Menjawab Syiah: Kecacatan Hadith Kisa’


VIDEO – [DURASI – 12m 30s] – Siri Menjawab SYIAH: Kecacatan Hadis Kisa’

“Hadith Kisa’ ” ialah hadith yang menceritakan tentang perbuatan Rasulullah s.a.w yang menyelimuti anaknya Fatimah r.ha, menantunya Ali, dan dua cucunya Hassan dan Husain dengan selimut atau kisa’.

Golongan Syiah mengaitkan hadith ini dengan ayat al-Quran – Surah Al-Ahzab (ayat 33) yang mafhumnya, “Sesungguhnya Allah bermaksud untuk menghilangkan dosa dari diri kamu wahai Ahlul Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya”. Dan Syiah mendakwa kelebihan Imam-imam mereka yang berada dalam selimut tersebut.

Untuk menilai kedudukan hadith ini kita perlu meneliti beberapa fakta berikut:

Bilakah Surah Ahzab selesai diturunkan? Ulama’ tafsir berpendapat Surah Al-Ahzab selesai diturunkan selewat-lewatnya pada tahun ke 6 Hijrah. Bilakah pula Saidina Hassan dilahirkan? Ahli sirah berpendapat Saidina Hassan dilahirkan pada tahun ke 3 atau ke 4 H, tetapi menurut kitab Sahih al-Bukhari, Saidina Hassan lahir pada tahun ke 7. Apakah bukti Saidina Hasan lahir tahun ke 7? Orang yang menyambut kelahiran Saidina Hasan adalah Asma’ Bt Umais, yang berada di Madinah hanya pada tahun 7 H kerana sebelum itu beliau berhijrah dan berada di Habshah.

Bila pula Saidina Husain dilahirkan? Dikatakan bahawa Saidina Husin lahir pada tahun ke 5 H, tetapi berdasarkan riwayat al-Bukhari, yang tepatnya, Saidina Husin lahir tahun ke 9 H. Ini adalah kerana orang yang menyambut kelahiran Saidina Husin ialah Ummul Fadhal, isteri Abbas, bapa saudara nabi s.a.w. Hakikatnya, Ummul Fadhal berhijrah ke Madinah hanya pada tahun ke 9 H.

Kita tidak dapat bayangkan bagaimana Saidina Husain yang lahir pada tahun 9H, digambarkan sudah besar ketika masuk ke dalam selimut Rasulullah pada tahun ke 6!

Sekiranya kita terima hadith kisa’ ini sebagai sahih kita akan menolak sekian banyak hadith lain yang lebih sahih!

Perlu diingat bahawa maklumat kelahiran Sadinina Hassan dilahirkan pada tahun ke 3 atau 4H tidak ada dalam kitab hadith tetapi terdapat hanya dalam kitab-kitab sirah sahaja, yang tidak mempunyai sanad atau sumber ceritanya, Tentunya cerita dalam kitab sirah ini tidak dapat menandingi kitab-kitab hadith yang sahih seperti al-Bukhari. Besar kemungkinan hadith kisa’ ini adalah hadith yang direka!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s