SIAPAKAH SYIAH?

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 3j 2m 42s] – SIAPAKAH SYIAH? Oleh Maulana Muhd Asri Yusoff

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/81yqRbyrnOw ]

SIAPAKAH SYIAH?

Maklumat Terperinci Tentang Syiah – [E-Book] – Syiah Rafidhah – Di Antara Kecuaian Ulama’ Dan Kebingunan Ummah

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:03:13 : Kesimpulan Umum Tentang “Syiah Imamiyyah Ithna ‘Asya’irah” (Juga Dikenali Sebagai – Syiah Imam Dua Belas, Syiah Rafidhah Atau Syiah Ja’fariyah )

2- 00:15:57 : Syiah Menuduh Para Sahabat Nabi s.a.w Murtad

3- 00:28:19 : Syiah Mendakwa Al-Qur’an Yang Ada Pada Ahli Sunnah Sekarang Ini Adalah Palsu

4- 00:38:10 : Syiah Percaya Terhadap Raj’ah – Kepercayaan Bahawa Imam-imam Syiah Bangkit Selepas Mati Untuk Membalas Dendam Terhadap Mereka Yang Dianggap Zalim Seperti Sahabat-sahabat Nabi s.a.w

5- 00:39:50 : Syiah Beramal Dengan Amalan Taqiyah – Menipu, Berbohong Dan Berpura-pura

6- 00:49:48 : Ahli Sunnah Membawa Aqidah Tauhid Tetapi Syiah Membawa Fahaman Syirik

7- 00:57:42 : Siapakah Abdullah Bin Sabak (Ibnu Sabak)? – Pengasas Fahaman Syiah

8- 01:01:00 : Aqidah-aqidah Syiah Yang Syirik Kepada Allah s.w.t.

9- 01:03:10 : Aqidah Imamah Bagi Golongan Syiah

10- 01:16:03 : Bahaya Golongan Syiah Kepada Syariat, Azan Syiah, Konsep Cinta Kepada Ahlil Bait, Tanah Suci Karbala Dan Ziarah Kubur Imam-imam Syiah

11- 01:39:27 : Golongan Syiah Mengamalkan Mut’ah (Nikah Kontrak Tanpa Wali, Saksi Untuk Tempoh Tertentu)

12- 01:41:54 : Syiah Mengamalkan Taqiyah

SESI SOAL JAWAB

1- 02:25:48 : Cerita Pintu Khaibar Yang Diangkat Oleh Saidina Ali r.a. Dan Apa Motif Sebenar Di Sebalik Nama Tongkat Ali Dan Kacip Fatimah

2- 02:34:54 : Bagaimana Kita Nak Berhujjah (Berdebat) Dengan Golongan Syiah?

3- 02:46:49 : Hadith, “Nabi Adalah Kota Ilmu Dan Ali Adalah Pintunya” Ada Dalam Kitab-kitab Ahli Sunnah

4- 02:47:56 : Adakah Syiah Bersekongkol Dengan Penjajah?

5- 02:49:31 : Cara-cara Untuk Menghadapi Golongan Syiah

6- 02:54:10 : Fenomena Umat Islam Kini Yang Menganggap Syiah Adalah Sebahagian Daripada Islam

7- 02:57:30 : Mengapa Tidak Ada sekatan Pemerintah Islam (Arab Saudi) Terhadap Golongan Sesat Seperti Syiah Dari Menunaikan Ibadat Haji?

PENJELASAN TERHADAP FAHAMAN SYIAH

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

(Disunting Dari Penerbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)

1. TUJUAN

1.1 Makalah ini bertujuan untuk memberi maklumat dan penjelasan kepada orang ramai mengenai fahaman Syiah supaya orang Islam dan masyarakat menjauhi dan tidak terpengaruh dengan fahaman ini dan menyedarkan mereka yang terbabit bahawa pegangan fahaman mereka adalah bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.

Continue reading

Hakikat Syiah – Mengkafirkan Sahabat Nabi s.a.w

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi- 2m 51s] – PROJEK AKIDAH – Hakikat Syiah – Mengkafirkan Sahabat Nabi s.a.w

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/ymYDbIQyX1k ]

HAKIKAT SYIAH – MENGKAFIRKAN SAHABAT NABI S.A.W

TERJEMAHAN DARI KITAB SYIAH

“Hannan daripada ayahnya Abu Jaafar a.s. berkata, “Manusia (para Sahabat) telah menjadi murtad sepeninggalan Rasulullah s.a.w kecuali tiga dari mereka” Aku (perawi) bertanya:”Siapakah yang tiga itu?” Abu Jaafar menjawab: “Al-Miqdad bin al-Aswad, Abu Zar al-Ghifari dan Salman Al-Farisi” (Rujukan: Muhammad bin Ya’kob Al-Kulaini, ar-Raudhah min al-Kafi, jil. 8, hal. 245)

KESIMPULAN DARI PETIKAN KITAB SYIAH

Syiah beriktikad bahawa semua sahabat nabi s.a.w kecuali tiga orang telah murtad selepas kewafatan Baginda. Oleh itu Agama Islam (dan juga al-Quran) yang dikembangkan oleh Sahabat-sahabat selepas kewafatan Nabi tidak boleh diyakini kerana mereka telah murtad. Di samping itu Syiah juga ingin menyatakan bahawa Nabi s.a.w gagal dalam mendidik mereka.

Keganjilan Ajaran Syiah – Penyembah Berhala

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 1m 43s] – Syiah – Ritual paganisme

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/07LxhEUK_0Q ]

SYIAH – PENYEMBAH BERHALA

Inilah cara orang-orang Syiah mendekatkan diri pada tuhannya. Bolehkah kita mengatakan orang yang beribadat seperti ini sebagai orang Islam? Ini bukan ibadah dalam Islam! Ini tidak ada bezanya dengan para paganisme, penyembah berhala yang telah menuhankan para nabi dan wali mereka.

Keganjilan Dalam Ibadat Syiah – Tambahan Lafaz “Ali” Dalam Azan

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 3m 34s] – Adzan Syi’ah Berbeda..!!! (sesat)

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/07LxhEUK_0Q ]

TAMBAHAN LAFAZ “ALI” DALAM AZAN

Syiah menambah lafaz azan “Aku Bersaksi Bahawa Ali Adalah Wali Allah”, “Aku Bersaksi Bahawa Ali Adalah Hujjah Allah”, dan untuk azan Subuh ditambah lagi dengan ucapan, “Marilah Ke Arah Sebaik-baik Amal”

Keganjilan Ajaran Syiah – Melukis Gambar Nabi Muhammad

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 1m 7s] – Celaka SYIAH memang BENAR Gambar Rasulullah Dijual di PASAR

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/MsrnqhilrZ4 ]

SYIAH MELUKIS GAMBAR NABI MUHAMMAD

EXCERPT FROM THE VIDEO

The Department of Islamic Affairs assigned me to a so called fixer, a caretaker. On my quest I have been directed to a strange shopping mall. This looks like a religious supermarket.

“Can we buy a picture of (Prophet) Mohammad?”.

“They have been withdrawn”.

“But before they used to sell them here, right?”

He says that’s the last picture he has.

“So this is the picture of (Prophet) Mohammad, right?”

“Yes! This is Mohammad, “Hazrate” Mohammad”.

We just bought the last exemplar of the picture of the (Prophet) Mohammad.

“Yes. I like to buy it”

The Shia permits the portrayal of the Prophet.

EXCUSE ME, CAN YOU TELL THE DIFFERENCE (BETWEEN HINDUS, SIKHS, SHIA RAFIDHAH AND CHRISTIANS AS REGARDS TO THE PORTRAYAL OF THEIR ICONS; THE HINDUS – KHRISNA, THE SIKHS – GURU NANAK, SHIAH RAFIDHAH – ALI & THE CHRISTIANS – JESUS CHRIST)?

Continue reading

Keganjilan Dalam Ibadat Syiah – Syiah Sujud dan Merangkak ke Kubur

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 1m 49s] – Syiah Sujud dan Merangkak ke Kuburan

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/MsrnqhilrZ4 ]

SYIAH SUJUD DAN MERANGKAK KE KUBUR

Inilah sikap berlebihan penganut Syiah terhadap kubur. Dalam Islam, hanya tiga tempat sahaja yang dijadikan ibadat untuk diziarahi iaitu Masjidil Haram (Makkah), Masjid Nabawi (Madinah) dan Masjid al-Aqsha (Palestin). Tetapi sebaliknya golongan ini menganggap kubur, terutamanya kubur imam-imam, ulama’-ulama’ dan wali-wali mereka sebagai tempat ibadat dan tempat keramat.

Keganjilan Dalam Ibadat Syiah – Hari Raya Penganut Syiah ‘Idul Ghadir

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 24m 22s] – Hari Raya ‘Idul Ghadir Agama Syiah

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/bLQbPlltETE ]

HARI RAYA PENGANUT SYIAH ‘IDUL GHADIR

Syiah mengatakan: Hari ke 18 bulan Dzulhijjah merupakan hari “Ghadir Khum, Ied al-Akbar” (Hari Raya Besar Ghadir Khum), hari raya keluarga Muhammad s.a.w. Ianya adalah hari raya yang paling besar.

Mereka mendakwa Allah s.w.t. tidak mengutuskan seorang nabi kecuali merayakan hari raya ini dan menjaga kehormatannya.


Pada hari ini penganut Syiah berpuasa, mandi, ziarah amirulmu’minin (Imam-imam), solat dua rakaat dan membaca doa khusus.

Amalan-amalan dan juga perayaan ini adalah rekaan penganut Syiah yang tidak pernah wujud dalam agama Islam.