Keganjilan Dalam Ibadat Syiah – Wudhu’


VIDEO – Kaifiat Wudhu’ Syiah – Hanya Sapu (Tidak Basuh) Atas Kaki

KAUM SYIAH TIDAK MEMBASUH KAKI TETAPI HANYA MENGUSAP DENGAN AIR DI BAHAGIAN ATAS KAKI

Ada hadith yang membicarakan ancaman kepada orang yang tidak berwudhu’ dengan sempurna.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ تَخَلَّفَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – فِى سَفَرٍ سَافَرْنَاهُ فَأَدْرَكَنَا وَقَدْ أَرْهَقْنَا الصَّلاَةَ صَلاَةَ الْعَصْرِ وَنَحْنُ نَتَوَضَّأُ ، فَجَعَلْنَا نَمْسَحُ عَلَى أَرْجُلِنَا ، فَنَادَى بِأَعْلَى صَوْتِهِ « وَيْلٌ لِلأَعْقَابِ مِنَ النَّارِ » . مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلاَثً

Dari ‘Abdullah bin ‘Amr, dia berkata: “Kami pernah tertinggal dari Rasulullah ﷺ dalam suatu safar. Kami lalu menyusul beliau dan ketinggalan sembahyang, iaitu sembahyang ‘Ashar. Kami berwudhu’ sampai bahagian kaki hanya diusap (tidak dibasuh – penterjemah). Lalu Baginda ﷺ memanggil dengan suara keras dan berkata: “Celakalah tumit-tumit dari api Neraka”. Baginda ﷺ menyebut dua atau tiga kali. (Hadith Riwayat al-Bukhari no. 96 dan Muslim no. 241). Maksud “diusap” ialah tangan yang basah menyentuh bahagian anggota wudhu’, tanpa mengallirkan air.

Dalam riwayat Muslim, disebutkan bahwa ‘Abdullah bin ‘Amr berkata:

رَجَعْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- مِنْ مَكَّةَ إِلَى الْمَدِينَةِ حَتَّى إِذَا كُنَّا بِمَاءٍ بِالطَّرِيقِ تَعَجَّلَ قَوْمٌ عِنْدَ الْعَصْرِ فَتَوَضَّئُوا وَهُمْ عِجَالٌ فَانْتَهَيْنَا إِلَيْهِمْ وَأَعْقَابُهُمْ تَلُوحُ لَمْ يَمَسَّهَا الْمَاءُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « وَيْلٌ لِلأَعْقَابِ مِنَ النَّارِ أَسْبِغُوا الْوُضُوءَ »

“Kami pernah kembali bersama Rasulullah ﷺ dari Makkah menuju Madinah hingga sampai di air di tengah jalan, sebahagian orang tergesa-gesa untuk sembahyang ‘Ashar. Lalu  mereka berwudhu’ dalam keadaan terburu-buru. Kami pun sampai pada mereka dan melihat air tidak menyentuh tumit mereka. Rasulullah ﷺ lantas bersabda: “Celakalah tumit-tumit dari api Neraka. Sempurnakanlah wudhu’ kalian”. (Hadith Riwayat Muslim no. 241).

Adalah wajib membasuh (mencuci) kedua kaki dengan air secara sempurna ketika berwudhu’. Tidak cukup hanya dengan mengusapnya. Seandainya dengan mengusapnya sahaja sudah mencukupi, niscaya Nabi ﷺ tidak akan memberikan ancaman neraka bagi orang yang tidak membasuh (mencuci) kedua tumitnya.

Demikianlah penjelasan Ibnu Khuzaimah, Ibnu Abdil Barr, dan an-Nawawi. Dalam riwayat Muslim dari jalan Abu Hurairah r.a. Nabi ﷺ bersabda: “Celakalah mata kaki – yang tidak terbasuh air itu – karena jilatan api Neraka”.

Dalam riwayat ini juga dikatakan, bahawa suatu ketika Nabi ﷺ melihat seorang lelaki yang tidak membasuh kedua tumitnya, lantas Baginda ﷺ memberikan teguran keras seperti itu.

Kaum Syiah membantah arahan Nabi di atas dan mereka sebaliknya mewajibkan hanya mengusap kaki. Perbuatan ini adalah batil, bercanggah dengan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah ﷺ serta Ijma’ umat Islam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s