Cerita Karut Dari Kitab Al-Kafi, Kitab Paling Sahih Di Sisi Syiah, Yang Setanding Dengan Kitab Sahih Al-Bukhari


VIDEO – CERITA KARUT DARI “KITAB AL-KAFI”, KITAB PALING SAHIH SYIAH, YANG SETANDING DENGAN SAHIH AL-BUKHARI

A.  ABU TALIB MENYUSUKAN NABI DARI DADANYA SEMASA NABI LAHIR

Di dalam Kitab Al-Kafi yang ditulis oleh al-Kulaini, Jilid 1 mukasurat 484, dari Abi Abdillah  a.s. katanya, “Pada hari pertama Nabi dilahIrkan,  tidak ada  susu untuk diminum lalu Abu Talib letakkan dan tekan Nabi ke dadanya dan Allah mengeluarkan  susu dari dadanya lalu Abu Talib menyusukannya”.  Abu Talib menyusukan Nabi dari dadanya sehingga dia berjumpa dan menyerahkan Baginda kepada  Halimatus-Sa’adiah.

B. “KURDS” ADALAH BANDAR JIN.   OLEH ITU TIDAK DIBENARKAN BERURUSAN DAN  BERKAHWIN DENGAN PENGHUNINYA

Perbincangan kita hari ini bertajuk, “Kurds ialah sebuah bandar jin”. Oleh itu tidak halal berurusan atau mengahwini mereka, sebagaimana diriwayatkan di dalam Kitab al-Kahfi yang mulia.

C.   DIBOLEHKAN DAN TIDAK BERDOSA MELIHAT KEMALUAN ORANG BUKAN ISLAM KERANA IANYA UMPAMA ALAT KELAMIN KELDAI

Perbincangan kita hari ini bertajuk, “Boleh melihat kemaluan bukan Muslim kerana ianya sama seperti melihat alat kelamin keldai dan ianya tidak berdosa bagi mu”

D.   BUMI INI TERLETAK DI ATAS IKAN PAUS

Dia berkata, “Aku bertanya  Imam tentang bumi, di atas apakah ianya terapung?”.  Apa kata Imam?  Imam berkata, “Ianya berada di atas ikan paus”

E.   SELEPAS KEWAFATAN NABI, MALAIKAT JIBRIL SENTIASA DATANG MENZIARAHI DAN MEMBAWA WAHYU KEPADA FATIMAH

Khomeini berkata, “Aku ingin terangkan tentang hadith sahih di dalam al-Kafi.

Riwayat itu menceritakan bahawa Imam as-Sadiq berkata bahawa Fatimah hidup selama 75 hari selepas kewafatan ayahnya (Nabi s.a.w).

Dalam tempoh ini beliau sentiasa diselubungi  kesedihan, lalu Jibril yang jujur dan benar itu datang kepadanya.

Jibril mengucapkan takziah kepada Fatimah dan memberitahu beliau tentang perkara-perkara yang akan berlaku di masa depan.

Yang jelas dari riwayat ini ialah Malaikat Jibril selalu datang menziarahi Fatimah dalam tempoh 75 hari tersebut.

Tidak diragukan lagi Jibril tidak menziarahinya melainkan dia seorang nabi yang utama.

Jibril memberitahu Fatimah tentang apa yang akan berlaku di masa hadapan dan perkara-perkara ghaib dan apa yang akan dihadapi oleh anak cucunya.

Dan Ali telah mencatat kesemuanya;  dia adalah “Penulis Wahyu”

Kredit video – Sunnah Discourse

Diambil Dari Video Asal – https://youtu.be/7NHn16CQEek​

Channel Youtube “Sunnah Discourse” – https://www.youtube.com/channel/UCEST…​

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s