[WEBINAR] BAHAYA SYIAH – AJARAN DAN GERAKANNYA


[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 58m 5s] -BAHAYA SYIAH – AJARAN DAN GERAKANNYA

NOTA – YouTube Memasukkan Video Di Atas Dalam Kategori “Age-Restricted”. Jika Anda Tidak Dapat Akses Ke Video Di Atas, Anda Boleh Tontonnya Di Sini – https://web.facebook.com/266792370734069/videos/150299250538591

BAHAYA SYIAH – AJARAN DAN GERAKANNYA

DR MOHAMMED FAIROOZ BIN MOHAMED FATHILAH

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

00:03:36 – Adakah Malaysia negara yang aman?

00:03:52 – Gejala Syiah semakin menular di kalangan rakyat Malaysia

00:04:19 – Adakah anda akan melihat aksi sebegini di Malaysia kelak?

00:04:56 – Generasi akan datang diperlakukan sebegini?

00:05:53 – Kebencian terhadap Saidina Umar secara terang-terangan

00:06:29 – Adakah kita bersedia?

00:06:31 – Apakah maksud Ahli Sunnah Wal Jamaah?

00:06:52 – Siapa Ahli Sunnah wal Jammah?

00:07:56 – Fatwa Mengenai Ajaran Syiah

00:10:52 – Ulama’-ulama’ Yang Menyesatkan Syiah

00:11:25 – Imam Malik

00:11:40 – Imam Ahmad bin Hanbal

00:11:57 – Imam Syafie

00:12:07 – Imam al- Bukhari

00:12:55 – Adakah anda tahu kewujudan kumpulan Syiah di Malaysia?

00:12:59 – Siapa Syiah?

00:17:25 – Imam-imam 12 Syiah

00:18:19 – Syiah Imamiyyah mempercayai 12 Imam dilantik secara berturutan

00:19:17 – Nama-nama Syiah

00:20:30 – Syiah Imamiyyah Ithna Asyariah

00:20:32 – Kitab Hadith Sunni

00:20:59 – Definisi Sunnah Mengikut Sunni Dan Syiah

00:21:58 – Kitab Hadith Syiah

00:23:25 – Kitab Tafsir Syiah

00:23:43 – Aqidah Syiah

00:24:41 – Doktrin Utama Syiah

00:25:45 – Rukun Iman Sunni & Syiah

00:25:51 – Rukun Islam Sunni & Syiah

00:27:07 – Petikan Dari Kitab “Usul Kafi” – Rukun Islam Syiah

00:29:07 – Imamiyyah dan Walayah

00:29:43 – Imam-imam Syiah

00:31:34 – Petikan Dari Usul al-Kafi – Imam tahu bila akan mati dan boleh pilih untuk mati atau tidak

00:32:19 – Imam lebih tinggi darjat dari malaikat dan rasul

00:33:10 – Hukum mengingkari Imamah

00:36:32 – Mahdi Syiah hukum Aisyah

00:36:56 – Kelebihan Ummul Mu’minin Saidatina Aisyah r.ha (menurut Sunni)

00:38:23 – Syiah kata Sahabat-sahabat telah murtad

00:39:29 – Syiah kata – Membenci tiga khalifah awal penyebab masuk syurga

00:41:07 – Abdullah Hasan – Tokoh Syiah Kedah

00:43:06 – Kebiadaban dan penghinaan terhadap para Sahabat Rasulullah s.a.w

00:43:35 – Kelebihan para Sahabat Nabi s.a.w dirakamkan di dalam al-Quran

00:44:32 – Akidah Syiah Terhadap Al-Quran

00:44:47 – Syiah mendakwa al-Quran telah dipinda oleh Sahabat

00:45:22 – Mushaf Fatimah tiga kali ganda dari al-Quran

00:47:43 – Syahadah orang Syiah

00:47:53 – Cara orang Syiah Solat

00:50:26 – Nikah Mut’ah

00:51:14 – Hukum nikah Mut’ah di antara Sunni dan Syiah

00:51:36 – Kes Mut’ah di Malaysia

00:53:21 – Fadhilat menangisi kematian Saidina Husain

00:53:52 – Sambutan 10 Muharram (Asyura)

00:55:09 – Perayaan Hari Arbain

NOTA DARI “SLIDE”

1- 00:06:52 – Siapa Ahli Sunnah wal Jamaah? Mereka ialah golongan yang berada di atas manhaj Baginda Nabi s.a.w serta para Sahabat dalam masalah iktikad (Syeikh Ali Gomaa)

2- 00:07:56 – FATWA MENGENAI AJARAN SYIAH

Jawatankuasa fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 3 Mei 1996 seperti berikut :

• Memansuhkan keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa pada 24 & 25 September 1984 yang menyatakan bahawa hanya mazhab Syiah dari golongan az-Zaidiah dan Ja’fariah yang diterima untuk diamalkan di Malaysia. • Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah wal-Jamaah dari segi aqidah, syariah dan akhlak. Melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor bertarikh 17 Oktober 2013, fatwa sighah berkaitan ajran Syi’ah berbunyi: “Bahawa fahaman dan ajaran Syi’ah adalah bercanggah dan menyelewang daripada ajaran Islam yang sebenar menurut pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana mengandungi elemen-elemen yang bertentangan dengan Ahli Sunnah”.

3- 00:10:37 – Fatwa pengharaman Syiah di negeri-negeri Persekutuan Malaysia

4- 00:10:52– Ulama’-ulama’ yang menyesatkan Syiah

5- 00:11:25 – Imam Malik – “Sesiapa yang memaki hamun Sahabat tidak ada bahagian untuknya dalam Islam”.

6- 0:11:40 – Imam Ahmad bin Hanbal – “Aku tidak rasa dia dari umat Islam”

7- 00:11:57 – Imam Syafie – “Tidak pernah aku melihat golongan yang menurut hawa nafsu yang lebih pembohong dari golongan Syi’ah.”

8- 00:12:06 – Imam as-Syafi’e – “al-Buwaiti mengatakan, aku bertanya kepada Imam as-Syafie, “Adakah harus aku solat di belakang seorang Rafidhi (Syiah)? Beliau menjawab: jangan kamu solat di belakang seorang Rafidhi, tidak juga Qadari, tidak juga Murji’. Sesiapa ang mengatakan iman itu dengan perkataaan (sahaja), maka dia adalah Murji’. Sesiapa yang megatakan Abu Bakar dan Umar kedua-duanya bukan imam maka ia Rafidhi. Dan sesiapa yang menjadikan kehendak (masyi’ah) kembali kepada dirinya sendiri maka ia Qadari”. (Lihat Manaqib as-Syafi’ie, 1/433)

9- 00:12:07 – Imam al-Bukhari – “Sama sahaja bagiku sama ada aku bersembahyang di belakang al Jahmi atau Rafidhi (Syiah yang menolak Abu Bakar dan Umar), atau di belakang Yahudi atau Kristian. Mereka ini tidak perlu diberi salam, tidak perlu diziarahi ketika sakit, jangan dikahwini dan sembelihan mereka tidak halal dimakan”.

10- 00:12:55 – ADAKAH ANDA TAHU KEWUJUDAN KUMPULAN SYIAH DI MALAYSIA?

11 – 00:12:59 – SIAPA SYIAH? Mereka adalah orang-orang yang menyokong Sayyidina Ali secara khusus, dan berpendapat bahawa hanya Sayyidina Ali sahaja yang berhak menjadi Khalifah dengan ketetapan nash dan wasiat dari Rasulullah s.a.w, baik secara tersurat atau secara tersirat. Mereka berkeyakinan bahawa hak Imamah (menjadi pemimpin umat Islam) tidak selain dari keturunan Ali.

12- 00:17:23 – Syiah – Pengikut yang mendakwa mencintai dan menyokong Saidina Ali dan Ahlul Bait. Mereka menganggap Abu Bakar dan Umar sebagai perampas jawatan imam daripada Ali r.a

13. 0:18:19 – Syiah Imamiyyah mempercayai 12 Imam dilantik secara berturutan:

• ‘Ali bin Abi Talib (wafat 40 H) • Hasan bin ‘Ali (wafat 50 H) • Husain bin ‘Ali (wafat 61 H) • ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Husain (wafat 94 H) • Muhammad al-Baqir bin Ali Zainal Abidin (wafat 117 H) • Ja’far as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir (wafat 148 H) • Musa al-Kazim bin Ja’far as-Sadiq (183 H) • ‘Ali ar-Ridha bin Musa Kazim (wafat 202 H) • Muhammad al-Jawaad bin ‘Ali ar-Ridha (wafat 220 H) • ‘Ali bin Muhammad al-Jawaad (wafat 254 H) • Hasan bin Ali al’-Askari (wafat 260 H) • Muhammad bin Hasan al’-Askari al-Mahdi (ghaib 260 H dipercayai oleh penganut Syi’ah akan muncul semula pada akhir zaman sebagai Imam Mahadi Al Muntazar)

14- 00:19:17 – NAMA-NAMA SYIAH

• IMAMIYYAH ITHNA ASYARIAH • IMAMIAH • RAFIDHAH • JAAFARIAH (Imam Jaafar as-Sadiq) • AHLUL BAIT

15- 00:20:30 – Syiah Imamiyyah Ithna Asyariah • Sumber mereka tidak sama dengan sumber Ahli Sunnah wal Jamaah

16- 00:20:59 – Definisi Sunnah Mengikut Sunni Dan Syiah Sunnah

Mengikut Sunni sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w sama ada perkataan, perbuatan atau pengakuan. Sunnah Mengikut Syiah Sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w atau Imam-imam maksum (Imam 12)

17- 00:21:58 – Kitab Hadith Syiah

• Al-Kafi – Pengarang – al-Kulaini • Man la Yahduruhul Faqih –Muhammad bin Babwaih al-Qummi • Tahzib Ahkam – a- Tusi • Istibsor – at-Tusi • Al-Wafi – Mulla Hasan Al Kasyani • Biharul Anwar – al Majlisi • Wasail Syiah – Hur al Amili • Mustadrak Wasail – at-Tabrisi

Untuk menilai iktikad Syiah, hendaklah dirujuk kepada kitab-kitab ini, bukannya mendengar penjelasan ulama’-ulama’ Syiah kerana mereka bijak bertaqiyah.

18- 00:23:25 – Kitab Tafsir Syiah

19- 00:23:43 – Akidah Syiah

• Imamah dan Walayah • Mengkafirkan Sahabat • Menghina isteri-isteri Nabi Muhammad • Tahrif al-Quran • Mut’ah • Taqiyah

20- 00:24:41 – DOKTRIN UTAMA SYIAH

• Doktrin yang paling utama Syiah terletak pada konsep Imamah (kepimpinan umat sesudah Nabi)

• Hampir semua ajaran Syiah, baik ushul (aqidah) maupun furu’ (syariah), selalu dikaitkan dengan imamah

21- 00:25:45 – RUKUN IMAN SUNNI & SYIAH

RUKUN IMAN SUNNI ADA ENAM, IAITU 1. Beriman kepada Allah, 2. Para malaikat-Nya, 3. Kitab-kitab-Nya, 4. Para rasul-Nya, 5. Hari akhir, 6. Qada’ dan Qadar.

RUKUN IMAN SYIAH ADA LIMA IAITU, 1. Tauhid, 2. Nubuwwah, 3. Al-‘Adlu (keadilan), 4. Al-Ma’ad (akhirat), 5. Imamah.

22- 00:25:51 – RUKUN ISLAM SUNNI & SYIAH

RUKUN ISLAM SUNNI ADA LIMA IAITU, 1. Syahadatain, 2. Solat, 3. Puasa, 4. Zakat, 5. Haji

RUKUN ISLAM SYIAH ADA LIMA IAITU, 1. Solat, 2. Puasa, 3. Zakat, 4. Haji, 5. Wilayah (pemihakan terhadap kepimpinan Ali dan anak cucunya).

23- 00:27:07 – Petikan Dari Kitab “Usul Kafi”

Rukun Islam Syiah: 1 – Kulaini meriwayatkan daripada Fudhail daripada Abi Jaafar a.s kata beliau: “Islam ditegakkan di atas lima perkara; sembahyang, puasa, zakat, haji dan walayah. Tidak ada satu pun daripada rukun-rukun tersebut yang diseru sebagaimanana seruan yang diberikan kepada al-Walayah. Lalu manusia mengambil keempat-empatnya dan meninggalkan ini, iaitu walayah. (al Kulaini al Usul Min al Kafi, jilid 2 hal 20)

24- 00:27:57 – IMAN TIDAK AKAN TERHASIL MELAINKAN MELALUI PERANTARAAN WALAYAH ALI DAN KETURUNANNYA YANG MAKSUM LAGI SUCI (A.S) BAHKAN IMAN KEPADA ALLAH DAN RASULNYA TIDAK AKAN DITERIMA TANPA WALAYAH

25- 00:29:07 – IMAMIYYAH DAN WALAYAH Sebuah kepercayaan bahawa imam-imam dua belas itu dilantik berdasarkan nas dari Alllah. Mereka adalah maksum terpelihara daripada dosa kecil dan besar serta terpelihara dari lupa dan lalai.

26- 00:29:43 – IMAM-IMAM SYI’AH

1. ‘Ali bin Abi Talib (wafat 40 H), 2. Hasan bin ‘Ali (wafat 50 H), 3. Husain bin ‘Ali (wafat 61 H), 4. ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Husain (wafat 94 H), 5. Muhammad al-Baqir bin Ali Zainal Abidin (wafat 117 H), 6. Ja’far as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir (wafat 148 H), 7. Musa al-Kazim bin Ja’far as-Sadiq (183 H), 8. ‘Ali ar-Ridha bin Musa Kazim (wafat 202 H), 9. Muhammad al-Jawaad bin ‘Ali ar-Ridha (wafat 220 H), 10. ‘Ali bin Muhammad al-Jawaad (wafat 254 H), 11. Hasan bin Ali al’-Askari (wafat 260 H), 12. Muhammad bin Hasan al’-Askari al-Mahdi (ghaib).

27- 00:31:34 – Petikan Dari Usul al-Kafi – Imam tahu bila akan mati dan boleh pilih untuk mati atau tidak! Bab – Para imam mengetahui bila mereka akan mati dan mereka tidak akan mati kecuali dengan pilihan mereka sendiri –( Usul al-Kafi m.s. 153)

28- 00:32:19 – IMAM LEBIH TINGGI DAJAT DARI MALAIKAT DAN RASUL

29- 00:32:55 – MAQAM IMAM LEBIH TINGGI DARIPADA PARA NABI

30- 00:33:10 – HUKUM MENGINGKARI IMAMAH

Sesungguhnya imam itu mempunyai kedudukan yang terpuji yang tidak sampai kepadanya malaikat yang hampir kepada Allah dan nabi lagi rasul

31- 00:36:32 – MAHDI SYIAH HUKUM AISYAH

32- 00:36:56 – KELEBIHAN UMMUL MU’MININ SAIDATINA AISYAH R.A (MENURUT SUNNI)

Hadith Amru bin al-As r.a: Rasulullah s.a.w mengutuskan beliau iaitu Abu Bakar r.a untu menghadapi tentera Zatu al-Salasil. Aku bertanya Baginda, “Siapa orang yang paling dicintai?”. Rasulullah menjawab: “Aisyah”. Aku bertanya: “Siapakah pula dari orang lelaki?”. Baginda s.a.w menjawab: “Ayahnya iaitu Abu Bakar r.a”. Aku bertanya lagi. Baginda s.a.w menjawab: “Umar”. Selepas itu Rasulullah s.a.w membilang nama beberapa orang Sahabat yang lain. (Hadith Riwayat Muslim)

33- 00:38:23 – SYIAH KATA SAHABAT-SAHABAT TELAH MURTAD

Daripada Abi Jaafar, “Semua manusia (Sahabat) telah murtad selepas kewafatan Nabi s.a.w melainkan tiga orang. Aku bertanya, “Siapakah mereka bertiga?” Lalu jawabnya, “Miqdad bin Aswad, Abu Zar al-Ghifari dan Salman al-Farisi”. Kata al-Jazairi: “Semua sahabat telah murtad setelah kewafatan Nabi s.a.w kecuali 4 orang: Salman al-Farisi, Abu Zar al-Ghifari, Miqdad bin al-Aswad dan ‘Ammar bin Yasir”

34- 00:39:29 – MEMBENCI TIGA KHULAFA AWAL PENYEBAB MASUK SYURGA

35- 00:41:07 – Abdullah Hasan – Tokoh Syiah Kedah – “Sahabat tidak kafir tetapi mereka hanya ingkar Perintah Rasul”

36- 00:43:35 – KELEBIHAN PARA SAHABAT NABI S.A.W DIRAKAMKAN DI DALAM AL-QURAN

Maksudnya: “Dan orang-orang yang terdahulu – yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar”, dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar”. (At-Taubah: 100)

37- 00:44:32 – Aqidah Syiah Terhadap Al-Quran – Al-Quran tidak sempurna dan tidak lengkap kerana telah diubah oleh para Sahabat.

38- 00:44:47 – SYIAH MENDAKWA AL-QURAN TELAH DIPINDA OLEH SAHABAT

Al-Quran yang ada di tangan umat Islam hari ini sudah diubah, ditokok tambah dan diselewengkan oleh Sahabat. Sayyid Ni’matullah al-Jazaairi di dalam kitabnya al-Anwar an-Nu’maniyyah berkata: “Sesungguhnya tokoh-tokoh Syiah telah sepakat tentang sahihnya hadith-hadith yang sampai ke peringkat mutawaatir yang menunjukkan dengan jelas tentang berlakunya penyelewengan terhadap al-Quran”. (Fashlul Khitab Fi Tahrif Kitabi Rabbil Arbab m.s 31)

39- 00:45:22 – Tahukah kamu apa itu Mushaf Fatimah? Mushaf itu sama seperti Al Quran tetapi ia tiga kali ganda saiz al Quran kamu ini

40- 00:47:43 – SYAHADAH ORANG SYIAH

41- 00:47:53 – CARA ORANG SYIAH SOLAT

42- 00:50:26 – NIKAH MUT’AH

• Pernikahan untuk keseronokan atau sigheh, adalah perkahwinan bagi tempoh masa tertentu, yang menurut mazhab Syi’ah, adalah perkahwinan bagi masa yang telah ditetapkan, dan selepas itu, ikatan perkahwinan tersebut terlerai. • Contohnya, seorang lelaki melakukan perkahwinan dengan akad nikah seperti berikut, “Aku mengahwinimu selama satu bulan atau satu tahun”. Kemudian wanita itu menjawab, “Aku terima”. Itu adalah takrif perkahwinan mut’ah mengikut jumhur ulama’.

43- 00:51:14 – HUKUM NIKAH MUT’AH DI ANTARA SUNNI DAN SYIAH

AHLI SUNNAH WAL JAMAAH – Mengharamkan mut’ah dan menyamakannya dengan perbuatan zina.

SYIAH – Menghalalkan mut’ah khususnya untuk mempengaruhi orang mengimani fahaman Syi’ah

44- 00:51:36 – KES MUT’AH DI MALAYSIA

• SUHANA, 34 • 2 TAHUN JADI SYIAH • PERNAH MUT’AH 3 KALI • KALI 1 – 4 BULAN, KALI 2 – 3 MINGGU, KALI 3 – 2 BULAN • SUDAH BERTAUBAT

45- 00:53:21 – FADHILAT MENANGISI KEMATIAN SAIDINA HUSAIN

46- 00:53:52 – SAMBUTAN 10 MUHARRAM (ASYURA)

47- 00:55:09 – PERAYAAN HARI ARBAIN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s