Persamaan Syiah Dengan Yahudi Dan Nasrani


VIDEO – Persamaan Syiah Dengan Yahudi Dan Kristian

PERSAMAAN SYIAH DENGAN YAHUDI DAN KRISTIAN
( Disaring dari tulisan asal oleh – Purnomo WD – VOA.com )

Dalam sembahyang, kita sentiasa memohon kepada Allah agar dikurniakan hidayah atau petunjuk kepada “jalan yang lurus” (Shirathal Mustaqim). Doa yang paling penting dan sangat diperlukan oleh seorang hamba. Seorang hamba diwajibkan berdoa kepada Allah, memohon hidayah ini pada setiap rakaat dalam sembahyangnya, kerana perlunya kita kepada hidayah tersebut.

Hidayah yang dimaksudkan dalam ayat di dalam sembahyang kita adalah petunjuk taufiq kepada jalan yang mampu sampai kepada Allah dan syurgaNya. Iaitu petunjuk untuk mengamalkan ajaran agama ini dengan ilmu dan amal. Caranya ailah dengan mengetahui kebenaran dan mengamalkannya, demikian yang dijelaskan Syaikh Abdul Rahman bin Nashir bin al Sa’di dalam tafsirnya.

Jalan petunjuk ini telah ditempuh oleh para nabi, shiddiiqiin, syuhada’, dan orang-orang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah dalam “Minhaj al Sunnah” jilid pertama juga menjelaskan demikian. Shirathal Mustaqim dalam al-Quran ,Surah Al-Fatihah, ayat 7, mencakup dua perkara, iaitu mengetahui kebenaran dan mengamalkannya. Beliau menyimpulkan bahawa orang yang keluar dari Shirathal Mustaqim hanya menurut prasangka dan hawa nafsu. Inilah keadaan ahli bid’ah, antaranya kaum Syi’ah Rafidhah.

Sesungguhnya kesesatan berpunca dari dua perkara, iaitu jahil dan mengikuti hawa nafsu. Jahil adalah sifat orang Kristian yang meninggalkan kebenaran kerana bodoh dan tersesat. Sedangkan mengikuti hawa nafsu adalah sifat orang Yahudi yang mengetahui kebenaran tetapi meninggalkannya. Oleh itu, kita berdoa agar tidak dijadikan seperti mereka, “. . . bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat” (al-Quran Surah Al Faatihah, ayat 7).

Mereka yang dimurkai ialah orang Yahudi. Manakala mereka yang sesat pula ialah orang Kristian. Golongan Syiah menyerupai orang Yahudi di segi keburukan dan mengikuti hawa nafsu dan mereka menyerupai orang Kristian dalam masalah ghuluw (melampaui batas) dan kebodohan.

Imam Asy-Sya’bi melontarkan beberapa ungkapan tentang Syiah Rafidlah:

· Kalau seandainya Syiah itu dari jenis binatang, ianya adalah keldai.

· Kalau dari jenis burung, ianya ialah burung rukham.

· Sanggup membayar apa saja kepada orang yang mereka riwayat (dusta) tentang Ali.

· Masuk Islam kerana benci kepada pemeluknya.

Persamaan Di antara Syiah Dengan Yahudi :

· Orang Yahudi mengatakan yang layak memegang kekuasaan adalah keluarga Daud. Manakala Syiah pula berkata: Tidak layak menduduki imamah (kekuasaan) kecuali keturunan ‘Ali bin Abi Thalib (Ahlul Bait).

· Orang Yahudi meyakini tidak ada jihad di jalan Allah sehingga al-Masih Ad-Dajjal keluar dan membawa pedang yang diturunkan dari langit. Sedangkan orang Syiah berkeyakinan tidak ada jihad di jalan Allah sehingga Imam Mahdi (Imam kedua belas mereka) keluar dan ada yang mengawalnya dari langit.

· Orang Yahudi melewatkan sembahyang sehingga munculnya bintang-bintang. Sedangkan penganut Syiah Rafidhah melewatkan sembahyang Maghrib sehingga nampak bintang-bintang.

· Mereka memesongkan dan mengubah kitab Taurat. Sedangkan Rafidhah memesongkan dan mengubah kitab suci Al-Qur’an.

· Dalam syariat agama Yahudi, wanita yang diceraikan tidak ada ‘iddah. Begitu juga amalan orang Syiah dalam nikah mut’ah.

· Orang Yahudi tidak ikhlas ketika mengucapkan salam kepada kaum mukminin, iaitu dengan as-sam ‘alaikum (kematian atas kamu). Begitu juga perangai Syi’ah Rafidhah terhadap kaum mukminin terutamanya Ahlu Sunnah.

· Orang Yahudi mengharamkan ikan yang tidak bersisik dan belut. Mereka juga mengharamkan arnab, kancil, limpa dan biawak. Penganut Syi’ah Rafidlah juga mengharamkan semua makanan tersebut.

· Orang Yahudi mengingkari bolehnya mengusap khuf dalam bersuci. Begitu juga Syiah Rafidhah.

· Orang Yahudi menghalalkan harta semua manusia selain golongan mereka, boleh menipu mereka dan halal darah mereka. Begitu juga sikap Syiah Rafidhah terhadap golongan selain mereka, khususnya terhadap Ahlu Sunnah.

· Orang Yahudi membenci Malaikat Jibril a.s. Mereka mengatakan: “Ia musuh kami dari golongan malaikat.” Sedangkan golongan Syi’ah Rafidlah mengatakan malaikat Jibril a.s telah salah alamat ketika menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w, yang sepatutnya disampaikan kepada Ali bin Abi Thalib.

· Orang Yahudi tidak membenarkan wanita dicerai kecuali semasa haidh. Begitu juga Syiah Rafidhah menerima thalaq (perceraian) ketika wanita dalam keadaan haidh.

· Yahudi tidak memberikan mahar bagi isteri mereka; mereka hanya memberikan mata’ pada mereka. Begitulah amalan Syiah Rafidhah dalam nikah mut’ah.

· Mereka melencong sedikit dari kiblat dan mengangguk-angguk dalam sembahyang. Begitu juga golongan Syiah Rafidhah.

· Orang Yahudi dibenarkan menipu orang bukan Yahudi dan jika perlu hendaklah bersikap talam dua muka terhadap mereka. Begitu juga orang Yahudi yang keluar dari agama Yahudi akan diperlakukan seperti orang “kafir”, kecuali jika berpura-pura (taqiyyah) dengan tujuan mengelabui mata orang itu. Inilah konsep ajaran taqiyyah Syiah Rafidhah.

PERSAMAAN SYIAH DENGAN KRISTIAN

Orang Kristian meyakini kaum Hawariyun dan pengikut Nabi Isa lebih mulia dari Nabi Ibrahim dan Musa, bahkan lebih mulia dari seluruh Nabi dan rasul. Mereka juga meyakini kaum Hawariyun adalah rasul yang diajak bercakap secara terus oleh Allah. Bahkan mereka berkata: “Allah adalah al-Masih dan al-Masih adalah anak Allah”. Manakala Syiah Rafidhah meyakini Imam dua belas lebih mulia dan utama daripada Sahabat Muhajirin dan Anshar. Bahkan menurut golongan pelampau Syiah, para Imam adalah lebih mulia daripada para Nabi, kerana mereka memiliki sifat ketuhanan sebagaimana keyakinan kaum Kristian terhadap Nabi Isa.

Orang Kristian meyakini bahawa urusan agama ini diserahkan kepada para pendeta dan rahib. Halal dan haram sesuatu perkara adalah apa yang ditetapkan oleh pendeta dan rahib tersebut. Dan hal-hal agama adalah apa yang mereka tentukan. Manakala kaum Syiah Rafidhah percaya bahawa urusan agama ini diserahkan kepada para Imam, halal dan haram adalah apa yang ditentukan mereka dan agama adalah apa yang mereka tetapkan.

KELEBIHAN YAHUDI DAN KRISTIAN BERBANDING SYIAH RAFIDHAH

· Menurut Yahudi, orang yang paling baik adalah sahabat Nabi Musa a.s.

· Menurut Kristian orang paling baik adalah sahabat Nabi Isa a.s, hawariyyun, penolong Nabi Isa ‘a.s.

· Sedangkan menurut Syiah orang yang paling buruk ialah Sahabat Rasulullah s.a.w. Islam menganjurkan kita untuk beristighfar (meminta ampun) untuk para Sahabat, tapi mereka sebaliknya mencela para Sahabat dan menghunuskan pedang kepada mereka sehingga hari kiamat.

Disaring dari sumber: http://www.fiqhislam.com/agenda-muslim/artikel-islami/12779-persamaan-syiah-dengan-yahudi-dan-nasrani.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s