[WEBINAR] BAHAYA SYIAH – AJARAN DAN GERAKANNYA

VIDEO – BAHAYA SYIAH – AJARAN DAN GERAKANNYA

NOTA – YouTube Memasukkan Video Di Atas Dalam Kategori “Age-Restricted”. Jika Anda Tidak Dapat Akses Ke Video Di Atas, Anda Boleh Tontonnya Di Sini – https://web.facebook.com/266792370734069/videos/150299250538591

BAHAYA SYIAH – AJARAN DAN GERAKANNYA – DR MOHAMMED FAIROOZ BIN MOHAMED FATHILAH

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

00:03:36 – Adakah Malaysia negara yang aman?

00:03:52 – Gejala Syiah semakin menular di kalangan rakyat Malaysia

00:04:19 – Adakah anda melihat aksi sebegini di Malaysia kelak?

00:04:56 – Generasi akan datang diperlakukan sebegini?

00:05:53 – Kebencian terhadap Saidina Umar secara terang-terangan

00:06:29 – Adakah kita bersedia?

00:06:31 – Apakah maksud Ahli Sunnah Wal Jamaah?

00:06:52 – Siapa Ahli Sunnah wal Jammah?

00:07:56 – Fatwa Mengenai Ajaran Syiah

00:10:52 – Ulama’-ulama’ Yang Menyesatkan Syiah

00:11:25 – Imam Malik

00:11:40 – Imam Ahmad bin Hanbal

00:11:57 – Imam Syafie

00:12:07 – Imam al- Bukhari

00:12:55 – Adakah anda tahu kewujudan kumpulan Syiah di Malaysia?

00:12:59 – Siapa Syiah?

00:17:25 – Imam-imam 12 Syiah

00:18:19 – Syiah Imamiyyah mempercayai 12 Imam dilantik secara berturutan

00:19:17 – Nama-nama Syiah

00:20:30 – Syiah Imamiyyah Ithna Asyariah

00:20:32 – Kitab Hadith Sunni

00:20:59 – Definisi Sunnah Mengikut Sunni Dan Syiah

00:21:58 – Kitab Hadith Syiah

00:23:25 – Kitab Tafsir Syiah

00:23:43 – Akidah Syiah

00:24:41 – Doktrin Utama Syiah

00:25:45 – Rukun Iman Sunni & Syiah

00:25:51 – Rukun Islam Sunni & Syiah

00:27:07 – Petikan Dari Kitab “Usul Kafi” – Rukun Islam Syiah

00:29:07 – Imamiyyah dan Walayah

00:29:43 – Imam-imam Syiah

00:31:34 – Petikan Dari Usul al-Kafi – Imam tahu bila akan mati dan boleh pilih untuk mati atau tidak

00:32:19 – IMAM LEBIH TINGGI DARJAT DARI MALAIKAT DAN RASUL

00:33:10 – HUKUM MENGINGKARI IMAMAH

00:36:32 – MAHDI SYI’AH HUKUM ‘AISYAH

00:36:56 – KELEBIHAN UMMUL MU’MININ SAIDATINA AISYAH R.A (MENURUT SUNNI)

00:38:23 – SYIAH KATA SAHABAT-SAHABAT TELAH MURTAD

00:39:29 – SYIAH KATA – MEMBENCI TIGA KHALIFAH AWAL PENYEBAB MASUK SYURGA

00:41:07 – Abdullah Hasan – Tokoh Syiah Kedah

00:43:06 – Kebiadaban dan Penghinaan Terhadap Para Sahabat Rasulullah s.a.w

00:43:35 – KELEBIHAN PARA SAHABAT NABI S.A.W DIRAKAMKAN DI DALAM AL-QURAN

00:44:32 – Akidah Syiah Terhadap Al-Quran

00:44:47 – SYIAH MENDAKWA AL-QURAN TELAH DIPINDA OLEH SAHABAT

00:45:22 – Mushaf Fatimah Tiga Kali Ganda Dari al-Quran

00:47:43 – SYAHADAH ORANG SYIAH

00:47:53 – CARA ORANG SYIAH SOLAT

00:50:26 – NIKAH MUT’AH

00:51:14 – HUKUM NIKAH MUT’AH DI ANTARA SUNNI DAN SYIAH

00:51:36 –KES MUT’AH DI MALAYSIA

00:53:21 – FADHILAT MENANGISI KEMATIAN SAIDINA HUSEIN

00:53:52 – SAMBUTAN 10 MUHARRAM (ASYURA)

00:55:09 – PERAYAAN HARI ARBAIN

NOTA DARI “SLIDE”

1- 00:06:52 – Siapa Ahli Sunnah wal Jamaah? Golongan yang berada di atas manhaj baginda Nabi s.a.w serta para sahabat dalam masalah ikitikad (Syeikh Ali Gomaa)

2- 00:07:56 – FATWA MENGENAI AJARAN SYIAH Jawatankuasa fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 3 Mei 1996 seperti berikut : • Memansuhkan keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa pada 24 & 25 September 1984 yang menyatakan bahawa hanya mazhab Syi’ah dari golongan az-zaidiah dan ja’fariah yang diterima untuk diamalkan di Malaysia. • Menetapkan bahawa umat Islam dia Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah wal-Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak. Melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor bertarikh 17 Oktober 2013, fatwa sighah berkaitan ajran Syi’ah berbunyi: “Bahawa fahaman dan ajaran Syi’ah adalah bercanggah dan menyelewang daripada ajaran Islam yang sebenar menurut pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana mengandungi elemen-elemen yang bertentangan dengan Ahli Sunnah”.

3- 00:10:37 – FATWA PENGHARAMAN SYIAH DI NEGERI-NEGERI PERSEKUTUAN MALAYSIA

4- 00:10:52– Ulama’-ulama’ Yang Menyesatkan Syiah

5- 00:11:25 – Imam Malik – “Sesiapa yang memaki hamun Sahabat tidak ada bahagian untuknya dalam Islam”.

6- 0:11:40 – Imam Ahmad bin Hanbal – “Aku tidak rasa dia dari umat Islam”

7- 00:11:57 – Imam Syafie – “Tidak pernah aku melihat golongan yang menurut hawa nafsu yang lebih pembohong dari golongan Syi’ah.”

8- 00:12:06 – Imam as-Syafi’e – “al-Buwaiti mengatakan, aku bertanya kepada Imam as-Syafie, “Adakah harus aku solat di belakang seorang Rafidhi (Syiah)? Beliau menjawab: jangan kamu solat di belakang seorang Rafidhi, tidak juga Qadari, tidak juga Murji’. Sesiapa ang mengatakan iman itu dengan perkataaan (sahaja), maka dia adalah Murji’. Sesiapa yang megatakan Abu Bakar dan Umar kedua-duanya bukan imam maka ia Rafidhi. Dan sesiapa yang menjadikan kehendak (masyi’ah) kwmbali kepada dirinya sendiri maka ia Qadari” (Lihat Manaqib as-Syafi’ie, 1/433)

9- 00:12:07 – Imam al-Bukhari – “Sama sahaja bagiku sama ada aku bersembahyang di belakang al Jahmi atau Rafidhi (Syiah yang menolak Abu Bakar dan Umar), atau di belakang Yahudi atau Kristian. Mereka ini tidak perlu diberi salam, tidak perlu diziarahi ketika sakit, jangan dikahwini dan sembelihan mereka tidak halal dimakan”.

10- 00:12:55 – ADAKAH ANDA TAHU KEWUJUDAN KUMPULAN SYIAH DI MALAYSIA?

11 – 00:12:59 – SIAPA SYIAH? Mereka adalah orang-orang yang menyokong Sayyidina Ali secara khusus, dan berpendapat bahawa hanya Sayyidina Ali sahaja yang berhak menjadi Khalifah dengan ketetapan nash dan wasiat dari Rasulullah s.a.w, baik secara tersurat atau secara tersirat. Mereka berkeyakinan bahawa hak Imamah (menjadi pemimpin umat Islam) tidak selain dari ketutunan Ali.

12- 00:17:23 – Syiah – Pengikut yang mendakwa mencintai dan menyokong Saidina Ali dan Ahlul Bait. Mereka menganggap Abu Bakar dan Umar sebagai perampas jawatan imam daripada Ali r.a

13. 0:18:19 – Syiah Imamiyyah mempercayai 12 Imam dilantik secara berturutan:

• ‘Ali bin Abi Talib (wafat 40 H) • Hasan bin ‘Ali (wafat 50 H) • Husain bin ‘Ali (wafat 61 H) • ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Husain (wafat 94 H) • Muhammad al-Baqir bin Ali Zainal Abidin (wafat 117 H) • Ja’far as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir (wafat 148 H) • Musa al-Kazim bin Ja’far as-Sadiq (183 H) • ‘Ali ar-Ridha bin Musa Kazim (wafat 202 H) • Muhammad al-Jawaad bin ‘Ali ar-Ridha (wafat 220 H) • ‘Ali bin Muhammad al-Jawaad (wafat 254 H) • Hasan bin Ali al’-Askari (wafat 260 H) • Muhammad bin Hasan al’-Askari al-Mahdi (ghaib 260 H dipercayai oleh penganut Syi’ah akan muncul semula pada akhir zaman sebagai Imam Mahadi Al Mutazar)

14- 00:19:17 – NAMA-NAMA SYIAH • IMAMIYYAH ITHNA ASYARIAH • IMAMIAH • RAFIDAH • JAAFARIAH (Imam Jaafar as-Sadiq) • AHLUL BAIT

15- 00:20:30 – Syiah Imamiyyah Ithna Asyariah • Sumber mereka tidak sama dengan sumber Ahli Sunnah wal Jamaah

16- 00:20:59 – Definisi Sunnah Mengikut Sunni Dan Syiah Sunnah Mengikut Sunni Sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w sama ada perkataan, perbuatan atau pengakuan. Sunnah Mengikut Syiah Sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w atau Iimam-imam maksum (Imam 12)

17- 00:21:58 – Kitab Hadith Syiah • Al-Kafi – Pengarang – al-Kulaini • Man la Yahduruhul Faqih –Muhammad bin Babwaih al-Qummi • Tahzib Ahkam – a- Tusi • Istibsor – at-Tusi • Al-Wafi – Mulla Hasan Al Kasyani • Biharul Anwar – al Majlisi • Wasail Syiah – Hur al Amili • Mustadrak Wasail – at Tabrisi Untuk menilai iktikad Syiah, hendaklah dirujuk kepada kitab-kitab ini Bukannya mendengar penjelasan ulama’-ulama’ Syiah kerana mereka bijak bertaqiyah

18- 00:23:25 – Kitab Tafsir Syiah

19- 00:23:43 – Akidah Syiah • Imamah dan Walayah • Mengkafirkan Sahabat • Menghina isteri-isteri Nabi Muhammad • Tahrif al-Quran • Mut’ah • Taqiyah

20- 00:24:41 – DOKTRIN UTAMA SYIAH • Doktrin yang paling utama Syiah terletak pada konsep Imamah (kepimpinan umat sesudah Nabi) • Hampir semua ajaran Syiah, baik ushul (akidah) maupun furu’ (syariah), selalu dikaitkan dengan imamah.

21- 00:25:45 – RUKUN IMAN SUNNI & SYIAH

RUKUN IMAN SUNNI ADA ENAM, IAITU 1. Beriman kepada Allah 2. Para malaikat-Nya 3. Kitab-kitab-Nya 4. Para rasul-Nya 5. Hari akhir 6. Qadha’ dan Qadar

RUKUN IMAN SYIAH ADA LIMA IAITU, 1. Tauhid 2. Nubuwwah 3. Al-‘Adlu (keadilan) 4. Al-Ma’ad (akhirat) 5. Imamah

22- 00:25:51 – RUKUN ISLAM SUNNI & SYIAH

RUKUN ISLAM SUNNI ADA LIMA IAITU, 1. Syahadatain 2. Solat 3. Puasa 4. Zakat 5. Haji

RUKUN ISLAM SYIAH ADA LIMA IAITU, 1. Solat 2. Puasa 3. Zakat 4. Haji 5. Wilayah (pemihakan terhadap kepimpinan Ali dan anak cucunya)

23- 00:27:07 – Petikan Dari Kitab “Usul Kafi” – Rukun Islam Syiah 1 – Kulaini meriwayatkan daripada Fudhail daripada Abi Jaafar a.s kata beliau: “Islam ditegakkan di atas lima perkara; sembahyang, puasa, zakat, haji dan walayah. Tidak ada satu pun daripada rukun-rukun tersebut yang diseru sebagaimanana seruan yang diberikan kepada al-Walayah. Lalu manusia mengambil keempat-empatnya dan meninggalkan ini, iaitu walayah. (al Kulaini al Usul Min al Kafi, jilid 2 hal 20)

24- 00:27:57 – IMAN TIDAK AKAN TERHASIL MELAINKAN MELALUI PERANTARAAN WALAYAH ALI DAN KETURUNANNYA YANG MAKSUM LAGI SUCI (A.S) BAHKAN IMAN KEPADA ALLAH DAN RASULNYA TIDAK AKAN DITERIMA TANPA WALAYAH 00:29:07 – IMAMIYYAH DAN WALAYAH Sebuah kepercayaan bahawa imam-imam dua belas itu dilantik berdasarkan nas dari Alllah. Mereka adalah maksum terpelihara daripada dosa kecil dan besar serta terpelihara dari lupa dan lalai.

25- 00:29:43 – IMAM-IMAM SYI’AH 1. ‘Ali bin Abi Talib (wafat 40 H) 2. Hasan bin ‘Ali (wafat 50 H) 3. Husain bin ‘Ali (wafat 61 H) 4. ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Husain (wafat 94 H) 5. Muhammad al-Baqir bin Ali Zainal Abidin (wafat 117 H) 6. Ja’far as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir (wafat 148 H) 7. Musa al-Kazim bin Ja’far as-Sadiq (183 H) 8. ‘Ali ar-Ridha bin Musa Kazim (wafat 202 H) 9. Muhammad al-Jawaad bin ‘Ali ar-Ridha (wafat 220 H) 10. ‘Ali bin Muhammad al-Jawaad (wafat 254 H) 11. Hasan bin Ali al’-Askari (wafat 260 H) 12. Muhammad bin Hasan al’-Askari al-Mahdi (ghaib)

26- 00:31:34 – Petikan Dari Usul al-Kafi – Imam tahu bila akan mati dan boleh pilih untuk mati atau tidak! Bab – Para imam mengetahui bila mereka akan mati dan mereka tidak akan mati kecuali dengan pilihan mereka sendiri –( Usul al-Kafi ms 153)

27- 00:32:19 – IMAM LEBIH TINGGI DAJAT DARI MALAIKAT DAN RASUL

28- 00:32:55 – MAQAM IMAM LEBIH TINGGI DARIPADA PARA NABI

29- 00:33:10 – HUKUM MENGINGKARI IMAMAH Sesungguhnya imam itu mempunyai kedudukan yang terpuji yang tidak sampai kepadanya malaikat yang hampir kepada Allah dan nabi lagi rasul

30- 00:36:32 – MAHDI SYI’AH HUKUM ‘AISYAH

31- 00:36:56 – KELEBIHAN UMMUL MU’MININ SAIDATINA AISYAH R.A (MENURUT SUNNI) Hadith Amru bin al-As r.a: Rasulullah s.a.w mengutuskan beliau iaitu Abu Bakar r.a untu menghadapi tentera Zatu al-Salasil. Aku bertanya baginda, “Siapa orang yang paling dicintai?”. Rasulullah menjawab: “Aisyah”. Aku bertanya: “Siapakah pula dari orang lelaki?”. Baginda s.a.w menjawab: “Ayahnya iaitu Abu Bakar r.a”. Aku bertanya lagi. Baginda s.a.w menjawab: “Umar. Selepas itu Rasulullah s.a.w membilang nama beberapa orang Sahabat yang lain. (Hadith Riwayat Muslim)

32- 00:38:23 – SYIAH KATA SAHABAT-SAHABAT TELAH MURTAD 341: Daripada Abi Jaafar, “Semua manusia (Sahabat) telah murtad selepas kewafatan Nabi s.a.w melainkan tiga orang. Aku bertanya, “Siapakah mereka bertiga?” Lalu jawabnya, “Miqdad bin Aswad, Abu Zar al-Ghifari dan Salman al-Farisi”. Kata al-Jazairi: “Semua sahabat telah murtad setelah kewafatan Nabi s.a.w kecuali 4 orang: Salman al-Farisi, Abu Zar al-Ghifari, Miqdad bin al-Aswad dan ‘Ammar bin Yasir”

33- 00:39:29 – MEMBENCI TIGA KHULAFA AWAL PENYEBAB MASUK SYURGA

34- 00:41:07 – Abdullah Hasan – Tokoh Syiah Kedah – “Sahabat tidak kafir tetapi mereka hanya ingkar Perintah Rasul”

35- 00:43:35 – KELEBIHAN PARA SAHABAT NABI S.A.W DIRAKAMKAN DI DALAM AL-QURAN “Maksudnya: “Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dari Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik Allah redha kepada mereka dan menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, itulah kemenangan yang besar” (At-Taubah: 100)

36- 00:44:32 – Akidah Syiah Terhadap Al-Quran – Al-Quran tidak sempurna dan tidak lengkap kerana telah diubah oleh para Sahabat.

37- 00:44:47 – SYIAH MENDAKWA AL-QURAN TELAH DIPINDA OLEH SAHABAT Al-Quran yang ada di tangan umat Islam hari ini sudah diubah, ditokok tambah dan diselewengkan olegh Sahabat. Sayyid Ni’matullah al-Jazaairi di dalam kitabnya al-Anwar an-Nu’maniyyah berkata: “Sesungguhnya tokoh-tokoh Syi’ah telah sepakat tentang sahihnya hadith-hadith yang sampai ke peringkat mutawaatir yang menunjukkan dengan jelas tentang berlakunya penyelewengan terhadap al-Quran” (Fashlul Khitab Fi Tahrif Kitabi Rabbil Arbab m.s 31)

38- 00:45:22 – Tahukah kamu apa itu Mushaf Fatimah? Mushaf itu sama seperti Al Quran tetapi ia tiga kali ganda saiz al Quran kamu ini

39- 00:47:43 – SYAHADAH ORANG SYIAH

40- 00:47:53 – CARA ORANG SYIAH SOLAT

41- 00:50:26 – NIKAH MUT’AH • Pernikahan untuk keseronokan atau sigheh, adalah perkahwinan bagi tempoh masa tertentu, yang menurut mazhab Syi’ah, adalah perkahwinan bagi masa yang telah ditetapkan, dan selepas itu, ikatan perkahwinan tersebut terlerai. • Contohnya, seorang lelaki melakukan perkahwinan dengan akad nikah seperti berikut, “Aku mengahwinimu selama satu bulan atau satu tahun”. Kemudian wanita itu menjawab, “Aku terima”. Itu adalah takrif perkahwinan mut’ah mengikut jumhur ulama’.

42- 00:51:14 – HUKUM NIKAH MUT’AH DI ANTARA SUNNI DAN SYIAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH Mengharamkan mut’ah dan menyamakannya dengan perbuatan zina. SYI’AH Menghalalkan mut’ah khususnya untuk mempengaruhi orang mengimani fahaman Syi’ah

43- 00:51:36 –KES MUT’AH DI MALAYSIA • SUHANA, 34 • 2 TAHUN JADI SYIAH • PERNAH MUT’AH 3 KALI • KALI 1 – 4 BULAN, KALI 2 – 3 MINGGU, KALI 3 – 2 BULAN • SUDAH BERTAUBAT

44- 00:53:21 – FADHILAT MENANGISI KEMATIAN SAIDINA HUSEIN

45- 00:53:52 – SAMBUTAN 10 MUHARRAM (ASYURA)

46- 00:55:09 – PERAYAAN HARI ARBAIN

[WEBINAR] GERAKAN SYIAH – API DALAM SEKAM

VIDEO – GERAKAN SYIAH – API DALAM SEKAM

GERAKAN SYIAH – API DALAM SEKAM – DR MOHAMMED FAIROOZ BIN MOHAMED FATHILAH

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1. 2:10 – Fatwa Tentang Ajaran Syiah

2. 5:00 – Taktik Gerakan Syiah Kini Berubah

3. 10:09 – Perkembangan Syiah Di Malaysia

4. 10:41 – Iktikad Syiah

5. 13:47 – 61 Ritual Syiah Dalam Setahun

6. 14:37 – Berapa Ramai Penganut Syiah Di Malaysia?

7. 17:28 – Kumpulan-kumpulan Syiah

8. 17:49 – Firqah Syiah Yang Menguasai Pentas Dunia

9. 19:00 – Kumpulan Syiah Di Malaysia

10. 27:55 – Hauzah (Husainiah) Syiah

11. 29:07 – Perkembangan Syiah Di Malaysia

12. 29:42 – Modus Operandi Syiah Di Malaysia

13. 30:46 – Syiah Mendakwa Mendapat Pengiktirafan Dunia

14. 34:06 – Menganalisis Isu-isu Global

15. 39:05 – Pengaruh Syiah Menyusup Menerusi Novel Sastera

16. 39:41 – Syiah Membuat Perakuan Sumpah

17. 41:35 – Taqrib Antara Sunni Dan Syiah: Khayalan Atau Realiti? [Kenyataan Dr Yusuf al-Qardhawi Tentang Syiah Dan Usaha Taqrib]

18. 47:26 – Penyebaran Syiah Melalui Media Massa [Senarai Buku Propaganda Syiah Yang Bahaya]

19. 51:49 – Penyebaran Ajaran Syiah Melalui Perkahwinan

20. 58:37 – Khuttoh Khosiniah (Rancangan 50 Tahun Iran)

21. 1:02:59 – Sambutan Hari al-Quds

22. 1:03:37 – Street Dakwah “Who Is Hussain”

23: 1:04:07 – Program-program Lain Kumpulan Syiah

24: 1:05:00 – Tangkapan Dan Serbuan Ke Atas Hauzah Syiah

25. 1:06:47 – Faktor-faktor Mengapa Masyarakat Terpengaruh Dengan Ajaran Syiah

26. 1:10:35 – Strategi Syiah

27. 1:16:39 – Strategi Melawan Propaganda Syiah

28. 1:20:49 – Statistik Tangkapan 2010-2018

29. 1:22:50 – Potensi Ancaman Syiah

30. 1:28:46 – Cabaran

31. 1:30:19 – Adakah Syiah Merupakan Ancaman?

SINOPSIS

1. 2:10 – FATWA SYIAH

Warta Kerajaan Negeri Selangor (Bertarikh 17 Oktober 2013)
Fatwa Sighah Berkaitan Ajaran Syiah di Negeri Selangor yang berbunyi:

“Bahawa fahaman dan ajaran Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar menurut pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana mengandungi elemen-elemen yang bertentangan dengan Ahli Sunnah. Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor memutuskan sesiapa yang terlibat dengan ajaran Syiah ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa di Negeri Selangor”

2• 5:00 – TAKTIK GERAKAN SYIAH BERUBAH

Hauzah sebagai pusat aktiviti, bergerak dalam skala yang kecil iaitu sekitar 10-11 orang

3. 10:09 – PERKEMBANGAN SYIAH MALAYSIA

JAIS mengesan wujud pertambahan pusat kegiatan bagi pengikut ajaran Syiah di sekitar Selangor. 14-15 hauzah di Selangor.

4. 10:41 – I’TIKAD SYIAH

• Ahli Sunnah Adalah Kafir
• Melaknat Isteri-isteri Nabi
• Melaknat Para Sahabat Nabi
• Meyakini al-Quran Telah diubah
• Imam-imam Adalah Sama Taraf Dengan Allah
• Ali Berkuasa Untuk Memasukkan Seseorang Ke Syurga Atau Ke Neraka

5- 13:47 – SYIAH MEMPUNYAI 61 RITUAL DALAM SETAHUN, ANTARANYA:

• Hari Karbala
• Hari Arbaeen
• Hari Ghadir Khum
• Hari Fatimah az-Zahra
• Hari kematian Aisyah, Umar dll
• Hari al-Quds Sedunia

6. 17:28 – KUMPULAN-KUMPULAN SYIAH

• Syiah Zaidiah
• Syiah Imamiah
• Syiah Isma’iliyah

7. 17:49 – FIRQAH SYIAH YANG MENGUASAI PENTAS DUNIA

• Syiah Imamiyyah
• Syiah an-Nusayriyah/Alawiyiin
• Syiah al-Jarudiyyah

8- 19:00 – KUMPULAN SYIAH DI MALAYSIA

• Taiyibi Dawoodi Bohra
• Agha Khan
• Ansarul Imam Mahdi / Yamani
• Imamiyyyah / Ja’fariah / Ithna ‘Asyariah

9- SYIAH TAIYIBI BOHRA (DAWOOD BOHRA)

• Kumpulan ini berasal dari India. Di Malaysia, ianya dikenali dengan golongan yang memiliki kedai Bombay. Kumpulan yang berpusat di Daerah Klang ini mempunyai tanah perkuburan dan masjidnya sendiri.

10- SYIAH ISMAILIYYAH (AGHA KHAN)

• Dikenali dengan nama kedai Peerbhai yang bergerak di No. 8, Jalan Taban, Taman Lucky, Kuala .Lumpur dan di 121, Penang Street, Pulau Pinang. Jumlah pengikut lebih kurang 80-100 orang, berketurunan Pakistan.

11. SYIAH IMAMIYYAH / ITSNA ASYARIYAH (IMAM DUA BELAS) / SYIAH JA’FARIYYAH / AHLUL BAYT

• Kumpulan Syiah ini dipercayai mula bertapak di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran pada tahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman kumpulan ini menular ke negara ini melalui bahan-bahan bacaan dan orang perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran.
• Markaz-markaz utama kumpulan ini terletak di Pendang Kedah, Taman Sri Gombak Selangor dan Ulu Tiram, Johor Baharu.

12. SYIAH AL-YAMANI / ANSAR AL-MAHDI

• Kumpulan ini turut dihukum sesat oleh golongan Imamiyyah sendiri. Kumpulan ini aktif menghadiri kursus-kursus khas di luar negara dan hasilnya tertubuhlah markaz mereka yang pertama di Klang, Selangor pada 23 Jun 2013. Kumpulan ini mempercayai Imam al-Mahdi terdiri daripada 12 orang. Imam al-Mahdi yang pertama telah pun lahir iaitu Ahmad bin al-Hasan.

• Kumpulan ini hanya percaya Ahmad al-Hasan (yang masih hidup sekarang ini) sebagai Imam Mahdi mereka dan 12 Mahdi selepas Imam Mahdi sekarang. Takrifan maksum mereka sedikit berbeza daripada Syiah Imamiah manakala dari segi usul agama dan rukun Islam pula, mereka sama sahaja, malah dalil 12 Mahdi selepas Mahdi itu juga adalah daripada kitab-kitab Syiah.

• Pecahan terjadi hasil kecelaruan dalam kitab Syi’ah sendiri. Akibat kecelaruan periwayatan dalam kitab Syi’ah akhirnya membuat mereka berpecah dengan tafsiran masing-masing yang membawa pada munculnya berpuluh-puluh mazhab dari setiap generasi zaman-berzaman.

• Syiah Al-Yamani adalaah pecahan daripada Syiah Imamiah / Ja’fariah

• Mereka mempercayai Imam al-Mahdi telah muncul iaitu IMAM AHMAD AL-HASAN AL-YAMANI (kini berusia 50 tahun)

• Mempunyai bendera tersendiri, menghalalkan darah individu yang tidak berbaiah kepada Imam al-Mahdi

• Kini menunggu pengisytiharan jihad oleh Imam al-Mahdi

13- 27:55 – HAUZAH / HUSAINIAH SYIAH

Pemantauan mendapati terdapat peningkatan bilangan Hauzah/Husainiah Syiah di seluruh negara;

Tahun 2016 – 31 buah
Tahun 2017 – 33 buah
Tahun 2018 – 35 buah

Imamiah/ Ja’fariah – 26 buah
Taiyibi Dawoodi Bohra – 4 buah
Ansarul Imam al-Mahdi / Yamani – 2 buah
Agha Khan – 3 buah

14 – 29:07 – PERKEMBANGAN SYIAH DI MALAYSIA

SYIAH IMAMIYAH/ JAFARIYAH/ RAFIDAH/ AHLUL BAIT
• HAUZAH AR-RIDHA
• HEI’AT INTIZARUL MAHDI (HIM), KG CHANGKAT, GOMBAK

15- 29:42 – INDOKTRINASI SYIAH (MODUS OPERANDI PENYEBARAN SYIAH DI MALAYSIA)

DAKWA SYIAHLAH ASWJ KERANA IKUT AHLIL BAIT

Pada 6 Jun 2011, Majlis Syiah Malaysia dalam memorandum kepada Yang di-Dipertuan Agong dan Perdana Menteri Malaysia mengaku bahawa mereka ASWJ kerana mengikut al-Quran dan Sunnah & Kepimpinan Ahlul Bayt sebaliknya ASWJ adalah nawasib yang benci kepada Ahlul Bayt dan mazhab Alussunnah wal-Jamaah.

30:46 – SYIAH MENDAKWA DAPAT PENGIKTIRAFAN DUNIA –

  • Golongan Syiah mendakwa diiktiraf oleh ulama’ Islam sebagai mazhab yang sah di peringkat dunia melalui “Amman Message” 2005.
  • (Catitan: Amman Message memberi syarat supaya Syiah berhenti melaknat Sahabat-sahabat rhum sekiranya ingin diiktiraf sebagai sebuah mazhab. Syarat ini tidak pernah dilaksanakan oleh Syiah!)

-Pada bulan Ogos-Oktober 2012 tersebar iklan yang mempromosikan Syiah sebagai mazhab yang sah oleh beberapa stesen radio swasta dan ditaja oleh syarikat penjual air minuman ECPI.

34:06 – MENGANALISIS ISU-ISU GLOBAL

39:05 – MENYUSUP MENERUSI NOVEL SASTERA

  • Contohnya Novel karya Faizal Tehrani – Perempuan Nan Bercinta • Mempertikai Sayyidina Abu Hurairah r.a dan hadith sahih
    • Mempertikai kredibiliti Sayyidah ‘Aisyah r.a
    • Menuduh hadith-hadith keutamaan para sahabat hanyalah rekaan sunni
    • Menghina Khulafa’ al-Rasyidin
    • Menghina Mazhab Ahli Sunnah wal-Jamaah (Asya’irah-Maturidiyyah)

39:41 – MEMBUAT PERAKUAN SUMPAH

  • Menubuhkan NGO-NGO untuk menyebarkan lagi sayap ajaran mereka
  • Mula membuat hubungan dengan NGO-NGO Islam
  • Turut serta dalam program bantuan kemanusiaan.

16- 41:35 – TAQRIB ANTARA SUNNI DAN SYIAH – KHAYALAN ATAU REALITI?

[ Kenyataan Dr. Yusuf al-Qardhawi Tentang Syiah Dan Tentang Usaha Taqrib Di Antara Sunni Dan Syiah ]

17- 47:26 – PENYEBARAN AJARAN SYIAH MELALUI MEDIA MASSA

18- 47:26 PENYEBARAN AJARAN SYIAH MELALUI MEDIA MASSA

• Facebook
• Group WhatsApp
• Group Telegram (contoh Muhammadi TV, Anwarul Huda)
• YouTube

19- 47:26 – Buku-buku propaganda Syiah (Buku rujukan Syiah Melayu)

• “Meniti Titian Kebenaran”
• “Dialog Sunnah Syiah”
• “Saqifah Awal Perselsihan Umat”
• “Akhirnya Kutemukan Kebenaran”

20- 51:49 – DISEBARKAN MENERUSI PERKAHWINAN

• Terdapat kes penganut Sunni yang berkahwin dengan penganut Syiah tanpa sedar
• Terdapat kes salah seorang pasangan telah menganut Syiah yang akhirnya membawa kepada perceraian dan pasangan yang beragama Syiah berusaha menarik anak-anak menganut Syiah.

21- 51:46 – KES ISTERI MASUK SYIAH

• Di Kedah, Cikgu SxxxxN, 47
• Ceraikan isteri selepas isteri mengugutnya untuk bermut’ah jika tidak diceraikan.
• Akhirnya si isteri telah berkahwin dengan guru Syiahnya

22. LAIN-LAIN KES

• Dr Rina – pensyarah salah sebuah institusi pengajian tinggi

23 56:13 KECENDERUNGAN TOKOH-TOKOH MASYARAKAT MEMPERTAHANKAN SYIAH

24. 58:37 – KHUTTOH KHOMSINIAH (RANCANGAN 50 TAHUN IRAN)

“Khuttoh khomsiniah” atau langkah 50 merupakan pelan strategik yang dirangka oleh Iran bagi menguasai negara-negara Arab dalam masa 50 tahun. Pelan ini diperkenalkan oleh Khomeini dan merupakan pelan rahsia yang direkodkan dan disimpan di Iran. Namun begitu, pelan ini tidak begitu berjaya dilaksanakan kerana kuatnya penentangan negara-negara Arab terhadap ajaran Syiah.

Lima Peringkat atau Marhalah yang diperkenalkan dalam pelan tersebut iaitu:
• Marhalah pertama ialah memperkenalkan fahaman Syiah kepada masyarakat tempatan.
• Marhalah kedua memberi bantuan sama ada dalam bentuk kewangan atau pekerjaan kepada masyarakat Islam setempat bagi mendapatkan kepercayaan dan menarik minat mereka mendalami ajaran Syiah
• Marhalah ketiga memfokuskan kepada memberi pendidikan dan pelajaran mengenai Syiah melalui ceramah dan biasiswa melanjutkan pelajaran ke Iran.
• Marhalah keempat adalah menguasai jawatan-jawatan penting dalam kerajaan melalui pilihan raya atau apa jua cara.
• Marhalah kelima adalah penguasaan penuh ke atas negara tersebut.

25– 1:02:59 – SAMBUTAN HARI AL-QUDS 2018

26- 1:03:37 – STREET DAKWAH “WHO IS HUSSAIN?”

• Merupakan dakyah halus penyebaran serta melihat sejauh mana reaksi masyarakat dan kerajaan
• Dua pertubuhan komuniti Syiah warga asing (Pakistan) iaitu al-Mawaddah Center dan Baab Ul-Hidayah ada hubungan dengan Syiah tempatan dan dari semakan dengan Pendaftar Pertubuhan ianya tidak berdaftar.

27 – 1:04:07 – PROGRAM-PROGRAM LAIN KUMPULAN SYIAH

Daurah dan Seminar

28– 1:05:00 – TANGKAPAN DAN SERBUAN

29- 1:06:47 – FAKTOR-FAKTOR MENGAPA MASYARAKAT TERPENGARUH DENGAN AJARAN SYIAH

• Jahil tentang akidah dan prinsip-prinsip Islam yang benar.
• Jahil tentang akidah dan prinsip-prinsip fahaman Syiah yang menyimpang
• Jahil dengan dakyah syiah melalui media massa, media sosial, buku-buku termasuk novel-novel
• Jahil tentang realiti di negara yang majoriti penduduknya Syi’ah. Contoh: di Iran, tidak terdapat satu pun masjid ahlussunnah wal-jamaah.
• Terhutang budi kerana menerima bantuan dan kemudahan daripada golongan Syiah.
• Anggap Iran dan para pemimpinnya sebagai model pemerintahan Islam.

30- 1:10:35 – STRATEGI SYIAH

• Menyerap masuk ke dalam gerakan-gerakan Islam (termasuk tarekat-tarekat dan NGO-NGO) dengan tujuan untuk menguasai pucuk pimpinan dan melemahkan gerakan ini dari dalam.
• Menyerap masuk dan mendominasi dalam pertubuhan-pertubuhan politik Melayu/Islam dengan tujuan yang sama.
• Menyerap masuk dalam agensi-agensi kerajaan, institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) dan organisasi-organisasi kritikal dengan tujuan yang sama.
• Mengenal pasti dan melatih kader-kader yang berpotensi (pengaruh, kuasa, sumber dan kemahiran tertentu).
• Mempergiatkan usaha mendapatkan pengiktirafan daripada satu institusi tertinggi pemerintahan negara.
• Mewujudkan jaringan kerja bersama badan-badan lain yang memliki agenda anti-Islam tetapi bertopengkan imej “baik”
• Menggalakkan rakyat Iran berideologi Syiah untuk belajar/bekerja/berkahwin dengan rakyat tempatan di Malaysia.
• Memperbanyakkan penerbitan. Penterjemahan, input dalam media sosial, produk-produk rawatan, perubatan tradisional dan penyediaan makan/minum yang menjadi alat pengaruh Syiah.
• Menarik generasi muda menerusi pendekatan intelektual dan kontemporari.
• Mencari golongan-golongan yang menghadapi masalah ekonomi dan sosial untuk ditambat hati mereka dengan bantuan.
• Menggunakan taqiyyah tanpa had demi agenda Syiah.
• Mempunyai kod bahasa dan pakaian tersendiri.
• Mewujudkan lubuk-lubuk pengaruh di negeri-negeri terpilih, IPT-IPT terpilih, hotel-hotel terpilih dan tumpuan citarasa terpilih.
• Menunggu saat-saat strategik untuk guna slogan hak asasi manusia sebagai serangan halus terhadap mana-mana pihak yang anti-Syiah
• Jika perlu, mereka menggunakan operasi hitam untuk menggugat mana-mana pihak yang dianggap boleh menggagalkan agenda Syiah.

31- 1:16:39 – STRATEGI MELAWAN PROPAGANDA SYIAH

Strategi 1 : Fatwa pengharaman Syiah
Strategi 2 : Peruntukan undang-undang
Strategi 3 : Cybertrooper
Strategi 4 : Ceramah umum
Strategi 5 : Jaringan kerjasama
Strategi 6 : Pendanaan
Strategi 7 : Penubuhan kumpulan mendepani ajaran Syiah
Strategi 8 : Kajian berterusan dan penerbitan
Strategi 9 : Tokoh masyarakat
Strategi 10 : Pemantauan

32 – 1:20:49 – STATISTIK TANGKAPAN 2010-2018

33 – 1:22:50 – POTENSI ANCAMAN SYIAH

• Konflik antara ASWJ dan Syiah telah lama tercetus
• Berpotensi mendatangkan ancaman apabila Syiah menjadi satu kuasa yang dominan dalam sesebuah negara
• Sensitiviti masyarakat ASWJ negara kita yang resah/gusar dengan kehadiran komuniti yang sering menghina sahabat, isteri Nabi (Aisyah) dll
• Kajian dan pemerhatian negara-negara yang mempunyai penduduk Syiah – Afganistan, Pakistan, Iraq, Syria
• Tragedi Sampang, Indonesia

34- 1:28:46 – CABARAN

  • Pemantauan mendapati ada usaha untuk menyatupadukan komuniti Syiah di bawah satu pimpinan
  • Kaedah Penyebaran – tidak lagi bergantung kepada usaha dakwah semata-mata, perkembangan teknologi maklumat, seperti media massa, telah dipergunakan sebaiknya
  • Penyebaran juga dilakukan melalui gerakan NGO kemasyarakatan.

35 –1:30:19 – ADAKAH SYIAH MENRUPAKAN ANCAMAN?

Syiah adalah satu ancaman!