{Hadith Palsu]Syiah Mutakhir Berkata Hanya Fatimah Anak Perempuan Nabi. Dua Anak Perempuan Baginda, Ruqayyah dan Ummu Khalthum, Dinafikan Sebagai Anak Nabi Kerana Mereka Dikahwinkan Dengan Sayyidina Uthman, Peribadi Yang Amat Dibenci Oleh Syiah.
00:09:04 – HADITH PALSU – “NABI HANYA ADA SEORANG ANAK PEREMPUAN, IAITU FATIMAH“
Orang Syiah mutakhir mengatakan Nabi s.a.w. hanya mempunyai seorang anak perempuan iaitu Fatimah dan menafikan Zainab, Ruqayyah dan Ummu Khalthum sebagai anak-anak Baginda.
Kitab yang paling sahih dalam ajaran Syiah, al-Kahfi, yang dianggap sama tarafnya dengan Sahih al-Bukhari di kalangan ahli Sunnah wal Jamaah mengatakan anak-anak Nabi s.a.w. ialah al-Qasim, Ruqayyah, Zainab, Ummu Khalthum, Tayyib, Thahir dan Fatimah. Hadith yang mengatakan hanya Fatimah seorang sahaja anak perempuan Nabi bercanggah dengan fakta sejarah, kitab-kitab Syiah sendiri dan juga kitab-kitab Sunni.
Mengapa Syiah menolak anak-anak perempuan selain Fatimah sebagai anak-anak Nabi? Ini adalah kerana kebencian mereka kepada Sahabat seperti Saidina Uthman bin Affan yang dianggap mereka sebagai seorang yang kafir. Disebabkan Nabi s.a.w. mengahwinkan dua puterinya (Ruqayyah dan Ummu Khalthum) dengan Saidina Uthman, maka mereka mengatakan dua puteri Rasulullah tersebut bukan anak Baginda yang sebenar.
[Hadith Palsu] Beribu Hadith Yang Bermula Dengan “Ya Ali” Adalah Palsu. Kebanyakannya Direka Oleh Golongan Syiah
[ 00:13:34 ] – PERINGATAN – Ada beribu-ribu riwayat yang dikatakan hadith yang bermula dengan ungkapan “Ya Ali” sehinggakan ada kitab khusus yang mengumpulkan “hadith-hadith” ini.
Hanya satu hadith yang menyebut “Ya Ali” yang sahih, iaitu, hadith: “Ya Ali! Engkau Di Sisiku Sama Seperti Harun Di Sisi Musa. Tetapi Tidak Ada Lagi Nabi Sesudahku”
[ 00:02:22 ] – KETERANGAN MAKSUD HADITH SAHIH – “Ya Ali! Engkau Di Sisiku Sama Seperti Harun Di Sisi Musa”
Hadith ini hanya menyatakan peranan Saidina Ali sebagai pengganti Nabi untuk mengawal Kota Madinah semasa ketiadaan Baginda yang berangkat ke medan peperangan Tabuk, sebagaimana Nabi Harun menggantikan Nabi Musa semasa Baginda mengadap Allah di Bukit Tursina. Tetapi pihak Syiah telah melampau dalam mengangkat Saidina Ali sehingga ada sesetengahnya menganggapnya sebagai Tuhan!
Kebanyakan filem-filem Hindustan yang memaparkan orang Islam sebenarnya menonjolkan amalan dari golongan Syiah atau Brelwi. Pengaruh Syiah adalah seperti menyeru, “Ya Ali Madad” (Wahai Ali tolonglah aku”) apabila berdoa manakala pengaruh Brelwi pula ialah dengan meminta pertolongan dari kubur-kubur.
“Wahai Ali! Apabila engkau berbekal, janganlah engkau lupakan bawang besar” dan “Wahai Ali! Pastikan kamu membawa bawang besar kerana ia mengelokkan air mani dan menyihatkan anak”
i. Hadith ini palsu kerana ianya dimulakan dengan ungkapan “Ya (Wahai) Ali”
ii. Hadith ini dusta dan karut. Ianya direka oleh golongan Syiah untuk menghina dan mempersenda Rasulullah dan juga Sayyidina Ali (Walaupun Syiah mengaku mengasihi Saidina Ali tetapi mereka sebenarnya membenci Saidina Ali)
“Wahai Ali! Sesungguhnya Allah telah mengampunkanmu, anak-anak cucumu, anak-anakmu, ahli keluargamu, Syiahmu dan orang-orang yang mencintai Syiahmu”…”Terimalah berita gembira ini: Sesungguhnya engkau seorang yang ‘sulah’ (berkepala botak dan perut buncit)”.
“Wahai Ali! Sesungguhnya Allah telah mengahwinkan engkau dengan Fatimah dan menjadikan bumi ini sebagai maskahwin. Oleh itu sesiapa yang berjalan di bumi ini dengan benci kepadamu maka bererti dia berjalan dalam keadaan haram”
i. Hadith ini palsu kerana ianya dimulakan dengan ungkapan “Ya (Wahai) Ali!”
ii. Di dalam sanadnya ada perawi bernama az-Zara’ seorang pendusta besar dan pereka hadith.
iii. Hadith ini bercanggah dengan hadith sahih di mana Saidina Ali menyediakan maskahwin seperti kuda iv. Terdapat pengaruh Syiah yang jelas dalam hadith ini.
{Hadith Palsu] Syiah Reka “Hadis Kisa’ ” Dan Memesongkan Makna Al-Quran (“Takrif Maknawi”) Untuk Tipu Umat Islam Tentang Siapakah “Ahli Bait”
HADITH KISA’
[ 00:01:20 ] – “Hadith Kisa’ ” ialah hadith yang menceritakan tentang Rasulullah s.a.w menyelimuti anaknya Fatimah r.ha,, menantunya Ali dan dua cucunya Hassan dan Husain dengan selimut atau kisa’. Golongan Syiah yang mereka hadith ini mengatakan hadith ini adalah sebab turunnya ayat al-Quran – Surah Al-Ahzab (ayat 33) yang mafhumnya, “Sesungguhnya Allah bermaksud untuk menghilangkan dosa dari diri kamu wahai Ahlul Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya”. Dengan mengatakan hadith Kisa’ sebagai sebab turunnya ayat tersebut, golongan Syiah telah memalingkan makna ayat al-Quran (takrif maknawi) kerana yang dimaksudkan ungkapan “Ahlul bait” dalam ayat tersebut sebenarnya ialah isteri-isteri Rasulullah dan bukannya Fatimah r.ha, Ali, Hassan dan Husain r.hum.
[ 00:01:40 ] – Hadith Kisa’ Yang Terdapat Dalam Sahih Muslim Berbunyi: …Pada Suatu Pagi Nabi Keluar Berselimutkan Sehelai Selimut Daripada Bulu Hitam Yang Bercorak Sekedup. Tiba-Tiba Datang Hassan, Nabi s.a.w. Memasukkannya Ke Dalam Selimut Tersebut. Kemudian Datang Pula Hussain, Dia Juga Masuk Ke Dalamnya. Kemudian Datang Fatimah. Baginda Memasukkannya Juga. Kemudian Datang Pula Ali. Beliau Juga Dimasukkan Ke Dalam Selimut Yang Sama. Kemudian Nabi s.a.w. Membaca Firman Allah [Ayat 33 Surah al-Ahzab] Yang Mafhumnya.”“Sesungguhnya Allah Bermaksud Untuk Menghilangkan Dosa Dari Diri Kamu Wahai Ahlul Bait Dan Membersihkan Kamu Sebersih-Bersihnya”.
1. Hadith Kisa’ Ini Amat Penting Bagi Golongan Syiah Kerana Jika Diterima Sebagai Sahih Ianya Membuktikan Kebenaran Pihak Syiah Yang Mendakwa Ahli Bait Hanya Saidina Ali, Fatimah, Hassan Dan Hussain rhum. Dan Tidak Termasuk Isteri-Isteri Nabi.
2. Hadith Ini Sebenarnya Palsu Kerana Perkara Tidak Masuk Akal Seperti Saidina Hassan Yang Dikatakan Masuk Ke Dalam Selimut Sebenarnya Belum Lahir Pada Masa Peristiwa Itu Berlaku.
3. Hadith Ini Berlaku Paling Lewat Pada Tahun Keenam Hijrah, Kerana Surah al-Ahzab Habis Diturunkan Paling Lewat Pada Tahun Keenam (Nota: Hadith Ini Dikatakan Sebab Turunnya Ayat 33 Surah al-Ahzab).
4. Syiah Mengatakan Hassan Lahir Pada Tahun Ketiga, Tetapi Ini Tidak Benar Kerana Ibu Dan Bapanya (Saidina Ali Dan Fatimah) Berkahwin Hanya Pada Tahun Keempat.
5. Syiah Mengatakan Hassan Adalah Anak Sulung, Tetapi Yang Sebenarnya Ummu Khulthum Adalah Anak Sulung.
6. Saidina Hassan Sebenarnya Lahir Pada Tahun Ketujuh Hijrah, Setahun Selepas Keseluruhan Surah al-Ahzab Diturunkan Dan Setahun Selepas Hadith Ini Dikatakan Berlaku.
7. Malangnya Ramai Juga Ulama’ Ahli Sunnah Wal Jamaah Yang Termakan Racun Syiah Ini.
[ 00:11:52 ] – Sebenarnya Saidina Hassan Dilahirkan Pada Tahun Ketujuh Hijrah. Orang Yang Menyambut Kelahiran Hassan Ialah Asma’ Binti Umais Isteri Kepada Jaafar Bin Abi Talib. Beliau Berhijrah Ke Madinah Hanya Pada Tahun Ketujuh Kerana Sebelum Itu Berada Di Habshah.