[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi – 4m 14s] – Kesesatan syi’ah melakukan ritual di “Ka’bah” mereka di Iran !!
RITUAL HAJI YANG SESAT
Penganut Syiah menyeru “Ali” dan bukannya “Allah” semasa melakukan ibadat Haji. Pada mereka Ali adalah tuhan di samping Allah!
VIDEO – Haji Sunni VS Haji Syiah
Perbezaan di antara cara Ahli Sunnah dan Syiah menunaikan ibadat haji
TALBIYAH
AHLI SUNNAH
Aku penuhi panggilan Mu, ya Allah,
Tidak ada sekutu bagi Mu, aku penuhi panggilan Mu
Sesungguhnya segala puji, nikmat dan kerajaan bagi Mu
Tidak ada sekutu bagi Mu
SYIAH– Aku penuhi panggilan mu ya Husain
Aku penuhi panggilan mu ya Husain
BERZIKIR
AHLI SUNNAH
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar (Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar)
Tiada Tuhan selain Allah
SYIAH
Di depan Baitullah pun mereka berzikir kepada makhluk, bukan kepada Allah. Mereka memanggil Ali dengan suara keras. Sikap berlebihan (“ghuluw”) membuatkan Saidina Ali r.a. menghukum nenek moyang Syiah, pengasasnya Abdullah Bin Saba’. Jika Saidina Ali r.a. masih hidup, mungkin penganut Syiah akan bernasib sama seperti nenek moyang mereka.
Syiah juga berteriak menganggu jemaah lain di terowong Mina. Kalau terjadi pergaduhan kerana kemarahan jemaah lain, Syiah akan mengatakan ianya terjadi tanpa sebab sedangkan merekalah puncanya.
Di luar terowong Mina pun mereka berzikir kepada selain Allah. Adakah Nabi s.a.w. dan Ahlulbait mengerjakan ibadah haji seperti ini?
Ada golongan Syiah yang lebih melampau…mereka menyanyi “Ali Maula”, melompat-lompat dan bertepuk tangan sedangkan ahli sunnah tetap khusyu’ dan sabar menyaksikan telatah mereka yang terang-terang memperlekehakn ibadat haji ini.
Perbuatan mereka ini sesuai dengan ayat al-Quran, yang bermaksud, “Dan tiadalah sembahyang mereka di sisi Baitullah itu melainkan bersiul-siul dan bertepuk tangan. Oleh itu rasalah kamu (wahai orang kafir) akan azab seksa dengan sebab kekufuran kamu”. (Surah al-Anfaal, Ayat 35).
Syiah menghidupkan semula “sunnah” jahiliyah Quraish tetapi mengaitkan nama ahlul bait, seolah-olah mereka menggantikan nama-nama berhala di Mekah sebelum Islam iaitu “Lat” dengan Ali, “Hubal” dengan Husain dan “Manat” dengan Fatimah. Alangkah jauh mereka menyimpang dari agama yang benar!
Syiah menghina Allah s.w.t, Nabi s.a.w dan juga ahlulbait!