[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi – 7m 26s] – PROJEK AKIDAH – Syiah Melayu
SYIAH MELAYU
Bila bercakap tentang Syiah, mungkin anda terbayangkan Iran, Iraq & Syria
Sebenarnya mereka dekat dengan anda,
Mereka mungkin jiran anda, mungkin kawan anda, mungkin saudara mara anda
Mereka adalah bangsa Melayu yang beragama Syiah!
Video ini memaparkan personaliti-personaliti Syiah Melayu, Hauzah Syiah, Aktiviti-aktiviti Syiah di Malaysia
BAGAIMANA UNTUK MENGENALI MEREKA?
Berhati-hati bila anda dapati mereka yang di sekeliling anda melakukan perkara berikut:
- Simbol-simbol agama Syiah dipamerkan
- Menepuk paha ketika solat
- Memperlekehkan dan memandang rendah Sahabat-sahabat Nabi s.a.w
- Sering memuja dan memuji tokoh-tokoh Syiah seperti Khomeini, Hizbollah
- Sering menjama’kan Solat Maghrib & Isya, Zohor & Asar tanpa apa-apa sebab
- Menyebut “Ya Ali” dan “Ya Husain” ketika ditimpa musibah
- Hanya memakan ikan bersisik
- Melewatkan berbuka puasa sehingga waktu Isya’
- Kaki tidak dibasuh tetapi hanya disapu di atas semasa berwudhu’
ELAKKAN DARI TERJEBAK DENGAN SYIAH
- Kenali tokoh Syiah Malaysia. Mereka terdiri dari sasterawan, tokoh politik, pemimpin pelajar, profesor & pensyarah di IPT.
- Persiapkan diri dengan ilmu Islam yang sahih. Syiah akan memetik rujukan yang kononnya dari kitab Ahlus Sunnah wal Jamaah. Padahal rujukan itu mungkin tidak wujud atau ditafsir secara salah, sesuai dengan selera mereka.
- Awasi kawan anda dan kawan anak-anak anda terutamanya di universiti dan kolej. Elakkan bergaul dengan rakyat atau pelajar Iran yang berfahaman Syiah.
- Bila berdebat dengan Syiah, jangan percaya apa yang dikatakan oleh pihak Syiah; kemungkinan besar mereka bertaqiyyah (menipu).
- Awasi buku-buku ‘Islamik’ yang dikarang oleh penulis Syiah seperti novel, cerpen dan sebagainya yang menyentuh syariat Islam dan sejarahnya kerana fakta-fakta akan diputarbelit dan dikelirukan.
- Elakkan makan minum, bergaul dan berurusan dengan mereka sebagaimana panduan dari hadith Nabi.