiah telah meriwayatkan dari Ja’far As-Sadiq bahawa beliau berkata: “Tidak berlaku bada’ kepada Allah sebagaimana berlakunya bada’ kepada Allah berhubung anakku Ismail”. [32]

6) Yahudi Dan Syiah Meyelewengkan Kitab Allah s.w.t.

Yahudi: Mereka telah menyelewengkan kitab “العهد العتيق” iaitu kitab suci orang Yahudi. Kitab ini mengandungi tiga puluh sembilan sifr. Lima yang pertama mereka nisbahkan kepada kepada Nabi Musa a.s dan mereka menganggapnya ditulis oleh Nabi Musa sendiri. Kalangan Yahudi mendakwa sifr al-‘Ahdul’atiq yang lain ditulis oleh nabi-nabi Bani Israil yang datang selepas Nabi Musa.

Bukti berlaku tahrif kitab Taurat: Sabit dalam al-Quran bahawa Allah telah mengurniakan Taurat kepada Musa dan orang Yahudi sendiri telah mencatitnya namun mereka jugalah yang bertanggungjawab merubahnya. Allah berfirman:

فَبِمَا نَقْضِهِمْ مِيثَاقَهُمْ لَعَنَّاهُمْ وَجَعَلْنَا قُلُوبَهُمْ قَاسِيَةً يُحَرِّفُونَ الْكَلِمَ عَنْ مَوَاضِعِهِ وَنَسُوا حَظًّا مِمَّا ذُكِّرُوا بِهِ وَلَا تَزَالُ تَطَّلِعُ عَلَى خَائِنَةٍ مِنْهُمْ إِلَّا قَلِيلًا مِنْهُمْ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاصْفَحْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Maksudnya: “Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, Kami laknatkan mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu (tidak mahu menerima kebenaran). Mereka sentiasa mengubah kalimah-kalimah (yang ada di dalam kitab Taurat dengan memutarnya) dari tempat-tempatnya (dan maksudnya) yang sebenar dan mereka melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka dengannya dan engkau (wahai Muhammad) sentiasa dapat melihat perbuatan khianat yang mereka lakukan, kecuali sedikit dari mereka (yang tidak berlaku khianat). Oleh itu, maafkanlah mereka (jika mereka sedia bertaubat) dan janganlah dihiraukan kerana sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya.”

Jelas melalui ayat ini bahawa Taurat yang sebenar telah hilang keasliannya, antaranya dengan sebab perbuatan khianat mereka dan dengan sebab mereka lupa sebahagiannya. Timbul kemusykilan, siapa yang menulis kembali Taurat selepas ianya ditahrif? Mengikut kenyataan ulamak yang mengkaji hal ini, yang menulis Taurat selepas ditahrifkan ialah ‘Azral Warraq iaitu selepas Nebukadnazzar raja Babylon menyerang Ursyulim dan meruntuhkan tempat ibadat dan membunuh sebilangan besar orang Yahudi. Ibnu Hazam menyebutkan bahawa ‘Azral Warraq adalah yang bertanggungjawab mengimlakkan (berdasarkan ingatannya) Taurat kepada orang Yahudi lalu mereka menulisnya dan ini berlaku selepas tujuh puluh tahun robohnya Baitul Maqdis.[33] Imam Abu al-Ma’aali al-Juwaini menyebutkan imla’ ‘Azral Warraq ke atas Taurat berlaku 545 tahun sebelum kebangkitan Nabi ‘Isa. [34]

Syi’ah: Mereka meyakini al-Quran telah diselewengkan dan dipinda, telah ditambah dan dikurangkan ayat-ayatnya. Jumlah yang dikurangkan itu melebihi dua kali ganda dari jumlah al-Quran yang dimiliki oleh umat Islam sekarang. Mereka juga berkeyakinan pihak yang bertanggungjawab melakukan jenayah ini adalah para Sahabat Nabi s.a.w. terutamanya tiga khalifah pertama umat Islam iaitu Abu Bakar As-Siddiq, ‘Umar Al-Faaruq dan ‘Uthman Zunnurain r.a.hum.

Syiah mendakwa ayat-ayat yang dibuang adalah yang berkaitan dengan dua topik besar iaitu;

a. Kelebihan ahlulbait khususnya ‘Ali bin Abi Talib dan juga nas tentang imamah ‘Ali dalam Quran.

b. Kejelikan golongan Muhajirin dan Ansar yang mana mereka dianggap munafiq oleh puak Syiah dan masuknya mereka dalam Islam hanya untuk menipu.

Majoriti ulama Syiah di kurun pertama hingga akhir kurun ketiga belas menganut akidah tahrif al-Quran kecuali empat orang sahaja yang menolak akidah tahrif (Ijma’ ulama’ Syi’ah berlaku pada kurun pertama hingga kurun ketiga tentang tahrif al-Quran). Namun, mengikut kajian para ulama’ Islam terhadap hasil tulisan keempat-empat ulama’ Syiah ini yang kononnya menolak tahrif, sebenarnya mereka menerima akidah tahrif dan penolakkan itu hanya secara bertaqiyyah. Empat tokoh Syiah yang dimaksudkan ialah Ibnu Babuwaih al-Qummi yang digelarkan Assoduq (w 481 H), al-Murtadha (w 436 H), Abu Ja’far Attabarsi murid al-Murtadha (w 460 H) dan Abu ‘Ali Attabarsi (w 548 H).

Bukti mereka berkeyakinan berlaku tahrif: Assoduq meyebutkan dalam kitabnya من لا يحضره الفقيه sebagai berdalil akan keharusan mut’ah, katanya: Rasulullah telah menghalalkan mut’ah dan Baginda tidak mengharamkannya sampai wafatnya dan Ibnu ‘Abbas telah membaca ayat [35],:

فما استمتع به منهن إلى أجل مسمى فآتوهن أجورهن فريضة من الله

Ayat yang betul adalah:

فَمَا اسْتَمْتَعْتُمْ بِهِ مِنْهُنَّ فَآَتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ فَرِيضَةً وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا تَرَاضَيْتُمْ بِهِ مِنْ بَعْدِ الْفَرِيضَةِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا

Attusi telah meriwayatkan beberapa riwayat yang menunjukkan berlaku tahrif Quran. Antaranya: Beliau telah meriwayatkan dari Muhammad bin Ibrahim katanya: Saya telah mendengar Ja’far bin Muhammad a.s. membaca ayat:

إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَى آَدَمَ وَنُوحًا وَآَلَ إِبْرَاهِيمَ وَآَلَ عِمْرَانَ وآل محمد عَلَى الْعَالَمِينَ

Kata Muhammad: Beginilah ayat ini diturunkan. [36]

Ayat yang betul adalah:

إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَى آَدَمَ وَنُوحًا وَآَلَ إِبْرَاهِيمَ وَآَلَ عِمْرَانَ عَلَى الْعَالَمِينَ (آل عمران:33)

Attabarsi membaca ayat: غير الضالين عمر بن الخطاب . Beliau telah meriwayatkan bacaan ini dari Ali a.s. [37]

Tokoh-tokoh Syi’ah yang memperakui akidah tahrif al-Quran (dari kurun pertama hingga akhir kurun ke tiga belas):

  1. Sulaim bin Qais al-Hilali (Kitab Sulaim Bin Qais – w 90 H).
  2. Assoffar (Basoir Addarajat – w 290 H).
  3. ‘Ali bin Ibrahim al-Qummi (Tafsir al-Qummi – w 307).
  4. Muhammad bin Ya’kub al-Kulaini (al-Kafi – w 328 H). Muhaddis agung Syi’ah, merupakan murid al-Qummi dan karyanya iaitu al-Kafi dianggap oleh puak Syi’ah setaraf kitab Sahih al-Bukhari.
  5. Muhammad bin Mas’uud bin ‘Iyash yang terkenal dengan al-‘Iyashi (Tafsir al-‘Iyashi iaitu antara tafsir utama Syi’ah- w 340 H).
  6. Al-Mufid (AwailulMaqalaat, beliau dianggap salah seorang pengasas Syi’ah – w 413 H).
  7. Abu Mansur Ahmad bin Mansur Attabarsi (al-Ihtijaj – w 620 H).
  8. Al-Faidh al-Kasyani merupakan ahli tafsir terkemuka Syiah (Tafsir Assofi – w 1091 H).
  9. Muhammad Baqir al-Majlisi yang dikenali sebagai Syaikhul Islam (Biharu al-Anwar – w 1111 H).
  10. Ni’matullah al-Jazairi (al-Anwar Annu’maniyyah -w1112 H)
  11. Anuri Attabarsi (Faslul Khitab Fi Isbat Tahrif Kitab Rabb al-Arbab, memuatkan ribuan riwayat yang dinisbahkan kepada para imam mereka tentang berlakunya tahrif Quran (w1320H).

Para ulama’ Syiah mula takut dan berhati-hati untuk menyatakan secara terbuka akidah tahrif al-Quran selepas kurun ke tiga belas hingga ke zaman kita ini. Ketakutan ini timbul selepas tokoh mereka Attabarsi menulis kitab “Faslul Khitab” (pada tahun 1292 H) yang telah mendedahkan tembelang akidah mereka yang begitu jelek. Kitab ini telah mendedahkan rupa asal mereka pada pandangan umat Islam. Para ulama’ Islam telah mengutuk serta mendedahkan siapa mereka yang sebenarnya. Puak Syiah tiada pilihan melainkan mereka berlindung di sebalik tirai taqiyyah dengan menulis buku yang menolak akidah tahrif dan disebarkan di kalangan Ahlussunnah, bahkan Syiah sanggup mendakwa ijma’ ulama’ mereka bahawa al-Quran bersih dari sebarang pindaan. Mereka juga dengan tegas mengatakan jika ada mana-mana pihak yang mendakwa Syiah berakidah tahrif maka orang itu jahil tentang ajaran Syiah atau sengaja berdusta dengan tujuan memburukkan Syiah.[38]

Rujukan
[1] Ishah ketujuh dan kelapan, perenggang 15 dan 23.
[2] Al-Kulaini, Usul Al-Kafi: ljd:2, m/s: 18.
[3] Amali Assoduq, m/s: 108.
[4] Al-Milal Wannihal, jld: 1, m/s: 174.
[5] Firaqussyiah, m/s: 22.
[6] Ishah ketujuh dan ketiga puluh, prgn: 21,25).
[7] Al-Khisal, m/s: 475-476.
[8] Sifr Zakaria, Ishah kesembilan, prgn: 9,10, Ishah kesebelas dan keenam puluh, prgn: 1,2.
[9] Al-Irsyad Syeikh Al-Mufid, m/s: 363, Kasyfu Al-Ghummah Al-Irbili, jld: 2 m/s: 437.
[10] Sebuah bandar yg terletak di antara Baghdad dan Tikrit, di sebelah timur sungai Dijlah, bandar ini telah runtuh dan musnah.
[11] Al-Irsyad Syeikh Al-Mufid, m/s: 346, Kasyfu Al-Ghummah Al-Irbili, jld: 2 m/s: 446.
[12] Muhsin ‘Usfuur ulamak kini Syi’ah menyebutkan dalam kitab Misbahuljannat, m/s: 255; “Disunatkan menziarahi Al-Mahdi di setiap masa dan dari setiap tempat dan juga sunat berdoa agar dipercepatkan kemunculannya.”
[13] Kamaluddin Watamaamunni’mah, m/s: 424, 425.
[14] Al-Ghaibah oleh Annu’mani, m/s: 169, dipetik dari kitab الشيعة والتشيع Ihsan Ilahi Zahir, m/s: 371.
[15] Bihar Al-Anwar olh Muhammad Baqir Al-Majlisi, jld: 52, m/s: 291, ketika menghuraikan ayat 148 (البقرة): أينما تكونوا يأت بكم الله جميعا””.
[16] Bihar Al-Anwar oleh Muhammad Baqir Al-Majlisi, jld: 52, m/s: 386.
[17] Bihar Al-Anwar oleh Muhammad Baqir Al-Majlisi, jld: 52, m/s: 355.
[18] Arraj’ah oleh Al-Ihsaii, m/s: 184.
[19] Aj-Ghaibah, m/s: 154.
[20] Arraj’ah oleh Al-Ihsaii, m/s: 156.
[21] Raudhah Al-Kafi oleh Al-Kulaini, jld: 8, ms/: 241.
[22] Al-Kafi oleh Al-Kulaini, jld: 1, m/s: 398, Bsaairudarajat olh Asafar, m/s: 278.
[23] Ahli hadis Syi’ah yang agung Muhamad bin Hasan Al-Hurru Al-‘Amili menyebutkan dalam kitabnya Al-Iiqaz Minalhaj’ah Fi Isbattirraj’ah, m/s: 29.
[24] Al-Iiqaz Minalhaj’ah Fi Isbattirraj’ah, m/s:4 2.
[25] Ishah kedua dan ketiga puluh, perenggan 12,14.
[26] Ishah yang keenam, perenggan: 5,8.
[27] Ishah yang kelima, perenggan: 20,21.
[28] Al-Qamusulmuhit, jld: 3, m/s: 302.
[29] Al-Qamusulmuhit, jld: 3, m/s: 302.
[30] Al-Bayan Fi Tafsir Al-Quran oleh Al-Khuii, m/s: 396.
[31] Al-Bayan Fi Tafsir Al-Quran oleh Al-Khuii, m/s: 310.
[32] Kamaluddin Watamaamunni’mah oleh Assaduq, m/s: 69. Firaqussyi’ah oleh Annaubakhti, m/s: 64. Al-Anwar Annu’maniyyah oleh Al-Jazairi, jld:1, m/s: 359.
[33] Al-Fasl, jld: 1, m/s: 298.
[34] Syifau Al-Ghalil Fi Bayani Ma Waqa’a Fi Attaurat Walinjil Minattabdil, m/s: 31.
[35] Malla Yahdhuruhul Faqih, jld: 3, m/s: 299,
[36] Amali Attusi, m/s: 306.
[37] Majma’ul Bayan, jld: 1,m/s: 28.
[38] ‘Abdul Hussin Al-Musawi: Ajwibah Masail Jarullah, m/s: 33,34. Muhsin Amin, A’ayan Asyi’ah, jld:1, m/s: 41.

Mut’ah: Kelebihan Yang Disenangi?

Al-Quran menganjurkan supaya manusia berlumba-lumba ke arah kebaikan dan untuk memperolehi ganjaran yang besar dalam agama. Allah ta’ala berfirman:

وَسَارِعُواْ إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa [1]

فَاسْتَبِقُواْ الْخَيْرَاتِ

Maka berlumba-lumbalah kamu di dalam mengerjakan kebaikan. [2]

Continue reading

Syi’ah Menjuarai Pendustaan Dan Pemalsuan Hadith

Muhammad Hanief Awang Yahaya

Pada peringkat awal sejarah Islam, hadith-hadith begitu terpelihara daripada sebarang pemalsuan. Para ulama’ sangat bersungguh dalam menjaga hadith sehingga mereka meletakkan syarat-syarat yang ketat supaya hadith yang diterima dan disampaikan dalam bentuk yang diyakini benar daripada Rasulullah s.a.w.

Apabila berlaku fitnah dalam sejarah Islam sejak peristiwa pembunuhan ‘Uthman, muncul golongan Syiah yang cuba menonjolkan peribadi ‘Ali sebagai pengganti sebenar bagi Rasulullah saw. Kemudian lahirlah pula satu puak yang menentang ‘Ali iaitu Khawarij. Masing-masing mencipta hadith palsu demi kepentingan mereka. Ketaksuban mereka terhadap tokoh-tokoh tertentu mendorong mereka mencipta hadith palsu dan orang yang mula-mula merintis jalan ini ialah golongan Syiah. Kenyataan ini diakui sendiri oleh tokoh Syiah, Ibn Abi al-Hadid di dalam Sharh Nahj al-Balaghah. Katanya: “Ketahuilah punca pendustaan di dalam hadith kelebihan-kelebihan (fadhail) ialah golongan Syiah.” [1].

Pada masa itu, Iraq merupakan pusat penyebaran utama ajaran Syiah. Oleh itu kita dapati perawi-perawi Syiah kebanyakan mereka menisbahkan diri mereka dengan al-Kufi atau al-Basri. Persekitaran Iraq yang membahayakan menyebabkan ulama’ hadith begitu berhati-hati dengan riwayat yang disampaikan oleh penduduk Iraq. Imam al-Zuhri berkata: Hadith keluar dari sisi kami dengan sejengkal kemudian kembali kepada kami dari Iraq dengan sehasta [2]. Imam Malik menyebutkan Iraq sebagai negeri “darb” iaitu hadith-hadith ditempa di situ kemudian dikeluarkan kepada orang ramai seperti mana dirham ditempa dan dikeluarkan untuk urusan jual beli [3]. Hisham bin Urwah berkata: Apabila penduduk Iraq menceritakan kepada kamu seratus hadith hendaklah kamu campakkan sembilan puluh sembilan dan kamu raguilah yang tinggal satu lagi itu [4].

Ulama’ hadith sangat berhati-hati dengan riwayat daripada golongan Syiah kerana merekalah yang paling banyak mereka-reka hadith. Hadith-hadith yang direka oleh mereka tidak lain hanya untuk memperbesarkan Ali dan ahli bait. Kata Ibn al-Jawzi: Hadith-hadith tentang kelebihan Ali sangat banyak namun golongan Rafidah tidak berpuas hati lalu mereka mencipta apa sahaja yang tidak sabit daripada Rasulullah s.a.w [5].

Kata Amir al-Sha’bi: Tidak ada seorang pun dari kalangan ummat ini yang paling banyak didustakan di atas namanya seperti yang berlaku kepada Ali r.a [6].

Ulama’ hadith menolak riwayat golongan Syiah kerana pendustaan yang menjadi amalan dan syiar puak mereka. Apabila ditanya tentang mereka, Imam Malik berkata: Jangan kamu bercakap dengan mereka, dan jangan kamu meriwayatkan daripada mereka kerana mereka selalu berdusta. Hammad bin Salamah berkata: Seorang alim Syiah menceritakan kepada saya bahawa apabila kami duduk berhimpun lalu kami merasakan sesuatu itu elok, kami jadikannya sebagai hadith [7]. Imam al-Shafi’e berkata: Tidak pernah saya melihat golongan yang mengikut hawa nafsu yang lebih berdusta daripada golongan Rafidhah. Yazid bin Harun berkata: Hadith boleh ditulis dari semua ahli bid’ah selagi mereka tidak menyeru kepada bid’ahnya kecuali golongan Rafidhah kerana mereka mencipta hadith-hadith palsu [8].

Pendustaan yang dilakukan oleh golongan Syiah sangat jelas berbanding dengan golongan sesat yang lain. Ini kerana pembohongan sudah menjadi satu prinsip keimanan mereka yang asas. Berbeza dengan golongan Khawarij yang mengatakan berdusta boleh menyebabkan kufur kerana pada fahaman mereka melakukan dosa besar menyebabkan seseorang itu menjadi kafir. Kata Ibn Taimiyyah: Golongan Khawarij, walaupun mereka terkeluar dari Islam seperti terlepasnya panah dari busurya dan walaupun Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya memerangi mereka, mereka bukanlah satu golongan yang sengaja berdusta. Malah mereka dikenali dengan sifat yang benar sehingga dikatakan hadith mereka adalah hadith yang paling sahih. Tetapi mereka jahil dan sesat di dalam bid’ah mereka. Tidaklah bid’ah mereka itu zindiq atau mulhid tetapi kerana kejahilan dan kesesatan dalam memahami makna al-Qur’an [9].

Berbeza dengan Syiah atau Rafidah, punca bid’ah mereka ialah zindiq dan mulhid. Mereka sengaja berdusta dan mengakuinya sebagai tuntutan ajaran agama yang dapat mendekatkan diri kepada Allah.

Beberapa Kaedah Periwayatan Daripada Syiah

Para ulama’ mempunyai beberapa pendirian yang tersendiri dalam meriwayatkan hadith-hadith daripada golongan Syiah. Ini kerana keadaan seseorang perawi Syiah itu berbeza dengan ahli bid’ah dan kumpulan sesat yang lain. Malah di kalangan mereka sendiri ada yang bersifat melampau dan ada yang tidak sampai ke tahap itu. Bagaimanapun setiap mereka tetap memiliki ciri khas Syiah iaitu berbohong dan memuja Ali dan keluarganya.

Dalam meriwayatkan hadith daripada golongan Syiah terdapat beberapa kaedah yang mesti dipegang. Ini mengambil kira kedudukan perawi dan kandungan riwayat tersebut. Seseorang perawi yang berfahaman Syiah dengan tidak melampau (seperti melebihkan Ali daripada Uthman) boleh diterima riwayatnya.

Selagi seseorang perawi Syiah tidak terbukti sebagai pendusta dan tidak mengemukakan riwayat-riwayat tentang kelebihan Ali, Fatimah, Hasan dan Husin maka riwayat mereka boleh diambil. Oleh itu, riwayat perawi Syiah berkenaan dengan manaqib (keutamaan) Ali, Fatimah, Hasan dan Husin serta mathalib ya’ni celaan terhadap para Sahabat tidak boleh diterima [10].

Riwayat perawi Syiah berkenaan dengan manaqib Sahabat terutama Abu Bakar, Umar dan para isteri Rasulullah s.a.w tidak boleh diterima kerana ia mempunyai unsur tabarra. Walaupun pada zahirnya menunjukkan mereka memuliakan Sahabat tetapi terdapat penghinaan kepada mereka malah kadang-kadang berlaku penghinaan kepada Rasulullah s.a.w.

Oleh kerana Syiah adalah ahli bid’ah, maka riwayat mereka tidak diterima kerana mereka dikafirkan kerana bi’dah mereka. Sekiranya bid’ah yang tidak membawa kepada kekufuran yang dilakukan oleh sebahagian golongan Syiah, maka riwayat mereka boleh diterima selagi tidak menyokong kepada fahaman mereka. Bagaimanapun sikap mereka yang suka berdusta di atas nama taqiyyah sudah cukup untuk menyebabkan mereka dituduh sebagai pendusta besar.

Jenis Hadith Rekaan Syiah

Apabila Syiah mendapati hadith daripada Rasulullah s.a.w tentang kelebihan seseorang Sahabat dalam sesuatu perkara, pasti mereka akan membawa juga hadith daripada mereka tentang kelebihan tersebut pada Ali [11].

Syiah selalunya akan mencipta hadith berkenaan dengan kelebihan-kelebihan Ali, Fatimah, Hasan dan Husain. Dengan berkata begini bukan bererti kita mengatakan setiap hadith yang menyebut kelebihan Ali dan keluarganya adalah maudu’. Seperkara lagi, hadith-hadith tentang keburukan Bani Umayyah juga menjadi rekaan mereka.

Rujukan:
[1] Dinukilkan daripada al-Siba`i, al-Sunnah Wa Makanatuha fi al-Tashri` al-Islami, hal. 79.
[2] Ibid. hal. 82.
[3] Ibid.
[4] Habibur Rahman al-Kandahlawi, Tahqiq Umer `Aishah, hal. 16.
[5] al-Zahabi, al-Muntaqa min Minhaj al-I`tidal, hal. 48.
[6] al-Zahabi, Tazkirah al-Huffaz, jil. 1, hal. 77.
[7] Al-‘Asqalani, Lisan al-Mizan, jil. 1, hal. 11.
[8] Ibid, jil. 1, hal. 10.
[9] Ibn Taymiyyah, Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah , jil. 1, hal. 67-68
[10] Habibur Rahman al-Kandahlawi, Mazhabi Dastanin Aur Unki Haqiqat, jil. 4, hal. 86
[11] ibid, jil. 3, hal. 140-141 dan 186.

Persamaan Syiah Dengan Yahudi Dan Nasrani

VIDEO – Persamaan Syiah Dengan Yahudi Dan Kristian

PERSAMAAN SYIAH DENGAN YAHUDI DAN KRISTIAN
( Disaring dari tulisan asal oleh – Purnomo WD – VOA.com )

Dalam sembahyang, kita sentiasa memohon kepada Allah agar dikurniakan hidayah atau petunjuk kepada “jalan yang lurus” (Shirathal Mustaqim). Doa yang paling penting dan sangat diperlukan oleh seorang hamba. Seorang hamba diwajibkan berdoa kepada Allah, memohon hidayah ini pada setiap rakaat dalam sembahyangnya, kerana perlunya kita kepada hidayah tersebut.

Hidayah yang dimaksudkan dalam ayat di dalam sembahyang kita adalah petunjuk taufiq kepada jalan yang mampu sampai kepada Allah dan syurgaNya. Iaitu petunjuk untuk mengamalkan ajaran agama ini dengan ilmu dan amal. Caranya ailah dengan mengetahui kebenaran dan mengamalkannya, demikian yang dijelaskan Syaikh Abdul Rahman bin Nashir bin al Sa’di dalam tafsirnya.

Jalan petunjuk ini telah ditempuh oleh para nabi, shiddiiqiin, syuhada’, dan orang-orang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah dalam “Minhaj al Sunnah” jilid pertama juga menjelaskan demikian. Shirathal Mustaqim dalam al-Quran ,Surah Al-Fatihah, ayat 7, mencakup dua perkara, iaitu mengetahui kebenaran dan mengamalkannya. Beliau menyimpulkan bahawa orang yang keluar dari Shirathal Mustaqim hanya menurut prasangka dan hawa nafsu. Inilah keadaan ahli bid’ah, antaranya kaum Syi’ah Rafidhah.

Sesungguhnya kesesatan berpunca dari dua perkara, iaitu jahil dan mengikuti hawa nafsu. Jahil adalah sifat orang Kristian yang meninggalkan kebenaran kerana bodoh dan tersesat. Sedangkan mengikuti hawa nafsu adalah sifat orang Yahudi yang mengetahui kebenaran tetapi meninggalkannya. Oleh itu, kita berdoa agar tidak dijadikan seperti mereka, “. . . bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat” (al-Quran Surah Al Faatihah, ayat 7).

Mereka yang dimurkai ialah orang Yahudi. Manakala mereka yang sesat pula ialah orang Kristian. Golongan Syiah menyerupai orang Yahudi di segi keburukan dan mengikuti hawa nafsu dan mereka menyerupai orang Kristian dalam masalah ghuluw (melampaui batas) dan kebodohan.

Imam Asy-Sya’bi melontarkan beberapa ungkapan tentang Syiah Rafidlah:

· Kalau seandainya Syiah itu dari jenis binatang, ianya adalah keldai.

· Kalau dari jenis burung, ianya ialah burung rukham.

· Sanggup membayar apa saja kepada orang yang mereka riwayat (dusta) tentang Ali.

· Masuk Islam kerana benci kepada pemeluknya.

Persamaan Di antara Syiah Dengan Yahudi :

· Orang Yahudi mengatakan yang layak memegang kekuasaan adalah keluarga Daud. Manakala Syiah pula berkata: Tidak layak menduduki imamah (kekuasaan) kecuali keturunan ‘Ali bin Abi Thalib (Ahlul Bait).

· Orang Yahudi meyakini tidak ada jihad di jalan Allah sehingga al-Masih Ad-Dajjal keluar dan membawa pedang yang diturunkan dari langit. Sedangkan orang Syiah berkeyakinan tidak ada jihad di jalan Allah sehingga Imam Mahdi (Imam kedua belas mereka) keluar dan ada yang mengawalnya dari langit.

· Orang Yahudi melewatkan sembahyang sehingga munculnya bintang-bintang. Sedangkan penganut Syiah Rafidhah melewatkan sembahyang Maghrib sehingga nampak bintang-bintang.

· Mereka memesongkan dan mengubah kitab Taurat. Sedangkan Rafidhah memesongkan dan mengubah kitab suci Al-Qur’an.

· Dalam syariat agama Yahudi, wanita yang diceraikan tidak ada ‘iddah. Begitu juga amalan orang Syiah dalam nikah mut’ah.

· Orang Yahudi tidak ikhlas ketika mengucapkan salam kepada kaum mukminin, iaitu dengan as-sam ‘alaikum (kematian atas kamu). Begitu juga perangai Syi’ah Rafidhah terhadap kaum mukminin terutamanya Ahlu Sunnah.

· Orang Yahudi mengharamkan ikan yang tidak bersisik dan belut. Mereka juga mengharamkan arnab, kancil, limpa dan biawak. Penganut Syi’ah Rafidlah juga mengharamkan semua makanan tersebut.

· Orang Yahudi mengingkari bolehnya mengusap khuf dalam bersuci. Begitu juga Syiah Rafidhah.

· Orang Yahudi menghalalkan harta semua manusia selain golongan mereka, boleh menipu mereka dan halal darah mereka. Begitu juga sikap Syiah Rafidhah terhadap golongan selain mereka, khususnya terhadap Ahlu Sunnah.

· Orang Yahudi membenci Malaikat Jibril a.s. Mereka mengatakan: “Ia musuh kami dari golongan malaikat.” Sedangkan golongan Syi’ah Rafidlah mengatakan malaikat Jibril a.s telah salah alamat ketika menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w, yang sepatutnya disampaikan kepada Ali bin Abi Thalib.

· Orang Yahudi tidak membenarkan wanita dicerai kecuali semasa haidh. Begitu juga Syiah Rafidhah menerima thalaq (perceraian) ketika wanita dalam keadaan haidh.

· Yahudi tidak memberikan mahar bagi isteri mereka; mereka hanya memberikan mata’ pada mereka. Begitulah amalan Syiah Rafidhah dalam nikah mut’ah.

· Mereka melencong sedikit dari kiblat dan mengangguk-angguk dalam sembahyang. Begitu juga golongan Syiah Rafidhah.

· Orang Yahudi dibenarkan menipu orang bukan Yahudi dan jika perlu hendaklah bersikap talam dua muka terhadap mereka. Begitu juga orang Yahudi yang keluar dari agama Yahudi akan diperlakukan seperti orang “kafir”, kecuali jika berpura-pura (taqiyyah) dengan tujuan mengelabui mata orang itu. Inilah konsep ajaran taqiyyah Syiah Rafidhah.

PERSAMAAN SYIAH DENGAN KRISTIAN

Orang Kristian meyakini kaum Hawariyun dan pengikut Nabi Isa lebih mulia dari Nabi Ibrahim dan Musa, bahkan lebih mulia dari seluruh Nabi dan rasul. Mereka juga meyakini kaum Hawariyun adalah rasul yang diajak bercakap secara terus oleh Allah. Bahkan mereka berkata: “Allah adalah al-Masih dan al-Masih adalah anak Allah”. Manakala Syiah Rafidhah meyakini Imam dua belas lebih mulia dan utama daripada Sahabat Muhajirin dan Anshar. Bahkan menurut golongan pelampau Syiah, para Imam adalah lebih mulia daripada para Nabi, kerana mereka memiliki sifat ketuhanan sebagaimana keyakinan kaum Kristian terhadap Nabi Isa.

Orang Kristian meyakini bahawa urusan agama ini diserahkan kepada para pendeta dan rahib. Halal dan haram sesuatu perkara adalah apa yang ditetapkan oleh pendeta dan rahib tersebut. Dan hal-hal agama adalah apa yang mereka tentukan. Manakala kaum Syiah Rafidhah percaya bahawa urusan agama ini diserahkan kepada para Imam, halal dan haram adalah apa yang ditentukan mereka dan agama adalah apa yang mereka tetapkan.

KELEBIHAN YAHUDI DAN KRISTIAN BERBANDING SYIAH RAFIDHAH

· Menurut Yahudi, orang yang paling baik adalah sahabat Nabi Musa a.s.

· Menurut Kristian orang paling baik adalah sahabat Nabi Isa a.s, hawariyyun, penolong Nabi Isa ‘a.s.

· Sedangkan menurut Syiah orang yang paling buruk ialah Sahabat Rasulullah s.a.w. Islam menganjurkan kita untuk beristighfar (meminta ampun) untuk para Sahabat, tapi mereka sebaliknya mencela para Sahabat dan menghunuskan pedang kepada mereka sehingga hari kiamat.

Disaring dari sumber: http://www.fiqhislam.com/agenda-muslim/artikel-islami/12779-persamaan-syiah-dengan-yahudi-dan-nasrani.html

Menjawab Syiah: Kecacatan Hadith Kisa’

VIDEO – Siri Menjawab SYIAH: Kecacatan Hadis Kisa’

“Hadith Kisa’ ” ialah hadith yang menceritakan tentang perbuatan Rasulullah s.a.w yang menyelimuti anaknya Fatimah r.ha, menantunya Ali, dan dua cucunya Hassan dan Husain dengan selimut atau kisa’.

Golongan Syiah mengaitkan hadith ini dengan ayat al-Quran – Surah Al-Ahzab (ayat 33) yang mafhumnya, “Sesungguhnya Allah bermaksud untuk menghilangkan dosa dari diri kamu wahai Ahlul Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya”. Dan Syiah mendakwa kelebihan Imam-imam mereka yang berada dalam selimut tersebut.

Untuk menilai kedudukan hadith ini kita perlu meneliti beberapa fakta berikut:

Bilakah Surah Ahzab selesai diturunkan? Ulama’ tafsir berpendapat Surah Al-Ahzab selesai diturunkan selewat-lewatnya pada tahun ke 6 Hijrah. Bilakah pula Saidina Hassan dilahirkan? Ahli sirah berpendapat Saidina Hassan dilahirkan pada tahun ke 3 atau ke 4 H, tetapi menurut kitab Sahih al-Bukhari, Saidina Hassan lahir pada tahun ke 7. Apakah bukti Saidina Hasan lahir tahun ke 7? Orang yang menyambut kelahiran Saidina Hasan adalah Asma’ Bt Umais, yang berada di Madinah hanya pada tahun 7 H kerana sebelum itu beliau berhijrah ke Habshah.

Bila pula Saidina Husain dilahirkan? Dikatakan bahawa Saidina Husin lahir pada tahun ke 5 H, tetapi berdasarkan riwayat al-Bukhari, yang tepatnya, Saidina Husin lahir tahun ke 9 H. Ini adalah kerana orang yang menyambut kelahiran Saidina Husin ialah Ummul Fadhal, isteri Abbas, bapa saudara nabi s.a.w. Hakikatnya, Ummul Fadhal berhijrah ke Madinah hanya pada tahun ke 9 H.

Kita tidak dapat bayangkan bagaimana Saidina Husain yang lahir pada tahun 9H, digambarkan sudah besar ketika masuk ke dalam selimut Rasulullah pada tahun ke 6!

Sekiranya kita terima hadith kisa’ ini sebagai sahih kita akan menolak sekian banyak hadith lain yang lebih sahih!

Perlu diingat bahawa maklumat kelahiran Sadinina Hassan dilahirkan pada tahun ke 3 atau 4H tidak ada dalam kitab hadith tetapi terdapat hanya dalam kitab-kitab sirah sahaja, yang tidak mempunyai sanad atau sumber ceritanya, Tentunya cerita dalam kitab sirah ini tidak dapat menandingi kitab-kitab hadith yang sahih seperti al-Bukhari. Besar kemungkinan hadith kisa’ ini adalah hadith yang direka!

Abu Talib: Mati Dalam Keadaan Beriman Atau Sebaliknya?

Abu Talib adalah salah seorang daripada bapa saudara junjungan kita Nabi s.a.w dan kisah tentangnya bersama Nabi s.a.w. sering dimomokkan semenjak bangku sekolah lagi. Namun apakah semua kisah yang dihebahkan itu benar menurut sumber sahih seperti al-Quran dan hadith atau wujudkah percanggahan yang menunjukkan ia adalah sebaliknya.

Artikel ringkas ini sedikit sebanyak mengajak kita untuk berfikir sejenak dan merenung kembali kisah-kisah yang pernah kita dengari dengan pertimbangan neraca al-Quran dan hadith Nabi s.a.w.

Antara perkara yang telah dibahaskan oleh para alim ulama’ adalah berkenaan kematian Abu Talib sama ada dalam Islam atau dalam kafir. Di sini ada beberapa hadith berkenaan saat kematian Abu Talib yang telah diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab Sahihnya:

[١٣٢] ٣٩)٢٤ –(و حَدَّثَنِي حَرْمَلَةُ بْنُ يَحْيَى التُّجِيبِيُّ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ وَهْبٍ قَالَ أَخْبَرَنِي يُونُسُ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ قَالَ أَخْبَرَنِي سَعِيدُ بْنُ الْمُسَيَّبِ عَنْ أَبِيهِ قَالَ لَمَّا حَضَرَتْ أَبَا طَالِبٍ الْوَفَاةُ جَاءَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَوَجَدَ عِنْدَهُ أَبَا جَهْلٍ وَعَبْدَ اللَّهِ بْنَ أَبِي أُمَيَّةَ بْنِ الْمُغِيرَةِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا عَمِّ قُلْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ كَلِمَةً أَشْهَدُ لَكَ بِهَا عِنْدَ اللَّهِ فَقَالَ أَبُو جَهْلٍ وَعَبْدُ اللَّهِ بْنُ أَبِي أُمَيَّةَ يَا أَبَا طَالِبٍ أَتَرْغَبُ عَنْ مِلَّةِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ فَلَمْ يَزَلْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْرِضُهَا عَلَيْهِ وَيُعِيدُ لَهُ تِلْكَ الْمَقَالَةَ حَتَّى قَالَ أَبُو طَالِبٍ آخِرَ مَا كَلَّمَهُمْ هُوَ عَلَى مِلَّةِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ وَأَبَى أَنْ يَقُولَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَا وَاللَّهِ لَأَسْتَغْفِرَنَّ لَكَ مَا لَمْ أُنْهَ عَنْكَ فَأَنْزَلَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ { مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَى مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ } وَأَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى فِي أَبِي طَالِبٍ فَقَالَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ { إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ }

Dan Harmalah bin Yahya al-Tamimi telah meriwayatkan kepada saya, katanya: ‘Abdullah bin Wahb telah menceritakan kepada kami, katanya: Yunus telah menceritakan kepada saya daripada Ibnu Syihab, beliau berkata: Sa`id bin al-Musayyab telah menceritakan kepada saya daripada ayahnya, beliau berkata: “Bila Abu Talib hampir mati [1] maka Rasulullah s.a.w. pun pergi kepadanya. Didapati ada bersamanya Abu Jahal dan ‘Abdullah bin Abi Umayyah bin al-Mughirah lalu Rasulullah s.a.w pun berkata: “Wahai pakcik! Katakan لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ satu ucapan yang aku akan menjadi saksi untuk engkau dengannya di sisi Allah”. Abu Jahal bin dan ‘Abdullah bin Abi Umayyah berkata: “Wahai Abu Talib! Adakah engkau sudah benci kepada agama ‘Abd al-Muttolib?”. Begitulah Rasulullah s.a.w. terus mengemukakan kalimah لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ kepadanya dan dia pula mengulangi ucapan tadi sehingga Abu Talib berkata di akhir ucapannya ialah dia berada di atas agama `Abd al-Muttolib lalu Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Sesungguhnya demi Allah! Aku akan meminta ampun untuk engkau selagi aku tidak dilarang daripadanya”. Selepas itu Allah s.w.t menurunkan ayat:

{ مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَى مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ }

(Maksudnya: Tidaklah dibenarkan [2] bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka [3] ).

Dan Allah s.w.t menurunkan berkenaan Abu Talib, Allah mengatakan kepada Rasulullah s.a.w:

{ إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ }

(Maksudnya: Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam) [4]).

Ayat ini menjadi dalil bahawa Abu Talib termasuk dalam kalangan mereka yang baik dan dikasihi oleh Nabi s.a.w. namun ia bukan seperti mana dakwaan Syiah yang mengatakan beliau mati di dalam Islam kerana keadilan Tuhan tidak akan membiarkan seorang yang amat baik sepertinya mati dalam kekufuran. Begitu juga dengan dakwaan yang mengatakan Nabi s.a.w. pernah berlindung di Syi’bi (lembah) Abi Talib sedangkan dalam riwayat yang lebih sahih menyebutkan ia bukanlah Syi’bi Abi Talib bahkan Syi’bi Bani Hasyim kerana telah dimaklumi bahawa Abu Talib bukanlah seorang yang kaya.

Dengan sebab itu apabila Nabi s.a.w. sudah boleh berdikari Baginda berbincang dengan ‘Abbas tentang kesusahan Abu Talib yang mempunyai ramai tanggungan di samping dia cacat (dia seorang yang tempang). Maka dengan sebab itu dia tidak boleh pergi jauh untuk berniaga. Antara riwayat lain yang dikaitkan dengannya bahawa beliau pernah membawa Nabi ke Syam dan kemudiannya bertemu dengan Buhaira di tengah perjalanan. Riwayat ini juga termasuk dalam riwayat–riwayat yang tidak sahih.

Terdapat perselisihan pendapat berhubung kematian Abu Talib, adakah beliau mati dalam keadaan beriman atau sebaliknya?

  1. Ada pendapat yang mengatakan Abu Talib mati dalam keadaan beriman kerana ada riwayat menunjukkan ketika beliau sudah hampir dengan mati maka Abbas (yang ketika itu masih belum memeluk Islam) melihat Abu Talib menggerak-gerakkan bibirnya lalu beliau meletakkan telinganya hampir dengan mulut Abu Talib dan beliau mendengar Abu Talib mengucap. Abbas pun memberitahu Nabi s.a.w: “Aku dengar dia ucapkan apa yang engkau suruh dia ucapkan”.
  2. Beliau mati dalam keadaan kafir berdasarkan riwayat ini dan riwayat yang menyebutkan bahawa Abu Talib berkata kepada Nabi s.a.w: “Kalaulah tidak kerana aku takut orang-orang Quraisy akan mencela aku, nanti mereka akan kata: Hanya mendorongnya mengucap itu kerana kegelisahannya hendak mati nescaya aku sejukkan mata engkau”.

Yang tepatnya, Abu Talib mati dalam keadaan kafir. Dalilnya berdasarkan riwayat al-Bukhari yang juga terdapat dalam kitab-kitab lain ada disebutkan bahawa ada ‘Abbas, Abu Sa’id dan orang-orang lain bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang “apakah faedah yang Abu Talib dapat atas kebaikannya terhadap engkau?”. Nabi s.a.w menjawab: “Nerakanya setakat buku lalinya. Kalau tidak kerana aku maka ia pasti lebih berat. Setakat buku lali itu pun sudah menggelegak otaknya”. Ini menunjukkan beliau mati dalam keadaan kafir. Riwayat yang menunjukkan Abu Talib mati dalam keadaan kafir adalah riwayat al-Bukhari dan Muslim manakala riwayat yang menunjukkan dia mati dalam Islam adalah riwayat Ibnu Ishaq dan riwayat tersebut adalah riwayat yang munqati’.

[١٣٢] ٤٠ (..)- و حَدَّثَنَا إِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ وَعَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ قَالَا أَخْبَرَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ ح و حَدَّثَنَا حَسَنٌ الْحُلْوَانِيُّ وَعَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ قَالَا حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ وَهُوَ ابْنُ إِبْرَاهِيمَ بْنِ سَعْدٍ قَالَ حَدَّثَنِي أَبِي عَنْ صَالِحٍ كِلَاهُمَا عَنْ الزُّهْرِيِّ بِهَذَا الْإِسْنَادِ مِثْلَهُ غَيْرَ أَنَّ حَدِيثَ صَالِحٍ انْتَهَى عِنْدَ قَوْلِهِ فَأَنْزَلَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ فِيهِ وَلَمْ يَذْكُرْ الْآيَتَيْنِ وَقَالَ فِي حَدِيثِهِ وَيَعُودَانِ فِي تِلْكَ الْمَقَالَةِ وَفِي حَدِيثِ مَعْمَرٍ مَكَانَ هَذِهِ الْكَلِمَةِ فَلَمْ يَزَالَا بِهِ

Ishaq bin Ibrahim dan ‘Abd bin Humaid telah meriwayatkan kepada kami, mereka berdua berkata: ‘Abd al-Razzaq telah menceritakan kepada kami, katanya: Ma’mar telah menceritakan kepada kami ح dan Hasan al-Hulwani dan `Abd bin Humaid telah meriwayatkan kepada kami, beliau berdua berkata: Ya’qub iaitu Ibnu Ibrahim bin Sa`ad telah meriwayatkan kepada kami, beliau berkata: Ayahku telah meriwayatkan kepada saya daripada Soleh, kedua-duanya meriwayatkan al-Zuhri dengan isnad dan matan seperti hadith ini cuma hadith Soleh berhenti setakat sabdanya فَأَنْزَلَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ فِيهِ (maka Allah Azza Wa Jalla menurunkan) …tetapi dia tidak menyebutkan dua ayat (al-Quran) tadi dan dia ada menyebutkan dalam hadithnya وَيَعُودَانِ فِي تِلْكَ الْمَقَالَةِ (mereka berdua mengulangi kata-kata itu) dan dalam hadith Ma’mar di tempat kalimah tadi فَلَمْ يَزَالَا بِهِ “mereka berdua terus berkata begitu”

[١٣٤] ٤١ (٢٥)- حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبَّادٍ وَابْنُ أَبِي عُمَرَ قَالَا حَدَّثَنَا مَرْوَانُ عَنْ يَزِيدَ وَهُوَ ابْنُ كَيْسَانَ عَنْ أَبِي حَازِمٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِعَمِّهِ عِنْدَ الْمَوْتِ قُلْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ أَشْهَدُ لَكَ بِهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَأَبَى فَأَنْزَلَ اللَّهُ { إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ } الْآيَةَ

Muhammad bin ‘Abbad dan Ibnu Abi Umar telah meriwayatkan kepada kami, mereka berdua berkata: Marwan telah meriwayatkan kepada kami daripada Yazid iaitu Ibnu Kaisan daripada Abi Hazim daripada Abi Hurairah, beliau berkata: “Rasulullah s.a.w berkata kepada bapa saudaranya ketika beliau hampir mati: “Ucapkanlah لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ aku akan bersaksi untuk engkau dengan kalimah itu di hari kiamat nanti lalu Allah menurunkan { إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ }

[١٣٥] ٤٢ (..)- حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ حَاتِمِ بْنِ مَيْمُونٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ كَيْسَانَ عَنْ أَبِي حَازِمٍ الْأَشْجَعِيِّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ :قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِعَمِّهِ قُلْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ أَشْهَدُ لَكَ بِهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ قَالَ لَوْلَا أَنْ تُعَيِّرَنِي قُرَيْشٌ يَقُولُونَ إِنَّمَا حَمَلَهُ عَلَى ذَلِكَ الْجَزَعُ لَأَقْرَرْتُ بِهَا عَيْنَكَ فَأَنْزَلَ اللَّهُ { إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ }

Muhammad bin Hatim bin Maimun telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya bin Sa’id telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Yazid bin Kaisan telah meriwayatkan kepada kami daripada Abi Hazim al-Asyja’iy daripada Abu Hurairah, beliau berkata: “Rasulullah s.a.w berkata kepada bapa saudaranya: “Ucapkanlah لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ aku akan bersaksi untuk engkau dengan kalimah itu di hari kiamat nanti”. Abu Talib berkata: “Kalaulah tidak kerana aku takut orang-orang Quraisy akan mencela aku, nanti mereka akan kata: Hanya mendorongnya mengucap itu kerana kegelisahannya hendak mati nescaya aku sejukkan mata engkau [5], lalu Allah menurunkan { إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ }

Qarabah

النَّبِيُّ أَوْلَى بِالْمُؤْمِنِينَ مِنْ أَنْفُسِهِمْ وَأَزْوَاجُهُ أُمَّهَاتُهُمْ وَأُولُو الْأَرْحَامِ بَعْضُهُمْ أَوْلَى بِبَعْضٍ فِي كِتَابِ اللَّهِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُهَاجِرِينَ إِلَّا أَنْ تَفْعَلُوا إِلَى أَوْلِيَائِكُمْ مَعْرُوفًا كَانَ ذَلِكَ فِي الْكِتَابِ مَسْطُورًا

Nabi itu lebih menolong dan lebih menjaga kebaikan orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri; dan isteri-isterinya adalah menjadi ibu mereka. dan orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak (mewarisi) akan setengahnya yang lain – menurut (hukum) Kitab Allah – daripada orang-orang yang beriman dan orang-orang Muhajirin (yang bukan kerabatnya), kecuali kalau kamu hendak berbuat baik kepada sahabat-sahabat karib kamu. Hukum yang demikian itu adalah tertulis Dalam Kitab Allah. – [Al-Ahzab, Ayat 6]

Ini adalah dalil yang menunjukkan bahawa Nabi itu dekat dengan orang mukmin dari diri mereka sendiri dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu orang mukmin. Nisbah yang ditunjukkan adalah begitu rapat bukannya keturunannya sahaja bahkan orang-orang mukmin saemuanya.

Segolongan orang yang mendakwa mereka adalah keturunan dan keluarga Nabi s.a.w. bahkan segelintir dari mereka menganggap mulia lebih dari orang lain padahal tidaklah yang menjadikan seorang itu mulia dan dekat dengan Nabi s.a.w. melainkan iman dan taqwa seseorang itu.

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ

Dan Demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa Yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, [Surah Qaf : 16]

وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْكُمْ وَلَكِنْ لَا تُبْصِرُونَ

Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat, [Surah al-Waqi’ah : 85]

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. [Al-Baqarah, Ayat 186]

Ini jelas menunjukkan Allah itu dekat dengan kita dan apa yang perlu kita adalah menadah tangan dan berdoa kepadaNya. Kita tidak perlu menyampaikan kepadanya melalui orang lain kerana Allah sendiri yang menyuruh kita berdoa kepadaNya. Sesungguhnya Dia amat dekat dengan kita.

Allah itu dekat maka tidak usah dicari melalui perantaraan atau prosidur tertentu dengan birokrasi itu dan ini. Semuanya tiada bahkan kita dekat dengannya sedekat-dengannya. Sesiapa sahaja tidak terkecuali. Apa yang perlu hanyalah menurut segala perintahNya dan bertaqwa, yang mana akhirnya kembali kepada kita faedahnya.

____________________________________________________

[1] Dalam setengah riwayat menyebutkan peristiwa ini berlaku dua atau tiga hari sebelum Abu Talib nazak tetapi sudah kelihatan tanda-tanda beliau sudah hampir mati.
[2] Ya`ni tidak boleh beristighfar bagi pihak orang kafir kerana ia adalah hak orang Islam sahaja walaupun sanak saudara yang dekat setelah jelas kekafirannya.
[3] At-Taubah : 113
[4] Al-Qashash :56
[5] Ya`ni aku puaskan hatimu