[Muat Turun Artikel – Format PDF]
ISI AJARAN :
A. Penyelewengan Dari Sudut Aqidah
i. Imam adalah maksum.
ii. Kemunculan semula Imam Mahdi dan kumpulan orang yang telah mati untuk memberi keadilan.
iii. Berpura-pura.
iv. Saidina Ali disamatarafkan dengan Allah s.w.t
v. Menghalalkan nikah mut’ah.
vi. Khalifah (Imam) diwasiatkan secara nas.
vii. Ilmu Allah berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku kepada manusia. Muhamad bin Hassan al-Askari ialah Imam Mahdi al-Muntazar.
viii. Mengkafirkan para Sahabat Rasulullah s.a.w.
ix. Menambah syahadat.
x. Menolak hadith yang diriwayatkan oleh ahli sunnah wal jamaah sekalipun hadith Mutawatir.
B. Penyelewengan dari Sudut Syariat
i. Menolak Ijmak Ulama’
ii. Menolak Qias
iii. Mengamalkan Nikah Mut’ah
iv. Menolak ‘aul dan mendahulukan Qurabah dari Asobah dalam masalah pusaka.
v. Menuduh Saidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah sebagai empat berhala Quraisy serta pengikut-pengikut mereka adalah musuh Allah.
vi. Hanya Ali menghimpunkan al-Quran dengan sempurna.
C. Pelbagai Penyelewengan Umum
i. Ganjaran menziarahi kubur Saidina Hussain adalah syurga.
ii. Menyiksa tubuh badan sempena 10 Muharram.
iii. Menghina Abu Bakar dan Umar serta dua orang isteri Nabi s.a.w. iaitu Saidatina Aishah dan Hafsah.
iv. Mengharuskan jamak sembahyang dalam semua hal.
v. Sembahyang Dhuha adalah haram.
vi. Menetapkan prinsip khumus sebagai kadar zakat.
vii. Imamah dan Khalifah daripada rukun Islam dan ianya berlaku melalui nas.
viii. Islam bukan syarat wajib haji.
ix. Wajib menyapu kedua-dua kaki dan tidak memadai basuh pada kedua-duanya.
TARIKH MUNCUL: 1979
TEMPAT BERKEMBANG: Selangor, Wilayah Persekutuan K.L, Kelantan, Johor, Perak, Kedah dan Melaka.
AJARAN SYIAH ADALAH SESAT DAN PENYEBARANNYA DITEGAH OLEH SEMUA NEGERI DI MALAYSIA