Mengapa Amerika Tidak Menyerang Iran?


Soalan Kepada Konsultasi Eramuslim.com

Assalamualaikum, w.b.t,

Saya Mohd Samsuddin bin Harun dari Malaysia, ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Eramuslim.com kerana banyak menyiarkan informasi yang sangat bermanfaat. Sebahagian maklumat di sini saya muatkan dalam blog saya: http://www.tenteradajjal.blogspot.com. Mohon keizinan dari admin dan moderator.

Saya ada beberapa soalan:

1. Benarkah CIA terlibat dalam Revolusi Iran untuk meletakkan Khomeini di puncak kuasa selepas Shah Jehan di Iran.

2. Apakah hubungan sebenar Iran dengan Amerika dan Yahudi? Mengapa Amerika tidak memilih perang sebagai solusi utama untuk berhadapan dengan Iran?

3. Benarkah kelompok bergaris keras di Iran memiliki hubungan dengan komunis terutama KGB Russia. Sebagaimana kita ketahui Russia dan China merupakan pembekal bahan nuklear dan rakan kongsi Iran dalam pembangunan aktiviti nuklear Iran.

Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak eramuslim.com yang sedia memberi perhatian terhadap soalan saya ini.

Jawaban (Dialih bahasa oleh – https://darulkautsar.wordpress.com/ )

Wa’alaikumusalam warahmatullahi wabarakatuh,

Semoga Allah s.w.t senantiasa memberikan rahmat dan hidayahNya kepada anda dan keluarga. Saya akan terus menjawab soalan-soalan dari anda tersebut. Pertama, adalah satu fakta bahawa CIA selalu terlibat dalam berbagai rampasan kuasa dan penggantian pemimpin di seluruh dunia. Dalam kes Khomeini yang dikatakan “memimpin” revolusi dari tempat perlindungannya di Perancis, adalah sukar dibayangkan bahawa CIA tidak terlibat, kerana Perancis dengan Amerika itu adalah dalam satu blok, satu persepakatan dalam mencipta “The New World Order” sejak dari dulu lagi. Oleh itu, CIA pasti terlibat di dalamnya walaupun sedikit. Semasa pemerintahannya, Iran didapati pernah berbaik-baik secara rahsia dengan Amerika seperti yang berlaku dalam skandal Iran-Contra. Di dalam kes ini sudah tentu CIA memainkan peranannya.

Kedua, pemerintah Iran lebih mesra dengan penduduk beragama Yahudi berbanding umat Islam Sunni. Saya pernah bertukar fikiran dengan salah seorang aktivis Jaringan Islam Liberal (JIL) dari cawangan NU di Jawa Tengah beberapa tahun lalu yang pernah dipelawa oleh Kedutaan Besar Iran di Indonesia untuk mengunjungi Teheran, Ibu Negara Iran. Dia memberitahu bahawa di Teheran, tidak ada sebuah pun masjid kaum sunni yang dibenarkan, tetapi jumlah “sinagog” – rumah ibadat Yahudi – di Teheran ada lebih 45 buah.

Cerita-cerita tegangnya hubungan Amerika Syarikat dengan Iran kerana isu nuklear sudah lama timbul. Tetapi saya berasa pelik mengapa Amerika Syarikat kelihatan begitu mesra dan anehnya, memilih jalan diplomasi dengan Iran. Sebaliknya, bila berhadapan dengan negara-negara Islam yang lain, yang ancamannya jauh lebih kecil berbanding Iran, seperti Irak dan Afghanistan, Amerika Syarikat tidak langsung berkompromi.

Bertahun-tahun Ameriaka Syarikat dan Iran berperang mulut, tetapi ianya setakat itu sahaja. Saya syak ianya hanya sebuah sandiwara politik peringkat tertinggi dengan tujuan untuk mengangkat Iran sebagai ikon dunia Islam dalam isu menentang Amerika. Yang pasti, Iran adalah sebuah ikon tiruan!

Perhubungan erat Syiah dengan Yahudi sebenarnya sudah lama terjalin dalam lipatan sejarah. Malah pengasas ajaran Syiah, Abdullah bin Saba’, adalah seorang Yahudi dari Yaman. Dalam perang salib, Syiah berkerjasama pula dengan tentera salib. Disebutkan bahawa ketika Paus Urbanus II menyiapkan pasukan perang salib di Eropah untuk menyerang Jerusalem, tentera Syiah Fatimiyah terlebih dahulu menyerang Jerusalem dan meyembelih umat Islam sunni Dinasti Abbasiah yang menguasai kota suci itu. Jerusalem jatuh ke tangan Syiah Fathmiah setahun sebelum kedatangan tentera salib pada tahun 1099.

Carole Hillenbrand, Professor Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Universiti Edinburgh, dalam bukunya yang tebal berjudul “Perang Salib: Dari Pandangan Islam” (Pada tahun 1999 dianugerahkan “The King Faisal International Prize for Islamic Studies”) menulis tentang peristiwa ini. Menurut Hillenbrand, pasukan Syiah Fathimiyah telah berganding bahu merebut Jerusalem dari tangan ahli sunnah, Dinasti Abbasiah, dan pertempuran yang berlaku semasa pasukan salib pimpinan Godfroi de Bouillon tiba di Jerusalem pada tahun 1099, adalah hanya pertempuran kecil untuk mengabui konspirasi peringkat tinggi itu.

Ketiga, tentang kerjasama di antara golongan pelampau Syiah Iran dengan kerajaan komunis Rusia dan Cina, ianya boleh jadi wujud. Dalam “kerjasama” peringkat tinggi, isme-isme selain Islam sesungguhnya adalah merupakan ciptaan mereka juga. Revolusi Bolshevik yang diketuai Lenin-Stalin terbukti dibiayai oleh Yahudi dan Amerika. Datuk kepada George W Bush terlibat dalam revolusi ini. Oleh itu, sama ada Marxis ataupun kapitalisme, mereka memiliki induk yang sama, iaitu Yahudi.

Objektif Yahudi ialah menghancurkan semua agama samawi. Dahulunya, pengikut Nabi Musa a.s. disesatkan oleh seorang Yahudi bernama Samiri dan membuang Taurat Nabi Musa dan menggantikannya dengan Talmud yang berasal dari ajaran ilmu sihir Mesir kuno bernama Kabbalah. Yahudi memusuhi dan memerangi semua nabi Allah. Ketika Allah s.w.t menurunkan Nabi Isa a.s. untuk mengembalikan umat Musa a.s. kepada Tauratnya, pendeta Yahudi bernama Sanhendrin memusuhinya dan mereka mengutuskan Paulus—Yahudi dari Tarsus—untuk memesongkan ajaran Nabi Isa a.s. sehingga jadilah ajaran Baginda seperti sekarang ini.

Mereka juga hendak menghancurkan Islam dengan menyusupkan Abdullah bin Saba’, seorang Yahudi dari Yaman. Sebelum kedatangan Abdullah bin Saba’, Islam hanya satu, tidak ada istilah Sunni dan Syiah. Namun oleh kerana angkara Yahudi ini maka Islam sekarang berpecah kepada dua kelompok besar, Sunni dan Syiah. Hakikatnya, ini adalah salah. Islam adalah Islam dan selain dari itu bukan Islam.

Ini saja penjelasan dari saya. Wallahu’alam bishawab. Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sumber: http://www.eramuslim.com/konsultasi/konspirasi/mengapa-amerika-tidak-memilih-serangan-untuk-iran.htm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s