Hukum Ulamak Islam Terhadap Syiah (Ebook)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

[Muat Turun E-Book – Hukum Ulamak Islam Terhadap Syiah]

Sesungguhnya masyarakat Islam Malaysia kebanyakannya tidak pernah mendengar apatah lagi mengetahui tentang perkataan “Syiah” sehingga terjadinya apa yang dinamakan “Revolusi Iran” pada tahun 1979M. Maka timbullah selepas itu golongan-golongan yang giat mempelopori kemasukan semangat revolusi tersebut ke masyarakat negara ini di atas laungan “Penegakan Negara Islam”, “Penyatuan saf-saf Muslimin” dan seterusnya “Pendekatan antara Sunni dan Syiah”. Dan akhirnya lahirlah sebuah golongan kecil yang berterus-terang mengakui dan mempelopori pandangan dan fahaman Syiah hingga tersebarnya buku-buku yang mengagungkan kejayaan revolusi Iran serta fahaman Syiah di kalangan masyarakat kita.

Untuk BACAAN ONLINE atau MUAT TURUN E-Book “Hukum Ulamak Islam Terhadap Syiah” sila KLIK –

EBOOK – HUKUM ULAMAK TERHADAP SYIAH

Khomeinisme – Menyingkap Tabir Ideologi dan Kepalsuan Aqidahnya

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

[Muat Turun E-Book – Khomeinisme – Menyingkap Tabir Ideologi dan Kepalsuan Aqidahnya ]

Ramai orang telah terpesona dengan berjayanya Khomeini menumbangkan rejim tirani Syah Iran. Dan banyak pihak tanpa pengamatan yang teliti telah menganggap bahawa Khomeini benar-benar menegakkan Negara Republik Islam. Apa yang zahir, Khomeini menegakkan Islam, namun fakta lain menunjukkan bahawa mereka telah terang-­terangan memesongkan kebenaran dan mencemarkan kemuliaan Islam.

Ucapan Khomeini bahawa risalah dan missi Muhammad Rasulullah s.a.w. belum sempurna, doktrin mereka bahawa para Sahabat adalah tercela (meskipun para Sahabat telah dijamin masuk syurga); doktrin bahawa al-Quran kurang sempurna; dan sejumlah hadith yang sahih dianggap batil – serta ajaran-­ajaran sesat lain, seperti menghalalkan nikah mut’ah, adalah bukti yang jelas tentang kesesatan Khomeini.

Gejala mencemarkan nama baik Islam ini telah bermaharajalela di mana­-mana. Dan Khomeini mengangap dia di pihak yang benar. Oleh itu, fakta-fakta Islam telah dibatalkan sepenuhnya. Ajaran Syiah ini yang didokongi Khomeini adalah sesat dan menyesatkan kaum muslimin di seluruh dunia.

Kaum muslimin hendaklah berwaspada terhadap propaganda tersebut dan khususnya doktrin Khomeinisme yang sesat itu. Sa’id Hawaa sebagai pemikir Islam yang tidak asing bagi kita, telah merintis jalan bagi meletakkan Khomeini di tempat yang sebenar. Sumber-sumber rasmi Syiah – termasuk buku Khomeini sendiri menjadi rujukannya. Dengan demikian para pembaca dapat meneliti secara lebih mendalam tentang kepalsuan aqidah Syiah dan penyelewengan Khomeinisme itu.

 

Untuk Baca ONLINE atau MUAT TURUN e-book sila KLIK

EBOOK – KHOMENISME – MENYINGKAP TABIR IDEOLOGI DAN KEPALSUAN AQIDAHNYA